Saturday, February 26, 2011

MaKaNaN KeSuKaaN Si HaNiM...

assalamualaikum...

sebenarnya banyak benda kat kepala aku nih nak tulis tu blog nih..memacam benda nak di share dengan korang..tapi mood menulis belum datang + kepala duk serabut fikir banyak sangat keja sekarang ni..tapi aku still nak update blog nih..
so untuk entry ringan sket kali ni aku sajer nak share dengan korang beberapa western foods yang aku suke...sajer nak update blog cuci mata + telan air liur..hehehe...


jom layan gambar2 foods ni semua.. :-)

1)paling suke nih!!mix lamb chop...kita orang selalu makan steak ni kat steak house kat kg baru
2)sizzling beef steak...tempat yg sama..kg baru....

3)sizzling chicken ..sama dengan 2 yang atas....kg baru.





4)ok!chup!!!!memang kuar tajuk jap...ni mee goreng mamak + tea tarik kat Shah Alam Convention Center(SACC)...perghhh terbaek!!!.mahal sket tapi berbaloi2 ok...penuh udang,ayam,sotong...nyum..nyum..



5)set tuna croisant + pastry+ ice cafe latte.... @delifrance


6)nando's..kalo kebulur sangat aku amik skali ngn nasik..kalo tak aku ganti dengan fruits ;-p




7) kenny roger's set...nyum..nyummmm



8)fish & chips,chocolate cake + ice cafe latte (kalo kebulur tahap sehari tak makan) @secret recipe




9) seafoods spaghetti +ice caffe latte + mushroom soup set @delifrance... (sedap tapi
lepas mkn termenung jap..muak!haha)


10) mushroom soup + garlic bread @pizza hut


11) pizza hut super supreme.. (blh makan 5-6 org banyak nih)

13)set terbaru daripada pizza hut..pe nama tah..tapi ada bbq chicken,chips + kebab rase nyer benda tu..sedap! satu plate ni blh makan tuk 5 orang.. (banyak sebenarnya nih..tapi dah makan separuh baru teringat nak amik gambar..haha)

so amacam??muntah hijau tak tengok gambar foods bebanyak nih?sampai 13 keping...haha


ok insyaAllah nanti aku update lagi gambar2 foods yang aku suka..malay foods,japanese etc....hehehe..



























Tuesday, February 8, 2011

AnTaRa 9 MiMpi Rasulullah s.a.w....

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........'

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



**SABDA RASULULLAH SAW: 'SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT' ****

Friday, February 4, 2011

Allah SelaMatkanlaH Pejuang Mu di MeSiR...

Assalamualaikum & hello kengkawannn :-)

Kali ni aku nk share sikit pasal apa yang tengah berlaku sekarang kat Mesir.sejak kecil kita dah baca dalam Al-quran dan buku2 pasal nabi musa,nabi harun menentang kekejaman firaun.Mesir juga femes dengan pyramid dan universiti Al-azhar.sampai sekarang kalo sesiapa nak pegi umrah ada juga di sertakan skali pakej melawat mesir (cairo)

Rakyat mesir kebanyakankan nyer beragama kristian.tak ramai islam berbanding arab saudi,jordan segala.tapi negara2 Islam tak suka dengan mesir ni sebab presiden nya penyokong kuat US dan jugak israel.Mesir jugaklah yg jadi dalang halang misi bantuan kemanusian ke palestin.Mesir tutup sempadan Rafah-Palestin.









Kadar kemiskinan kat Mesir ni terlalu tinggi.80% daripada rakyat muda adalah penganggur.kadar kemiskinan,jenayah pun tinggi.keadaan kat sana sama macam Malaysia 20 tahun dulu.kalau bukan sebab piramid dan sungai Nil memang tak de siapa yang nak melawat Mesir.sebab kat sana memang tak ada apa menarik utk kita nak lawat.


Sebab faktor ekonomi dan kemiskinan jugak lah rakyat mesir bangkit nak Hosni Mubarak yang dah 30 tahun berkuasa to step down.Tapi macam biasa..dia tak kan step down sebab israel ada kat belakang.punyalah member kamcing sampai israel boleh provide senjata to government mesir tuk lawan semua penunjuk perasaan.


Mubarak berkeras hanya akan step down bln september ni.tempoh yang memang dia habis perkhidmatan.rakyat memang tak sangguplah kan nak tunggu lama2 gitu.Sebenarnya gelombang kebangkitan mesir hasil drp kebangkitan islam daripada negara2 sebelah.jordan,tunisia,turki segala.

memang Allah dah janjikan di akhir zaman Islam akan kembali gemilang macam zaman rasulullah dan khalifah2 dulu.musuh2 islam terutama israel tengah duk ketar lutut sekarang tengok kebangkitan Islam di seluruh dunia.Kat eropah ngn benua amerika pun penganut Islam makin bertambah.

Kita memang tak mampu untuk sama berjuang angkat senjata mcm semua mujahadin.tapi kita boleh buat dua benda..berdoa dan bersedekah untuk perjuangan Islam.pahalanya sama atau lebih besar dengan kita sama di medan perang.semoga Allah bagi kemenangan untuk semua pejuang Islam di Malalaysia dan seluruh dunia.Aminnn..






