Seumpama naskah yang terbuka..sesungguhnya tiada rahsia..bacalah kenali lah dengan bijaksana SIAPA KU YANG SEBENAR.. :-)
Thursday, August 26, 2010
SegaLa Nyerr CasH...
ok..hurmmm tiba2 aku nak citer sesuatu la..begini kisah nyer...
semenjak balik umrah ni..mcm pelik sket..semua benda yang baik or jahat aku buat akan di bayar secara "cash" oleh Allah...contoh nyer..
1)kalo aku doa mintak petunjuk dlm masa 1,2 hari lepas tu sure akan dapat jawapan nyer..(sebelum ni agak lambat sket)
2)kalo aku buat baik sekejap jer akan dapat balasan yang baik jugak.
3)kalo buat jahat...SEKEJAP JUGAK AKAN DAPAT BALASAN NYER JUGAK! rasaainnnnnnn!!!
4)dugaan makin kuat..tapi magic nyer macam..hari ni masalah bertubi2 sampai tahap nak pitam..esok tu tiba2 jer Allah permudahkan urusan tiba2 selesai semua masalah tu...
oleh sebab tu..(lagi sebab yang no 3 tu...) buat aku sgt2 berhati2 sekarang nih..katakan kalo aku terbuat jahat..benda simple jer contoh aku tercakap sesuatu yang jahat or bukan2...dlm hati aku time sure terdetik..mesti aku kena sesuatu pas ni...sah!confirm!!tak berapa lama betul lepas tu mesti ada sesuatu jadi kat aku..contoh nyer tiba2 hati tak tenang..haaaa..tu baru sikit....tapi kalo dpt cash yang baik2 tu mmg yippieeeeeee lah kan..Alhamdulillah..haha
aku tau ni semua hikmah di sebalik kejadian..Allah nak ubah aku jadi orang yang lebih berguna & berhati2..kekadang aku dah rasa macam ada kat mekah,madinah pun ada..semua nyer cash...hehe...itu yang kekadang aku lebih banyak berdiam diri daripada banyak cakap sebab yang KENA CASH nyer aku balik... (uwaaaaaaaaaaaa tangesan sayu yang tak berapa nak sayu)
Tuesday, August 17, 2010
RaMaDhaN Ini....
ok saya sangat lembap!mintak maaf sangat2..hari ni dah 7 ramadhan...tapi baru nak wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!
di kesempatan ini aku nak mintak ampun dah maaf kalau ada tersalah kata,tekasar,terngumpat,termarah dan segala "ter" sepanjang aku menulis blog ni.semoga ramadhan kali ni menjanjikan seribu keinsafan dan keimanan untuk kita.
beberapa hari ni hujan lebat,ribut sana sini.dekat melaka & PJ dah ada yang terbalik sana sini di sebabkan ribut.kat pakistan dengan banjir besar dan tempat2 lain lagi bencana sana sini.itu semua peringatan Allah untuk kita semua.itu baru sedikit untuk kita renung & insafi.
lately aku tengok nyawa kita semua macam telur hujung tanduk.setiap hari ada kematian daripada orang yang kita kenal dan rapat.lagi2 nyawa orang baik2..sesungguhnya orang2 yang baik memang Allah sayang & cepat di jemput untuk menghadap NYA.sebab antara tanda2 kiamat ialah makin berkurang nya orang2 yang baik & beriman di atas muka bumi ini.yang tinggal hanya mereka yang jahil.nauzubillah semoga kita temasuk dalam golongan yang mendapat syurga Allah..
marilah kita manfaatkan ramadhan yang hanya 30 hari dalam setahun ni.itu pun berapa hari jer yang tinggal untuk kita yang perempuan ni.tolak period segala.marilah kita perbanyakkan membaca al-quran,sedekah,qiamulai dan ibadat2 lain (peringatan untuk diri sendiri juga)
hari ni kita bersedih dengan kematian orang yang kita sayang.esok lusa orang akan bersedih dengan kematian kita pula.yang dah pergi tu dah tamat perjuangan dia kat dunia ni..kita yang hidup ni..APA BEKALAN KITA?? (*_*)
assalamualaikum & salam ramadhan....
Tuesday, July 13, 2010
Ku SeRu...

Thursday, July 8, 2010
SaYa SuKE PeTua Nih!!!
HARI NI GENAP SEBULAN AKU BALIK DARI UMRAH!NAK GI SANA BALIK!!uwaaaaaaaaaa (T_T)
ok sambung citer yer hanim..
malam tadi sembang panjang dengan aizuddin..tiba2 terkeluar 3 petua "bagaimanakah cara2 untuk mengorat secara slow & steady"
cara ni memang-rasa-macam-nak-lempang laju2.tapi bila di bayangkan akan menjadi satu benda yang nanges2 aku gelak...
