Tuesday, May 18, 2010

SeDiH PuLak BaCa..

hellooo kengkawan..

sedih pulak baca article ni..copy from blog ustaz ni..
http://www.saifulislam.com/

jom baca.......

-

-

Saat wajah emak tersembam ke ribaan saya dalam tangisan, saya tahu dunia tidak akan lagi seperti semalam.

“Rizal, abah kamu dah tak ada!” tangisan emak pecah dalam kata-kata itu.

Malam itu abah pergi selama-lamanya. Pergi meninggalkan kami dalam kejutan dan kebingungan. Emak jauh daripada bersedia untuk menjadi ibu tunggal kepada lima anak lelakinya yang menjadi yatim tanpa diduga. Rumah kami menjadi kapal. Hanyut di lautan tanpa tepi ketika nakhoda hilang secara tiba-tiba.

Malam itu juga saya memapah semangat turun ke dapur untuk berwudhu’. Wajah saya basah dengan air mata. Hati bagai mahu meledakkan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi agama mengajar saya memaut harapan kepada yang Maha Esa. Saya membentang sejadah dan solat saya tenggelam dalam tangisan.
Emak membesarkan kami sendirian.

Selama ini, emak menguruskan makan minum kami. Abah menjaga urusan-urusan kehidupan yang lain. Betapa abah bersungguh menjaga persekolahan dan makan minum kami, hingga abah tidak pernah membeli baju sehinggalah emak sendiri yang membeli kerana tidak betah melihat suaminya lusuh berpakaian yang sama setiap masa. Tetapi ketika abah tiada, emaklah ibu emaklah bapa. Kami lima beradik diberinya makan dan minum, dijaga biar pun ada kalanya dengan leteran dan kemarahan, agar kami menjadi manusia.

Emak kahwinkan kami, menyambut menantu yang tidak berbapa mertua. Kenduri kahwin sentiasa pincang terasa, tetapi emak bertahan dan terus menempuh hari demi hari sendirian. Biar pun emak bukanlah seorang yang ekspresif dalam meluahkan isi hatinya, emak mencari kekuatan dalam Tahajjudnya. Amalan yang tidak pernah emak tinggalkan semenjak saya mahu mengingat semalam.

Saya berhutang budi kepada abang-abang saya.

11 tahun di perantauan, tidak banyak yang dapat saya lakukan pada melunaskan tugas sebagai seorang anak selain doa yang tidak pernah berhenti pada setiap hari hidup bernadi. Tetapi abang-abang sayalah yang meneman, menjaga dan melindungi emak dengan sepenuh upaya. Malah selepas kembali ke negara halaman, saya masih bertarung mencari peluang untuk berbakti kepada emak, dan segalanya masih terlalu jauh daripada kesempurnaan.

Setiap hari adalah hari ibu buat saya.

Duhai isteri dan anak-anakku, kasihilah seorang wanita tua yang semakin tua itu. Sesungguhnya diriku tiada di sisi kalian tanpanya.

Duhai setiap insan yang mengenaliku, pada semua kebaikan dalam persahabatan kita, doakanlah untuknya kerana dialah asbab diriku menjadi temanmu.

Segalanya bermula daripada seorang…. IBU.

Thursday, May 6, 2010

heheheheh... ;-p

hellooooooooooooooooo..:)

hari tu jalan2..then terjumpa benda2 nih..kebetulan memang 2 way cake,eye liner & eye brow pencil dah ala-ala nak tamat riwayat nyerr..

sebelum ni guna lancome bagai..then tiba2 main2 try brand ni kat counter dia dan tiba2 rasa macam..tinggg!!!eh macam best jer..jomm try yukkkk!!

akhir nyer aku pun beli lah...ini..ini..dan itu..

brand yang aku beli ialah.....jeng..jengg...jenggggg....