To Hosni Mubarak dan segala pemimpin yang zalim..PLEASE STEP DOWN!janganlah terus menzalimi rakyat dan terus hidup makan sumpah.jangan biarkan hidup pemimpin2 yang zalim ni jadi macam ni...





(Firaun yang kejam dan mendustakan Allah..akhirnya mati di telan laut merah.nauzubillah..)








Monday, January 31, 2011

BesDay MaK & AdiK...

assalamualaikum & hello kengkawan.. :-)

besday mak

21/1/11(jumaat) baru-baru ni besday mak aku Hjh Nahariah bt Hj Sidin yang ke 50tahun..(kat dalam fb tertulis 51 tahun...ampunnnnnn).so sabtu esok nyer tu sekali lagi kita orang celebrate dinner besday mak kat tempat yang sama dengan abah hari tu..Cozy Corner Great Eastern Mall Ampang.Happy belated besday mak!semoga mak panjang umur,murah rezeki,sihat dan di beri syurga dunia dan akhirat..aminnnn...

besday adik

27/1/11(khamis ) baru-baru ni jugak besday ke 27 tahun adik aku yang no 2..Nasrina Hanim Hj Amarudin..kat rumah dia di panggil adik/anya / pek.. muahaha..di sebabkan kita orang bz giler brapa hari tu dan tak dek mood nak keluar2...so mak decided to masak2 jer kat rumah...kuikuikui...happy besday pek!semoga panjang umur,murah rzki,dpt jodoh elok2,grad master dan berjaya bsnez baru kauuu...aminnn

sooo...tak nak bebel panjang2..jom kita tengok gambar menu2 hari tu..enjoyyyy cuci mate..:-p








-kangkung goreng belacan-

-kuetiew hailam (padahal aku mintak kuetiew goreng basah -_-)-


-egg fu yoong-


-tomyam campur yang enak (walaupun kelihatan huduh)-




-sambal udang petai-


-chicken cashewnuts-



*kesimpulan nyer??menu2 nyer sama jer dengan menu2 besday abah hari tu.....ubah sket2 jer...hahahaha(adeihh bile lah nak cuba menu2 baru kat situ?dari kecik sampai besar sama jer!! *_*)





ok..jumpa lagi di post akan datang..insyaAllah.. :-)




Thursday, January 20, 2011

My NeW KiTTen!!

assalamualaikum & hello kengkawannnnnnnn....

kat umah aku ada berbelas ekor kucing..mak aku sayang sangat ke kucing2 ni semua.jom kita berkenalan dengan my new kitten...



-helloooooooooooooooooooo!!!! -

-hai!my name is snowy...u can call me nowy..... mata saya kaler biru tauu..;-)


-this is my mama..her name is uteh...mata mama saya kaler kuning-

-tengok!mama saya tengah cium saya..mama sgt sayang saya!saya pun sayang mama saya!-




*ok!insyaAllah nanti aku upload gambar kuceng2 lain (yg mana cun jer)..haha..;-P















Sunday, January 9, 2011

HaPPy BeSday AbaH!! (update!!)

Hello kengkawan!!

Hari ni hari jadi abah yang ke 56 tahun.
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur abah dan kami semua untuk terus bersama dan bernafas di bumi Allah ni.
Semoga abah di panjangkan umur,murah rezeki,sihat gagah dan mendapat syurga dunia dan akhirat.abah ialah anak bongsu daripada 8 adik beradik.(7 lelaki+1 perempuan).jadi kalo abah yang anak last dah 56..bayangkan berapa umur adik beradik dia.hehe.paktua dan pak uda dah meninggal..

P/s:Malam ni tak pegi mana2 celebrate bday abah sebab nak tengok AJL25..hehe..insyaAllah malam esok kot.. ;)ok..aku nak udate gambar2 kita orang celebrate bday abah hari..esok hari nyer (10/1/11) kat suzi corner great eastern mall...suzi corner ni memang terbaek lah untuk chinese foods yang halal..





1)abah & mak..(mata abah sakit beberapa hari..kena infection)

-chicken cashewnuts-

-egg fu yoong-



-tomyam campur-



-kangkung belacan-






- sayur campur-


-fillet ikan sweet& sour-












Friday, December 31, 2010

i'm gonna missed 2010 :'(

Hello kengkawan..

Sebelum 2010 tinggal kan kita..jom aku citer kenapa sayang sangat 2010 nih..!

AKU LAHIR PADA 29/10/82

1)Bila di gabungkan 29 & 10..jadi lah tahun 2009 dan 2010..so aku sayang dua2 tahun nih.
2)Aku lahir tahun 82..dan tahun ni aku umur 28..(Muda lagi yerr)
3)Byk benda best jadi tahun ni..bznes makin bagus dan paling best dpt gi umrah!Alhamdulillah..

InsyaAllah esk dah 2011..walaupun dah tak dek kena mengena dengan tarikh bday aku dah..tapi harap 2011 makin menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kami sekeluarga..insyaAllah..aminn..:-)

Nanti bila free aku share azam 2011 yerr..tataaaaaa