PETUA 1)
kalau org yg anda nak ngorat tu jenis tak suka lepak lama kat kedai makan untuk borak2.caranya anda perlu lah pergi ke mana2 restoran thai atau melayu yang tahap anda mintak nasi goreng biasa & air kosong.yang 2 menu ni pun dekat sejam kita order baru dia nak siap. (Ingat!!bukan nasi goreng pataya yg sah2 memang susah giler nak masak tu yer!!)..jadi anda manfaatkan lah sebaik2 nyer masa menunggu makanan tersebut untuk bersembang dengan si dia.walaupun hakikat nyer perut memasing dah lapar nak mampos & rasa nak terajang jer kerusi meja kat restoran tu.ohhh sila cool yer jangan marah2.ingat!!anda masih baru2 keluar dating dengan si dia.
perhatian!!!! JANGAN gunakan kaedah ini di kedai mamak .kerana??mamak anda mintaklah menu apa pun..2,3minit dah siap.dapat pulak si dia yang makan memang laju giler..habis makan,minum terus blah..alamak nyer??ternganga lah anda untuk bersembang lama dengan si dia.
PETUA 2 )
sekiranya si dia memang jenis yang tak suka lepak lama2 untuk bersembang dan lebih suka untuk berjalan2 tawaf klcc,midvalley..etc.. tak ker susah kita nak sembang sambil jalan2.dapat pulak kalau si dia tu jenis macam aku yang kejap2 tiba2 jer hilang masuk kedai tah mana2 tuk shopping then penyudah nyer pasangan anda brcakap sorang2.haha...TAPI tak per.anda tak perlu risau.caranya mudah sahaja.
anda pergi sahaja ke bahagian pejabat security dan cakap.."bang!blh tak pinjam walkie-talkie kejap?kejap jer kita orang nak guna.dlm 2 jam.pakai tuk merayau dalam2 ni jer!tak hilang punyer!!tolonglah bang!!"
haaaa!!sebaik sahaja dapat walkie-talkie tersebut..apa lagi?bersembang +shopping+berkenalan lah anda sepuasnyer sambil ber"walkie-talkie" ..hahaha
PETUA 3)
bukan senang kan kita nak ngorat orang yang kita nak giler2.kita kena buat2 cool & slow (walaupun dalam hati rasa nak maki2 jer)..kita kena masuk perlahan2 dalam hidup dia.strategi kena baik & guna cara halus.menangi hati nyer dulu.
untuk permulaan mengorat..anda hanya perlu anggap macam ni.."bawak kancil 650cc(tahap basic manual giler punya kancil)+guna gear 1 +naik bukit curam..(yang anda rasa org berjalan kaki kat luar kereta anda lebih laju & dulu sampai ke atas bukit berbanding anda yang masih terhegeh dalam kereta tersebut)..so??dapat bayangkan tak macam mana lembap +lengai nyer proses itu?tapi tak per..setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran nyer..hahaha
akhir kata...selamat mencuba yer petua2 nih..memang petua2 ni tahap makan hati & memerlukan kesabaran yang tinggi..ingat!!!bukan senang untuk senang!!kahkahkahkah..
p/s:saper2 yang berjaya ikut petua ni sile inform aku yerr!!nak tabik hormat sket sebab anda HEBAT!HEBAT!HEBAT!! (o_0)
Monday, July 5, 2010
ADeihhhh~~
p/s:sebenarnya dah 3 minggu aku tak bukak blog sendiri..muahahahaha
Thursday, June 17, 2010
Wahhh!!!HaNiM KeMbaLi....;-p
*tiket pergi..balik naik sampan*
Thursday, May 27, 2010
AKu PeRgi MemBaWa DiRi Yg HiNA...
*copy gambar daripada fb kawan yang dah pergi lebih awal :) *
insyaAllah mulai malam esok (malam ni) iaitu tepat jam 12++am ni aku dan keluarga dah berada di mekah.ke satu tempat yang kita semua orang islam akan sangat2 nak pergi.Alhamdulillah rezeki aku dan adik2 sampai awal dan dalam umur yang masih muda.(abah & mak dah pernah pergi sebelum ni untuk haji & umrah).Alhamdulillah..
aku rasa aku penah citer kat post aku yang sebelum2 ni yang aku sangat2 nak pergi ke mekah.aneh nyer dalam masa 2,3 tahun kebelakangan ni aku selalu sangat mimpi aku berada di mekah.samaada tengah beribadat kat sana atau dalam penerbangan ke sana.terlalu kerap mimpi sampai aku tertanya2 apa maksud mimpi aku tu?aku harap2 pemergiaan aku kat sana akan dapat menjawab segala mimpi aku beberapa tahun ni..
-
-
-
-