-




-



-

*SIMPLYSITI by siti nurhaliza* hehehe... ;-p




*percaya tak??percaya laaaahhh (sile nyanyi intonasi lagu percayalah).. ;-p*
-
-
aku dah guna seminggu..so far ok lah!product from korea kann..
-
tapi aku memang suka 2 way cake& eye liner dia.aku beli 2 jenis eyeliner dia terus.liquid & pencil.dia sangat2 membantu untuk mata yg sepek-macam-aku dan sangat memerlukan khidmat eyeliner untuk nampakkan yang mata -itu-wujud.. ;-p
-
harga product ni boleh tahan gak mahal nyer.tapi still dalam kategori harga mampu.. :)
-
-
ehhh aku dah jadi jurucakap utk simplysiti lak..agak2 dato siti nak amik tak aku jadi PRO dia.."sila lah dato'!!pasti product anda meletop!!"..hahahaha (verangan hidup!!)
-
-
*p/s:aku tak lah peminat fanatik siti..tapi...yg penting product ni ada tanda halal drp jakim :-) *



Sunday, May 2, 2010

Aku & HaTi Kuu...

hello kengkawan...... :)







aku perasan yang dalam 1,2 tahun ni aku jadi macam keras hati sikit.keras hati dalam konteks susah nak berbaik semula dengan orang yang cari pasal dengan aku.memang aku maafkan semua yang dia orang buat dekat aku..tapi lepas tu aku akan dingin sedingin-dingin nyer. .(macam lagu rindu serindu-rindu nyer pulak)


keadaan dan pengalaman hidup yang mengajar aku jadi seorang yang keras hati.5 tahun sebelum ni aku pernah merasa hidup sangat2 susah.buat degree(hari2 siang kerja petang-malam pegi kelas.sampai rumah hari2 kul 12mlm) ,bsnes time tu baru sangat2 start,letih+stress+duit tak ada (tahap kais pagi mkn pagi),break off,di tikam belakang,di pandang hina orang sekeliling..itu belum lagi kes aku dengan lelaki2 yang aku cuba close beberapa tahun ni..senang citer sangat2 azab hidup kita orang 1 family 5 tahun sebelum ni.adik2 lagi semua tengah study.aku anak sulung kena tolong abah mak harung semua tu.kena jadi tulang belakang dia orang semua..dah tak nak tengok abah,mak nangis,sedih time susah dulu..ENOUGH!!

kebetulan pulak aku memang jenis suka pendam.memang tak bercerita dengan dia orang.sikit2 jer aku citer.bila dah stress sangat2 aku akan jadi pendiam,suka memerap kat bilik.bila masalah tu dah selesai baru aku akan citer/dah critical sangat/dia orang tau daripada mulut orang lain.benda ni semua membentuk aku jadi seorang yang berdikari & kuat & agak keras hati.

aku susah nak berbaik dengan orang yang tikam belakang.memang sangat2 susah!so selalu nyer kalau orang yang memang aku tak boleh langsung nak berbaik sebab kes yang ni lah.dan lagi satu kau kacau+buat parets aku sedih.satu ayat jer yang kalau boleh aku nak bagi kat orang tu..KAU BOLEH PERGI M*****S!

kalau hal2 yang lain tu aku masih boleh lagi nak maafkan.lagi satu aku memang jenis kalau berbaik ngn orang tu memang baik sangat2.berkorban apa saja.sampai tahap orang akan kata.."kenapa kau baik sgt kat dia?dia amik kesempatan tau."..haaa itu time bila aku berbaik.tapi bila dah bagi 3,4 kali peluang kau buat lagi..habislah kannn..??

tapi aku tak keras hati dekat semua orang.hanya mereka2 yang mempunyai ciri2 di atas.kalau dekat orang susah + memerlukan aku boleh menangis secara automatik nyer.hati aku akan cair kalau tengok orang2 susah.. :(


aku tak nak dan tak suka jadi keras hati macam ni.tapi pengalaman lalu buat aku rasa aku perlu jadi macam ni.untuk melindungi parents,adik2 & bisnes aku jugak..aku dah tak nak kami di pijak2 macam sebelum ni.cukup2 lah tuu..

ucapan aku untuk mereka2 yang aku dah boikot ialah..


