Friday, October 29, 2010

Allah selamatkan kamu...

Hari ini bertarikh 29/10/10..dan hari ini juga merupakan harijadi saya yang ke 28 tahun..

Ok..jap nak g dinner dengan family kat restoran intai-intai.ampang.nanti saya akan sambung citer yang seterus nya..insyaAllah.. :)


Tataaaaa

Thursday, September 2, 2010

BeZa PR & MaRkETinG..

assalamualaikum!holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...:-))



subuh2 aku dah berblog hari ni..sebab nyer tadi bukak fb..lepas tu terbaca status si engku azmin (min ni kawan time study PR dulu & sekarang jadi producer kat media prima)..dia cakap media prima sekarang tengah cari PR exec..kebetulan aku memang graduan bach(hons) mass communication & media studies(public relations)..tiba2 hati aku terdetik nak explain pasal beza antara public relations officer & marketing officer..ramai orang yang masih confuse..(aku dulu pun dah part 2 baru betul2 paham beza antara dua nyer)hahaha :-p



sebelum tu...PRO yerrr bukan GRO...GRO tu PELACUR!!!jangan silap!! (*_*)


ok!jom tengok gambar2 ni dulu...












beza utama antara PRO & MO ialah...PRO buat keja untuk menaikkan nama company atau individu TETAPI mendapatkan financial profit bukanlah matlamat utama...manakala MO buat keja untuk mendapatkan financial profit untuk company atau invidu...



Public relations officer (PRO) :



orang paling kanan kepada CEO/individu.selalu nyer kalau kita tengok kat mana2 syarikat besar kat dunia ni..corporate com department/jabatan perhubungan awam/corporate affair (sama jer semua ni..tapi lain company lain gelaran nyer) mesti level dia dekat dengan level CEO kan?sebab nyer :



1)kalau ada apa2 kes berkaitan company CEO akan refer terus kepada PRO..si PRO ni pulak akan siasat segala punca masalah sampai ke akar umbi lepas tu dia akan report kepada CEO apa nak kena buat etc..kita amik contoh kes tanah runtuh di bukit antarabangsa. PRO bagi MPAJ ni akan panggil semua head of department meeting.PRO ni akan dapatkan jawapan daripada engineer semua yang involve,penguatkuasa etc..untuk tau punca & cara nak atasi kes tu.bila dah setel semua..PRO akan report kepada CEO MPAJ.lepas dah dapat report tu barulah CEO & PRO ni akan buat sidang akhbar explain segala..PRO kena ada kat sebelah CEO tiap kali ada press conference...sebab dia tukang jawab. PRO ialah pintu depan kpd sesebuah organisasi /individu.sebab tu kalau kita tengok bila ada org complain jer pasal apa2 masalah dalam surat khabar bahagian" aduan pembaca" esok tu mesti ada jawapan sekian sekian daripada "pegawai perhubungan awam syarikat bla..bla.."paling famous PRO hospital kerajaan sebab banyak sgt kes..hahaha



2)tugas PRO untuk org politik pun sama.cuma kekadang PRO di panggil "setiausaha
akhbar".sebab PRO ni memang banyak kena deal dengan media pun.nak jaga nama baik org politik tu semua.PRO kepada politician ni jugak yang menentukan jatuh bangun politician tu.presiden USA ke,PM ke,menteri2,adun2 segala (termsuk artis jugak).nama agak jahat bagi PRO ialah "spin doctor"..sebab keja nyer mencipta & meng"spin" kan issues tu sampai gempak..haha..kalo PRO ni tak pandai handle problems,jawabkan segala issues,bgi idea kat bos dia..alamat nyerrr...KALAH PILIHANRAYA!!kalau jahat PRO dia..jahatlah jadi bos nyer. contoh mcm Dato Najib dia upah APCO (PR consultant from israel) untuk pulihkan image dia kat mata malaysia & dunia.itu yang giigih duk kacau bubur lambuk sana sini bulan ramadhan ni..nak jaga image punya pasal..hahaha. (seriously..kalo korang semua orang PR mcm aku memang nak tegelak tengok perangai sesetengah orang/organisasi yang kekadang pahaper keja semata2 nak nama)...tu yang kekadang keluar perkataan..."perghhh!!!!PR dia hancor siot!!teruk giler!! " (*_*)







3)antara contoh tugas2 PRO ni nak menaikan nama individu/organisasi ialah dia sponsor programme sana sini,buat JOM HEBOH mcm media prima,celcom & maxis buat concert,beras faiza sponsor bersamamu,TM sponsor LE tour d langkawi...dan lain2..tujuan buat ni semua untuk mendapatkan nama baik syarikat.cth nyer macam beras faiza sponsor bersamamu..so penonton semua pun akan "oooo baikk bos faiza nih..bagus2!"..kalau politician derma atau redah kampung2.."bagussss dato najib ni..sanggup kacau bubur lambuk tengah2 panas dengan orang kampung mcm kita ni yekkkkk" (kata makcik2 senah)..hahaha



4)beza dengan MO..PRO tak semestinyer orang yang banyak cakap tapi harus BIJAK BERCAKAP BILA PERLU..silap cakap..hancur!!mana2 pun dia pegi PRO ni bawak nama individu/organisasi yang dia keja.





ok..tu sikit sebanyak pasal tugas2 PRO..





