Monday, August 4, 2014

Aku,Deeja & Czer..

assalamualaikum..
selamat hari raya & maaf zahir batin semua!Alhamdulillah hari ni nurqhadijah zahra dah 2 bulan.pagi tadi dah ke Klinik KK AU2 keramat dengan mr.jeff (memang sejak preggy deeja itulah kliniknya ).

Kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku bersalinkan qhadijah secara czer (sebab dia breech) di hospital ampang .Gambar2 sepanjang kat hospital tak dapat nak upload sebab tab kena reformat.habis hilang semua (nangis kecewa)

3 June 2014
aku akan operate qhadijah esoknya 4/6 (genap 39 weeks),tapi macam biasalah kena masuk ward sehari awal sebab macam2 yang pakar nak periksa.kena ada kat sana 8am. so pagi tu dengan gigihnya pukul 7am aku dah mengangkut beg keluar rumah untuk ke hospital.pergi ke bilik abah,mak untuk salam semua.mak macam biasalah emosi sedih & risaunya.siap tanya lagi kenapa pergi awal sangat,tak boleh lewatkan ke apa..haha suka hati jer !

Awal giler aku & mr.jeff sampai..7.15am.so kami pergi breakfast dulu kat cafe hospital.makan puas2 sebelum berpantang.muahaha.dah habis makan tu,kami ke PAC (kalau tak silap namanya.alaaa tempat register bersalin tu).sampai kauntersitu,aku bagi buku pink & surat refer dari pakar.lepas tunggu dalam 15 minit,doctor panggil aku masuk untuk scan bagi confirmkan sama ada baby masih breech atau tidak.bila dia scan memang baby masih breech,baru boleh register ward..selesai kat PAC tu,kami ke kaunter untuk daftar ward pulak.aku kena ke ward 4B.

sampai je kat ward 4B dalam 9am,aku terus ke kaunter nurse & doctor dalam tu.kebetulan pakar yang operate aku tu ada sana juga.doctor lelaki india.lepas nurse dah periksa darah apa semua,dia bagi baju pink hospital.aku dapat katil tepi sekali.so aku nampak orang lalu lalang.masa nak salam mr.jeff tu,sedihlah pulak sebab kena tinggal..huhu

kat cubical aku tu ada 6 orang.semua pun akan operate sama macam aku esok.macam2 kes.bukan setakat breech.lebih kurang 20minit lepas tu,nurse datang bawak mesin check jantung baby.lilit2 kat perut tu.lama juga dalam 20minit dia bagi dengar.siap check BP aku semua.dalam 10.30am,sekumpulan doctor2 pakar datang ke katil2 kami yang akan di czer esok ni.macam2 yang diorang check & tanya untuk pastikan keadaan kami.selesai jer doctor2 semua tu check,datang pula seorang doctor india perempuan ni,inject tangan kami untuk senang nak masukkan drip nanti.haihhh pendek kata busy betul kami pagi tu...haha..dah selesai semua tu,barulah kami boleh berehat & makan lunch.haaa time ni mr.jeff datang.lega sikit rasa hati ni.dia memang gigih datang bila ada peluang je,muncullah dia kat situ..nasib tak kena halau dgn guard..kuikui..

aku solat kat tepi katil je tiap kali.kebetulan memang solat duduk kat kerusi.tutup langsir terus solat.,.Alhamdulillah sepanjang preggy qhadijah aku dapat khatam 30 juzuk.so masa dalam ward tu,selain solat,aku banyakkan baca yassin& zikir je.ok..dipendekkan cerita,malam tu kami dah start kena puasa at 12am.aku pun makan ubat batuk,selsema,kurma,madu bagai (ohh lupa citer.2,3 har sebelum tu aku kena batuk,selsema teruk.tapi nasib baik pagi tu dah ok sikit & doctor bius proceed juga nak operate aku.dia bagi aku ubat batuk&selsema).tiba@ dalam 2am,nurse kejutkan kami setiap sorang sebab nak buat CTG check BP lagi.(itu kali ke 4 kot dalam hari tu).aku tetiba rasa berdebar pulak.lagi time tu nurse macam lambat dapat detect bunyi jantung qhadijah.tapi aku pujuk hati yang dahla qhadijah breech,jam 2am pulak tu.mestilah dia tengah lena dalam perut tu.

ok...insyaallah nanti aku sambung bahagian kedua.pasal sepanjang hari yang di czer on 4/6/14 tu..tangan dah lenguh menaip sambil buai anak..hehe.. tataaaaaaaaaaaaa