~~maaf sebab aku terpaksa buat macam ni..tapi kena ingat kau-kau-kau yang buat aku terpaksa jadi macam ni..~~







Monday, April 26, 2010

RaJiN AdiK Ni...

hello.......... :)

petang balik kerja sabtu baru ni rasa haus giler.so singgah kejap dekat gerai area rumah untuk beli air.tiba2 nampak budak ni tolong ayah dia tolak barang2 berniaga untuk di simpan dekat stor belakang kedai ni.

ayah dia jual goreng pisang,keledek semua.macam tak pernah nampak adik ni sebelum ni or aku memang tak perasan selama ni.tapi sangat kagum dengan dia.rajin tolong ayah berniaga time cuti.tak macam sesetengah budak yang main jer dan tau2 nak mintak duit..

bagi aku budak2 memang perlu di ajar untuk hidup susah.mengenal dunia sebenar macam mana.susah dan payah nyer mencari sesuap nasi.biar dia lebih menghargai apa yang dia ada.macam kalau kita tengok chinese dari kecik dah bawak anak2 dia orang ke tempat kerja/berniaga.tujuan untuk biar anak tu tau susah senang dan nak dedahkan dia orang dekat dunia yang sebenar.lepas tu kalo anak2 tu memang ada minat nak sambung bisnes parents dia orang senang terus belajar selok belok bsnes tu dari kecik.dan terpulang nak sambung belajar tinggi2 atau kalau dah malas belajar amik alih jer bsnes tu.itu yang kita tengok chinese tak belajar tinggi pun mereka tak hidup melarat.(sori kalau bahasa agar kasar).

tapi itu kelemahan orang melayu yang aku tengok.tak nak buat keja yang "kotor" macam ni.konon tak glamer,tak pakai tie,tak duduk dalam aircond,tak blh pakai kemeja..etc!yang parents pulak "ohh tak nak bawak anak tolong berniaga sebab kesian dia orang..tempat tu kotor,biarlah dia orang kecik lagi,main"..itu yang silap!chinese anak dia orang boleh jer bawak buku time berniaga.masa main kita main.dan aku tak cakap bawaklah-anak-tu-hari2..tapi sesekali tu perlu.supaya dia orang boleh belajar dunia.

*aku cukup letih dah tengok orang kita yang masih tak nak bukak mata dan tengok dunia.tolonglah bangun dan berdikari..!!rezeki Allah tu datang dengan macam2 cara.kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh? usaha +doa + tawakal..itu jer kunci nyer..(T_T) *









*time ni adik ni dah punggah habis barang2 ayah dia.tak sempat pulak nak amik gambar time barang2 tengah penuh tu.. :) *




*ni bukan gerai ayah dia.tak ada dalam gambar sebab dah tutup.tapi gerai makcik sebelah dia.gerai ayah dia kecik jer kat sebelah sana tu..(T_T)*
*rajin2 tolong ayah cari duit yer dik.. :)



Monday, April 19, 2010

AyaH & IBu..

hellooooo......

hari ni hari ulang tahun perkahwinan abah& mak yang ke 29thn..ALHAMDULILLAH!!

tahun 2002 dulu abah& mak raikan ulang tahun dorang kat ampang puteri hospital sebab aku warded time tu..food poisoning tak silap..hari ni aku raikan lagi sekali dengan doc cakap badan aku ada masalah effect daripada accident 3 minggu lepas..kesimpulan nyer dah 2 kali aku buat dorang celebrate dalam hati yang gundah gulana..coobaannnnnnn =)


2 minggu lepas lagi abah dah bagi hadiah cincin berlian yang baru kat mak..sayanggggg betul dia kat wife dia kannnnn?? =))


abah& mak ialah macam kembar siam.mana ada abah itu ada mak.memang tak boleh dipisahkan.mana2 pergi nak berdua.makan,shopping,jalan2 semua nak abah ada..abah pun sama nak mak ada.kalau tak mula lah salah seorang buat muka tak dek mood or macam ayam sakit..haha
dua-dua anak bongsu..MEMANG SESUAIIIIIIII...!!!