Marketing Officer (MO) :





1)kesimpulan yang senang..marketing kena buat benda yang dapatkan balik financial profit kepada individu/organisasi.contoh..jual products,properties segala..tak dapatkan duit untuk company..siap lah!!sile resign sekarang..kihkihkih...





2)MO tak perlu sangat jaga nama baik iindividu/organisasi..yang penting sales jalannnn...sebarang masalah dorang lepas kat PRO & bos2 jawabkan..mereka lepas tangan sajoh!!ada sales bermaksud ada gaji & masyukk bagi MO..




-------------------------------------------------
okeh!!tu sajer kot nak explain sikit2 pasal beza antara PRO & MO...harap2 dapat buat korang semua paham ek..kalau agak2 menguap baca ni..siler tido yerrr..yerrr saya tau bosannnnn...(*_O)


PERHATIAN!!kalo ada saper2 nak guna article ni untuk PR assignment..sile bayar royalty (perasan sungguh!bajet hebat)...kuikuikui... :-P








Thursday, August 26, 2010

SegaLa Nyerr CasH...

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...(wahhh!!baik hanim posa2 nih..kihkih..)

ok..hurmmm tiba2 aku nak citer sesuatu la..begini kisah nyer...
semenjak balik umrah ni..mcm pelik sket..semua benda yang baik or jahat aku buat akan di bayar secara "cash" oleh Allah...contoh nyer..

1)kalo aku doa mintak petunjuk dlm masa 1,2 hari lepas tu sure akan dapat jawapan nyer..(sebelum ni agak lambat sket)
2)kalo aku buat baik sekejap jer akan dapat balasan yang baik jugak.
3)kalo buat jahat...SEKEJAP JUGAK AKAN DAPAT BALASAN NYER JUGAK! rasaainnnnnnn!!!
4)dugaan makin kuat..tapi magic nyer macam..hari ni masalah bertubi2 sampai tahap nak pitam..esok tu tiba2 jer Allah permudahkan urusan tiba2 selesai semua masalah tu...

oleh sebab tu..(lagi sebab yang no 3 tu...) buat aku sgt2 berhati2 sekarang nih..katakan kalo aku terbuat jahat..benda simple jer contoh aku tercakap sesuatu yang jahat or bukan2...dlm hati aku time sure terdetik..mesti aku kena sesuatu pas ni...sah!confirm!!tak berapa lama betul lepas tu mesti ada sesuatu jadi kat aku..contoh nyer tiba2 hati tak tenang..haaaa..tu baru sikit....tapi kalo dpt cash yang baik2 tu mmg yippieeeeeee lah kan..Alhamdulillah..haha

aku tau ni semua hikmah di sebalik kejadian..Allah nak ubah aku jadi orang yang lebih berguna & berhati2..kekadang aku dah rasa macam ada kat mekah,madinah pun ada..semua nyer cash...hehe...itu yang kekadang aku lebih banyak berdiam diri daripada banyak cakap sebab yang KENA CASH nyer aku balik... (uwaaaaaaaaaaaa tangesan sayu yang tak berapa nak sayu)

Tuesday, August 17, 2010

RaMaDhaN Ini....

assalamualaikum...

ok saya sangat lembap!mintak maaf sangat2..hari ni dah 7 ramadhan...tapi baru nak wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!

di kesempatan ini aku nak mintak ampun dah maaf kalau ada tersalah kata,tekasar,terngumpat,termarah dan segala "ter" sepanjang aku menulis blog ni.semoga ramadhan kali ni menjanjikan seribu keinsafan dan keimanan untuk kita.

beberapa hari ni hujan lebat,ribut sana sini.dekat melaka & PJ dah ada yang terbalik sana sini di sebabkan ribut.kat pakistan dengan banjir besar dan tempat2 lain lagi bencana sana sini.itu semua peringatan Allah untuk kita semua.itu baru sedikit untuk kita renung & insafi.

lately aku tengok nyawa kita semua macam telur hujung tanduk.setiap hari ada kematian daripada orang yang kita kenal dan rapat.lagi2 nyawa orang baik2..sesungguhnya orang2 yang baik memang Allah sayang & cepat di jemput untuk menghadap NYA.sebab antara tanda2 kiamat ialah makin berkurang nya orang2 yang baik & beriman di atas muka bumi ini.yang tinggal hanya mereka yang jahil.nauzubillah semoga kita temasuk dalam golongan yang mendapat syurga Allah..

