Friday, March 28, 2014

Cara Mudah baca surah Al -kahfi ..

Assalamualaikum..

Hari ni hari jumaat.jom kita sama-sama baca surah al-kahfi..memandangkan sekarang ni zaman jenayah sangat teruk dan fitnah dajjal dan kuncunya makin melampau,jadi ini antara benteng pertahanan (selain daripada doa untuk elak fitnah akhir zaman)yang Allah ajar kita.Insyaallah bila kita amalkan surah ni,Allah jaga kita dan kita dapat bezakan antara yang benar dan fitnah.

Ok..aku nak bagi tips macam mana nak habiskan baca surah ni dalam masa satu hari.surah al-kahfi ni tak panjang mana.lebih kurang dalam macam surah yassin jer dalam 110 ayat .tapi aku mengakulah,dugaan untuk baca surah kahfi ni kuat sikit berbanding surah lain.kita akan rasa macam susah nyerr nak sebut ayat2 dalam surah ni dan rasa bosan lama sangat nak habiskan 110 ayat tu.sebab apa?surah ni adalah untuk kita benteng dari syaitan & dajjal.jadi syaitan akan hasut kita dengan perasaan -perasaan macam tu..

Cara mudah nak habiskan satu surah tu,aku buat macam ni..ada lebih kurang 110ayat kan?jadi kita bahagikan dua.contohnya lepas subuh baca dalam 60 ayat,lepas zohor sambung lagi baki 50 ayat..(atau bila-bila waktu korang semua free).terus terang aku cakap,mula-mula memang susah.tapi Insyaallah lepas 3,4 minggu dah ok dah perasaan tu.lama-lama nanti satu surah tu boleh habis dalam masa setengah jam jer..Insyaallah,kalau kita usaha,Allah tolong..

Ok lah..itu saja tips yang tak seberapa dari aku yang sama-sama belajar mendalami ilmu Allah gak ni..selamat mencubal..tataaaaa

Tuesday, March 4, 2014

Nasihat yang berguna..

Assalamualaikum...

Nasihat yang cukup menyentuh hati... bekalan untuk kita didunia yang makin mecabar ni...