Di sebabkan dua-dua anak bongsu aku kadang2 dah jadi macam kakak sulung dorang lak..mana dengan aku yang kadang2 tiba muncul mood-kuku-besi..memang habisla!semua kena ikut cakap aku.. ;-p

abah dengan mak selalu cakap dorang nak sehidup semati sebab memang tak boleh hilang langsung each other..semenjak berbsnes ni aku dah jadi pengikut sejati mak ngn abah.pegi keja,beli barang,lepak2 sure 3 orang..(bila adik2 pegi keja & kelas)..disebabkan abah ngn mak ni suka berjalan2..bila time cuti tu nak rehat sikit pun kena paksa teman dorang jalan2 (T_T)

aku sayang giler kat abah ngn mak..apa yang dorang nak impikan aku usaha tuk tunaikan.ni dorang duk mengidam nak tukar kereta baru..kalau boleh secepat mungkin aku akan tunaikan.aku nak happy kan dorang sementara dorang ada lagi depan mata.tak nak nanti bila dorang dah tak dek baru aku nak menyesal-mcm-orang -giler sebab tak dapat nak tunaikan impian dorang masa hidup.. Allah tu kan adil!!kalau kita bahagiakan parents..insyaAllah putera raja sedia menanti.. =)
(tu yang sakit2 sampai dah nak rosak dalam badan ni pun aku kerja gak..)

abah seorang yang sangat baik.sejak kecik kita orang tak penah kena pukul dengan abah.(kena bantai dengan mak selalu lah.kena baling dengan penyapu pun pernah..haha)..abah sangat rajin tolong mak buat keja rumah.sampai lah sekarang.sup sayur campur yang abah buat sangat sedap!!entah macam mana abah buat pun tak tau.chinese style!i likeeeee... !!PERINGATAN:abah aku bukan lelaki lembut yerr!!!

mak pulak??standard macam mak2 korang semua lah kan perangai nyer..pandai masak,penyayang,garang time kecik2 dulu..etc..haha

ok lah tu jer nak citer sikit2 pasal abah dan mak..masa perutusan birthday dorang hari tu aku dah post banyak citer pasal masing2 kan?

semoga abah& mak panjang umur,kekal sampai syurga..aminnnnnn.... :)










happy 29th ann abah & mak ku saaaaayanggggg!!!!!
luv :
-kakak-

Saturday, April 17, 2010

MaK SiaPa Niii???

helloooooooooooooooooooo... :)

ni nak citer sikit ni..pagi baru2 ni on the way nak pergi kerja aku tersempak dengan satu kejadian ni.sampai jer dekat traffic light simpang empat dekat depan maju junction & tune hotel aku pun berhentilah.tengah2 duk menganga sementara tunggu lampu tu tukar hijau tiba2 melintas seorang makcik ni depan kereta aku.dia nak melintas ke seberang jalan.

makcik ni dah bongkok dan jalan pun slow2 jer dia melangkah.sakit lutut + dengan struktur badan yang macam tu kuat manalah kan dia nak melangkah laju.aku dah macam cuak.biar betul makcik ni nak melintas kat jalan yang super busy dan terkenal dengan accident dia tu??dah la tak dek orang pun pimpin dia.dahlah tu dari mana dia datang sorang2 kat tengah bandar tu??apa tujuan dan apa yang dia cari?mana anak2 dia?kenapa biarkan mak jalan sorang2 macam tu??siyes aku sangat2 marah dan sedih kalau orang buat orang2 tua macam ni!!!!

aku dengan seram nyer tengok makcik tu melintas sambil tiba2 dapat idea tuk amik photos dia..