marilah kita manfaatkan ramadhan yang hanya 30 hari dalam setahun ni.itu pun berapa hari jer yang tinggal untuk kita yang perempuan ni.tolak period segala.marilah kita perbanyakkan membaca al-quran,sedekah,qiamulai dan ibadat2 lain (peringatan untuk diri sendiri juga)

hari ni kita bersedih dengan kematian orang yang kita sayang.esok lusa orang akan bersedih dengan kematian kita pula.yang dah pergi tu dah tamat perjuangan dia kat dunia ni..kita yang hidup ni..APA BEKALAN KITA?? (*_*)

assalamualaikum & salam ramadhan....

Tuesday, July 13, 2010

Ku SeRu...


hello kengkawan...


hari ni aku nak citer sikit pasal seruan.kita selalu dengar org guna istilah belum dapat seru,tak sampai seru dan seru2 yang lain.selalu nyer org guna seru ni untuk kawin,haji & umrah.


dulu aku pun macam APA-KES-SERU2- NIH??tapi masa umrah baru2 ni aku betul2 memahami dan setuju dengan SERU!sebab nyerr??


sepanjang di mekah & madinah,kita semua akan di panggil sebagai tetamu Allah& rasulullah.memang mutawif sana itula gelaran 24jam panggil jemaah2 umrah ni.2 minggu aku kat sana baru aku sedar memang kehadiran kita kat sana adalah sebagai tetamu Allah & rasulullah.bermaksud kita di pelawa oleh Allah untuk melawat & menjadi tetamu rumah Nya & rasulullah.alaaa senang citer mcm ni..macam mana kita teringin pun nak pergi ke rumah seseorang tapi kalau tuan rumah nyer tak nak ajak kita,memang jgn haraplah kan kita dpt pergi.haaaa~~mcm tu lah konsep nyer umrah & haji nih.


setiap daripada kita dah memang tertulis sejak azali bila masa kita akan kesana.senang citer bila nama kita termasuk dalam "guest book" untuk jadi tetamu Allah.kalau yang dah kesana banyak2 kali tu..untungla nama dia masuk dalam guest book Allah banyak2 kali untuk "di ajak" ke sana sebagai tetamu.


kat sana aku sedar yang macam mana kita kaya pun tapi kalau Allah masih belum nak ajak kita jadi tetamu DIA..memang belum masa nyer lagi.kalau dah memang masanyer..time kita tak ada duit pun tiba2 kita dah boleh kesana.itu semua kuasa Allah nak permudahkan kita jadi tetamu NYA.bila dah jadi tetamu Allah & rasulullah tu..harusla kita kena buat baik & ikut semua arahan NYA kat sana kan.solat,ibadat..etc.kalau kita tak buat elok2 sure tuan rumah tak nak ajak kita datang lagi kan??(seriously..aku rasa sungguh kurang amalan ku kat sana.takut Allah tak nak ajak aku ke sana dah :-(...)



aku bersyukur dalam usia yang masih muda ni aku & adik2 dah dapat kesana.ini yang di namakan rezeki tiap seorang.Allah dah aturkan cukup cantik!benda ni kita guna pakai dalam istilah "JODOH" jugak yerrr..!ok..mcm ni..dalam kalangan kawan2 aku..aku adalah antara yang berapa kerat yang still single & cun :-p..

yang lain semua dah kawin & beranak pinak.tapi!!!di kalangan kawan2 jugaklah aku yang mula2 sekali dapat jejak kan kaki kesana & menjadi tetamu Allah & rasulullah.Alhamdulillah!!(kawan2 tak habis2 jeles dengan aku...kihkihkih)..tapi betul!macam tulah dlm kes jodoh.dah sampai seru,masanyer..tiba2 kenal sebulan dua..alih2 kawin..tak yah serabut kepala nak bercinta bagai nak rak.."hai buat apa?dah makan?sihat?bila nak datang jumpa i??"haaaaaaa~~~~kannnnn?????hahaha


haaa~~kan aku dah cakap..Allah susun semua benda sangat cantik.kita tak penah pun tau & terfikir macam ni.sampailah bila kita dah lalui nyer.kan Allah dah ckp.."barangkali benda yang kamu suka tu tak baik untuk kamu tetapi yang kamu benci tu yang terbaik untuk kamu.sesungguhnya Allah maha mengetahui"


tapi aku nak pesan kat kawan2..pakej umrah lebih kurang dalam RM5000-RM7000..murah sikit daripada kalau kita nak ke UK,USA semua.jadi..apa kata kat kawan2 yang tengah duk kumpul duit bercuti ke oversea tu..gunakan duit tu untuk ke umrah dulu.dah ke umrah nanti kumpulah semula duit ke mana2 yang korang nak pergi.percayalah!!pelaburan untuk Allah tu tak sia2.balik dari umrah rezeki akan lagi murah,urusan di permudahkan & tenang.


