Thursday, April 21, 2011

............

‎​Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 20, 2011

CuTe?NaK BeLi??

Assalamualaikum..

Cute tak?saper nak beli boleh call adik aku nasrina hanim (019-3613164)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 14, 2011

Si RePoRteR LemBap..

Assalamualaikum..

Aku nak citer pasal accident isnin baru ni..(Ok aku memang lembap.kalo jadi reporter dah lama kena terajang dengan bos) >_<

Isnin petang hari tu lepas balik keja singgah jap kat AEON petronas ampang jaya.lepas beli barang aku bukak pintu co-pilot nak letak barang..tetiba..

Tiingggggggg(bunyi hon motor)..lepas tu...srekkkkkkkk(bunyi brek motor)..lepas tu kebabom!(Motor tu langgar keta proton saga lama yg nak masuk simpang)..driver motor tu tercampak..tergolek2 atas keta.aku dah..arghhhh!tak nak tengok!terus lari belakang keta.orang pun pelik pesal aku mcm tu..then dorang cepat2 tengok tempat yang bunyi kuat tu..barulah memasing..ACCIDENT!!semua orang berlari tengok.aku maintain kat belakang keta aku..membelakangkan accident tu..kebetulan ada sorang perempuan ni pegang baby..dia berani pandang accident tu..selamba jer aku tanya.."Hidup tak org tu?"..dia jawab.."Hidup..dia duduk..tapi tak taulah patah kaki ker.."

Aku pun berani kan diri pusing tengok.Alhamdulillah orang tu ok..lelaki.india.50an mcm tu..aku rasa dia tak parah sebab dia tergolek atas bumper depan proton saga tu dulu then baru jatuh.bukan jenis yang tercampak jauh tu..sebab kalo ikut hancur motor,kuat accident tu..memang boleh parah..umur panjang..Alhamdulillah

Orang pun biasalah ramai kerumun,berenti tengok..lepas 10minit aku gagahkan gak diri yang gigil ni drive kereta balik umah.dahla memang kena lalu situ gak..huh!memang tak blh langsung jadi doctor or penyelamat aku ni..mau aku pengsan sebelah pesakit..☺

P/s:masa memula accident tu otak aku time2 tu gak terfikir..habislah aku jadi eyes witness..confirm aku jadi cover metro ngn berita utama...arghhhh mak malu nokkkk.... :-p



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 7, 2011

KePoCi..!

Assalamualaikum...






Tengok!betapa kepoci nyer kucing jantan sekor kat umah aku nih...T_T


- -





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 4, 2011

PeRLu Ke??

Assalamualaikum..


sabtu malam ahad baru ni..tengah2 duk tunggu traffic light hijau kat simpang 4 depan maju junction tu..aku ternampak billboard nih...


tapi aku tak puas hati sangat...sebab:




*perlu ker ada gambar perempuan tu?kalau tengok depan2 lagi clear punggung dia tu..dahlah pakai ketat macam tu..*


apa salah nyer letak model lelaki kat situ?haihhhhh.....





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 23, 2011

AlaM & PeRinGaTan DariPada ALLAH..

assalamualaikum

kali ni aku nak share pasal kejadian alam yang berlaku dalam masa terdekat nih..tsunami kat jepun dan "supermoon" (bulan mengambang penuh) sabtu lepas.yang ni berlaku kat seluruh dunia.including malaysia.tapi malaysia tak sebesar negara lain nampak bulan tu.


kejadian gempa bumi,tsunami,bulan mengambang penuh (dan makin besar) ni semua adalah salah satu daripada tanda2 akhir zaman.Allah dah hantar iklan2 kiamat tu untuk kita semua sedar dan bersedia.bila masanya??itu semua RAHSIA ALLAH...kita cuma perlu bersedia.masa yang sama teruskan juga kehidupan macam biasa kat dunia ni.kan Allah dah pesan..carilah rezeki macam kamu akan hidup 100 tahun dan beribadat seperti kamu akan mati esok..


ok..jom kita tengok gambar2 daripada internet pasal tsunami tu & "supermoon" :-)


1)tsunami di jepun

<












2)"supermoon" di serata dunia







































apa2 pun sebelum kita takut kiamat besar..kita perlu lebih takut dan bersedia untuk satu lagi kiamat yang boleh datang bila2 masa dan saat...KIAMAT KECIL...
















Monday, March 14, 2011

La TaHzan...(Jangan Bersedih)

assalamualaikum..
kali ni jom kita share doa2 nih..selamat beramal.. :-)


Ketika hati risau, sedih, banyak masalah, bacalah sebanyak-banyak nya di setiap waktu:



يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu
[“Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan.” (HR. Tirmidzi) ]



Jangan susah, jangan bibir sulit berzikir, baik ketika senang ataupun susah, karena Allah senang mendengar semua doa.



Bila Rezeki Terasa Sulit

Bila Anda merasa rezeki terasa sulit, ataupun ada fitnah dari orang lain, ada yang hendak berbuat zolim banyaklah membaca:



حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Hasbunalloh wa ni’mal wakiil
[“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.” (QS, Ali-Imran: 173) ]





Ketika Hati Cemas, Gundah, Takut...

Ambilah air wudhu, kemudian sholat sunnah Syukril wudhu, kemudian bacalah Surat Yasin, Surat Al-Waqi'ah dan Surat Ar-Rohman. Kalau Anda mau lebih nikmat lagi, bangunlah waktu subuh dan tahajudlah. Dan perbanyak Istighfar karena waktu itu membuat hati tenang, nikmat dan bahagia.



"Dan pada waktu sahur mereka ber Istighfar (minta ampunan)." (QS. Adz-Dyariyat: 18)





Semoga bermanfaat

mekaseh to: Kang Ackmanz (akhlak muslim)