*dengan kereta yang tengah banyak,motor tu buat u-turn lagi makcik tu melintas gak.*

*ni paling seram!!lori besar tu pulak!!aku dah start macam.."aku-tak-nak-jadi-saksi-kejadiaan"


*Alhamdulillah makcik tu dah selamat sampai seberang.*
-
-
tapi ni baru jalan pertama.sure pasni dia menyeberang jalan2 lain lagi kannn??tolonglah!!aku dah tak sanggup nak tengok situasi2 macam ni lagi..
-
-
p/s:terfikir gak..kenapa aku tak turun tolong makcik tu melintas jalan kan??tergamam mungkin?fikir belakang aku penuh giler keta & kalo aku turun sure nak mampos org horn aku & bertambah jem kat KL ni??ok fine!!aku tak cukup baik lagi sebenarnyer untuk tolong membantu.. (T_T)




Tuesday, April 6, 2010

JgN Di HiNa MeReKa...

hellooooooo :)

sabtu baru i adalah hari yang paling giler untuk aku.ada 2 majlis perkahwinan aku kena kerjakan dan dikerjakan...satu kat keramat,satu lagi di ampang.
ok bukan tu aku nak citer kali ni.tapi pasal satu kisah ni..

petang sabtu tu lebih kurang jam 5 lebih aku & staff singgah isi minyak di stesen shell jln ampang. [sebelah gleneagles hospital].kebetulan time tu stesen tu memang giler lengang.aku jer terkontang kanting sorang2 isi kat situ.sementara tengah tunggu minyak tu di isi aku berdiri jer tepi pam tu.

tiba2 datang seorang lelaki india tua.umur dalam 60-70thn.rendah,kurus,kusut masai,pakai baju lusuh,jalan terketar,pakai helmet.aku mula2 agak cuak gak.ingat dia orang giler ke apa.tiba2 dia cakap kat aku dengan suara terketar2 dan sambil tunjuk tapak tangan dia..

"adik,saya itu motor pancit.saya ini saja wang ada.mau tukar itu tayar.boleh ada tolong kah?" kata pakcik tu dalam suara yang terketar2,lemah & sgt perlahan.aku tengok kat tangan dia ada beberapa keping duit syiling.aku pandang ke arah tempat dia tunjuk motor dia tu.dia parking motor tepi pam angin.aku tengok motor hitam dia sangat tua,buruk & memang tahap dah tak boleh bawak.aku kesian sangat tengok dia.terus aku suruh staff aku amik duit aku & bagi dekat pakcik tu.[aku kira2 duit tu insyaAllah cukup untuk dia tukar tayar & makan]

pakcik tu macam terharu giler aku bagi dia duit & tak habis2 ckp terima kasih.terus dia terketar pergi ke motor dia & tolak.kebetulan aku pun habis isi minyak dan nak start gerak.sebelum aku pergi tiba2 aku dapat idea.cepat2 aku amik handphone & amik gambar dia.dari dalam kereta aku tengok dia perlahan2 tolak motor tu keseberang jalan yang super sibuk tu.

bila tengok tu aku tak rasa pakcik tu menipu.sebab kalo dia menipu sure lepas dapat duit dia duduk kat situ tunggu aku pergi & terus hidupkan motor dia.tapi ni tak..perlahan2 curi2 tengok memang dia tak tipu.sangat jauh dia tolak motor dia sampai dia hilang dari mata aku.

terus aku terfikir..siapa org tu?dia duduk mana?tak ada anak ker?macam mana dia nak makan?kalau dia kena langgar macam mana?hari dah gelap nak hujan..mana dia nak berteduh??

siyes..aku memang tak boleh tengok babak2 mcm ni.lagi2 kalau berlaku dekat orang tua.sedih sangat bila tengok umur2 macam tu tapi hidup susah,terbiar..& aku selalu terfikir..

"kepada orang2 kaya yang sombong,riak & menongkat langit kat luar tu..apa perasaan korang semua bila tengok orang2 miskin & menderita??cukup2 lah tu menongkat dunia..!! "









semoga pakcik tu tak akan terus hidup susah.... :(