jom kita sama2 doa supaya rezeki murah & kita di jemput menjadi tetamu Allah & rasulullah lagi..tapi percayalah jugak yang dugaan tuk pergi umrah ni sangat kuat.start dari kumpul duit,keja,kesihatan..haihhhh semua bendalah..ada jerrr..sebab tu bila dah sampai jer sana..korang semua akan menangis teresak2 dengan sendirinyer..sebab tak percaya dah dekat sana & kaabah tu depan mata.. berbaloi-baloi..:-)





Thursday, July 8, 2010

SaYa SuKE PeTua Nih!!!

hello kengkawannnnn!!

HARI NI GENAP SEBULAN AKU BALIK DARI UMRAH!NAK GI SANA BALIK!!uwaaaaaaaaaa (T_T)

ok sambung citer yer hanim..


malam tadi sembang panjang dengan aizuddin..tiba2 terkeluar 3 petua "bagaimanakah cara2 untuk mengorat secara slow & steady"

cara ni memang-rasa-macam-nak-lempang laju2.tapi bila di bayangkan akan menjadi satu benda yang nanges2 aku gelak...

PETUA 1)

kalau org yg anda nak ngorat tu jenis tak suka lepak lama kat kedai makan untuk borak2.caranya anda perlu lah pergi ke mana2 restoran thai atau melayu yang tahap anda mintak nasi goreng biasa & air kosong.yang 2 menu ni pun dekat sejam kita order baru dia nak siap. (Ingat!!bukan nasi goreng pataya yg sah2 memang susah giler nak masak tu yer!!)..jadi anda manfaatkan lah sebaik2 nyer masa menunggu makanan tersebut untuk bersembang dengan si dia.walaupun hakikat nyer perut memasing dah lapar nak mampos & rasa nak terajang jer kerusi meja kat restoran tu.ohhh sila cool yer jangan marah2.ingat!!anda masih baru2 keluar dating dengan si dia.

perhatian!!!! JANGAN gunakan kaedah ini di kedai mamak .kerana??mamak anda mintaklah menu apa pun..2,3minit dah siap.dapat pulak si dia yang makan memang laju giler..habis makan,minum terus blah..alamak nyer??ternganga lah anda untuk bersembang lama dengan si dia.


PETUA 2 )

sekiranya si dia memang jenis yang tak suka lepak lama2 untuk bersembang dan lebih suka untuk berjalan2 tawaf klcc,midvalley..etc.. tak ker susah kita nak sembang sambil jalan2.dapat pulak kalau si dia tu jenis macam aku yang kejap2 tiba2 jer hilang masuk kedai tah mana2 tuk shopping then penyudah nyer pasangan anda brcakap sorang2.haha...TAPI tak per.anda tak perlu risau.caranya mudah sahaja.

anda pergi sahaja ke bahagian pejabat security dan cakap.."bang!blh tak pinjam walkie-talkie kejap?kejap jer kita orang nak guna.dlm 2 jam.pakai tuk merayau dalam2 ni jer!tak hilang punyer!!tolonglah bang!!"

haaaa!!sebaik sahaja dapat walkie-talkie tersebut..apa lagi?bersembang +shopping+berkenalan lah anda sepuasnyer sambil ber"walkie-talkie" ..hahaha


PETUA 3)

bukan senang kan kita nak ngorat orang yang kita nak giler2.kita kena buat2 cool & slow (walaupun dalam hati rasa nak maki2 jer)..kita kena masuk perlahan2 dalam hidup dia.strategi kena baik & guna cara halus.menangi hati nyer dulu.

untuk permulaan mengorat..anda hanya perlu anggap macam ni.."bawak kancil 650cc(tahap basic manual giler punya kancil)+guna gear 1 +naik bukit curam..(yang anda rasa org berjalan kaki kat luar kereta anda lebih laju & dulu sampai ke atas bukit berbanding anda yang masih terhegeh dalam kereta tersebut)..so??dapat bayangkan tak macam mana lembap +lengai nyer proses itu?tapi tak per..setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran nyer..hahaha


akhir kata...selamat mencuba yer petua2 nih..memang petua2 ni tahap makan hati & memerlukan kesabaran yang tinggi..ingat!!!bukan senang untuk senang!!kahkahkahkah..

p/s:saper2 yang berjaya ikut petua ni sile inform aku yerr!!nak tabik hormat sket sebab anda HEBAT!HEBAT!HEBAT!! (o_0)

Monday, July 5, 2010

ADeihhhh~~

sile update blog anda yerr hanim!!
dah bersawang dah!!





p/s:sebenarnya dah 3 minggu aku tak bukak blog sendiri..muahahahaha