Saturday, November 26, 2011

SaLAm MaaLHijrah..

assalamualaikum..

hari dah hari last kita kat 1432H..cepat betul masa berlalukn?insyaAllah esok dah masuk 1433H.moga kita semua panjang umur untuk terus hidup kat tahun2 mendatang.dan moga tahun akan datang lebih elok dari tahun sebelum2 ni..

ni aku share doa awal tahun & akhir tahun dengan korang semua..jom kita amalkan..insyaAllah.. :-)

















Wednesday, September 28, 2011

30 syawal 2011..!!

assalamualaikum...

ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dah 30 syawal!!!post 1 syawal pun aku tak buat...maaffffff..sangat2 sibuk dengan kerja since lepas raya...ampunnnnnnnnnnnnnn!! T____________________T

ok2!memandangkan syawal masih ada walaupun dah nyawa2 ikan..aku nak minta ampun maaf kat korang kalau selama berblog ni ada terkasar bahasa,buat korang sentap etc..semua nyer adalah tak sengaja.sekadar luahan apa yang terbuku di hati dan fikiran...

insyaAllah free aku update ok..banyak sebenarnya nak citer nih...hehehe

assalamulaikum...

Tuesday, August 23, 2011

PeRiNGaTan BeRsaMa...

assalamualaikum...

jom share peringatan untuk kita semua..

*ni kawasan perkuburan arwah paklong kat cheras.kubur paklong kaler hijau kat bahagian bawah2 sana.tak ada dalam gambar*



‎​Nasihat KUBUR :

1). Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan solat tahajud .
2). Aku adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah aku dengan bersilaturahim .
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran .
4). Aku adalah tempatnya binatang binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah .
5). Aku adalah tempat Munkar&Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILLALLAH"

-Time korang membawa Al-Qur'an, syaitan boleh chill lagi .
-Time korang membukanya, syaitan start to
"weh dia ni dah apahal doh".
-Time korang membacanya, syaitan dah gigil .
-Time korang memahaminya, syaitan cramp whole body .
-Time korang mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke ah .
----Teruskan baca & amalkannya supaya syaitan totally stroked , jantungnya macam mati dah .


p/s: mekaseh to jaja sebab foward kat my bbm.. & hari ni selasa.23 ramadhan.asar.genap 2 minggu nenek pergi..rinduuuuuuuuuuuuuu..Al-fatihah.. :'(

Tuesday, August 16, 2011

KaSiH NeNek HiNgga Ke SyuRga.. ☹

Assalamualaikum..

Azan asar tadi genap seminggu nenek pergi bertemu Penciptanya.nenek pergi 9 Ramadhan 1432H.nenek pergi depan semua anak2nya dan beberapa orang cucu.nenek pergi pada umur 84 tahun kerana sakit tua.

Aku cuma sempat jaga nenek 6 hari.suap makan minum,bagi ubat,tukar baju.sedikit sangat yang mampu aku buat dalam masa yang cukup pendek.

Nyawa kami semua macam ikut melayang sama bila nenek pergi.Tak sanggup&tak sedia lagi nak hilang nenek.kalau boleh nak nenek hidup 100tahun lagi dengan kami.tapi semua tu mustahil sebab kita umat muhammad.nyawa kita pendek.

Ramai sangat org datang melawat jenazah nenek&solatkan.yerr..sebab masa hidup nenek sama macam atuk.sangat baik dengan orang.semua orang sayang nenek,atok.mereka kuat beribadat&menjaga silaturahim.

Sekarang nenek dah aman kat "sana".ada atok&4 orang anak mereka tunggu kat sana(meninggal kecil).Semoga Allah tempatkan mereka dalam syurga..

Kami semua??rindu yang makin kuat kat nenek.kubur nenek adalah rumah kedua kami sekarang.tetap selalu balik sama macam nenek hidup dulu..☹ ☹

Al-fatihah untuk atok&nenek..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 1, 2011

PeRuTuSaN RaMaDhaN Si HaniM..

Assalamualaikum..



selamat datang ke universiti ramadhan.latihan intensif selama sebulan.semoga kita semua grad with flying colours this year from universiti ramadhan.jom target grad 3.5-4.00 (anugerah dekan)..

insyaAllah boleh punya!macam mana kita gigih untuk dapat DL akademik dunia,macam tulah kita kena gigih untuk universiti ramadhan ni..amin!!InsyaAllah :)

dengan macam2 yang berlaku kat dunia ni huru hara,gempa sana sini belum tentu lagi ramadhan tahun depan tu wujud..entah2 ramadhan next year kita dah kat padang masyar??huhuhu


di kesempatan ini aku nak wish selamat ramadhan untuk semua.Ampun dan maaf kalau ada menyinggung sesiapa sepanjang berblog ni..semoga kita terus istiqamah di dalam ibadat kita..insyaAllah..


Assalamualaikum.. :-)









Tuesday, July 19, 2011

TaK SaMpaI HaTi TenGoK..

Assalamualaikum..

Semalam senja aku singgah kat BP petrol.sebelah menara TM bangsar.
Aku ternampak pakcik ni.dia memang staff situ.kalau sesiapa nak isi minyak dia pump kan.tapi aku memang isi sendiri.tak sampai hati okeh!

Sebenarnya dah lama pakcik tu keja sana.hurmm aku sedih betul kalau tengok pakcik2 tua macam ayah,atuk jadi pekerja am macam tu.cleaner,tukang sapu tepi jalan etc.tah aku rasa tu kerja berat dan sangat2 tak sampai hatilah nak tengok.bukan hina tapi tak sampai hati!sedih!bayangkan kalau bapa,atuk kita keja macam tu.biarlah berkebun,menoreh tapi bukan jadi pekerja am..(Harap korang paham apa aku cuba sampaikan)..sob..sob.. ☹

Ok..mungkin pakcik tu jenis tak geti nak duduk diam dari muda.jenis keja saja2 dah tua ni.janji ada duit poket.sebab kalau duduk rumah sajer2 penyakit pun datang,duit pun habis.then dia mungkin tak nak susahkan anak2.betul tak?

Tapi apa pun alasannyer..aku tetap tak sanggup tengok..biarlah berkebun,menoreh daripada jadi pekerja am..hurmmm..tapi apa2 pun pakcik tu cari kerja halal..☺

Go!go!pakcik!! ☺


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 11, 2011

BaYu LauT...

assalamualaikum..

3 minggu lepas adik aku ada kursus kat port dickson.seminggu.isnin-khamis.(biasalahkan orang2 goment ni memang kursus jer kerja nyerr!).dia ajak kita orang 1 family pergi awal ke PD.hari ahad.so dapat lah dia bercuti dulu kat sana sehari awal.kebetulannya ahad tu tak ada wedding.sabtu semalamnya tu baru settle buat kat klang.so kita orang pun ok lah amik kesempatan bercuti kat PD.2 hari 1 malam.kat glory beach resort.cukupla tu kann sehari cuci mata.. ;-p

kebetulan kita orang pergi weekend biasa.bukan cuti sekolah.esoknya pulak tu isnin yang memang hari bekerja.so sangat aman okeh..tak penuh dengan orang..lalalaa

nah ni ada 3 keping gambar laut PD waktu malam dan pagi..hurmm laut memang terapi minda yang baik bila letih & stress kan?sambil lihat ciptaaan Allah.. :)




*jalan2 tepi laut lepas dinner..asikkkkkkk*



*angin laut malam ...phewwwwww*



*laut pagi...Subhanallah!!*