Wednesday, March 31, 2010

(^_^)


lama giler tak update blogkan??
bukan stakat tak update..blog ni pun dah lama aku tak bukak..haha
banyak gambar & citer nak di tulis..tapi berikut adalah alasan2 kenapa masih juga tak menulis yerr..(sile lah terima alasan ini :-P )


1)busy yaa ampun..(meeting,event itu ini)
2)mood nak menulis blog tak ada...;-p
3)broadband lembap mcm haram kat umah ni(hilang mood nak upload photos)
4)kepala banyak nak fikir itu ini..(pasal keja)
5)letih, tak larat
6)baru lepas accident isnin baru ni.kereta baru keluar bengkel & tulang belakang aku sakit-yang-amat sampai saat ni.(tunggu sabtu pas habis 2 big events tu baru nak pegi jumpa doc..coz takut kalo jumpa sekarang dorang tahan tuk fisioterapi,bla..bla)



see yaaaaa......InsyaAllah.. :)

Friday, March 19, 2010

KeRana KiTa MaNuSia..

Manusia memang aneh kan?

Bila dah ada pasangan yg baik mereka tak hargai,
Tau tak yg berapa ramai yg menangis berdoa utk nak dpt pasangan yg baik?

Dah ada anak dibuang/di dera/tak dihargai,
Tau tak berapa ramai pasangan yg menangis berdoa untuk nak dpt anak?

Ada harta yg banyak tapi tak hargai,bazir,angkuh,
Tau tak brapa ramai si miskin yg menangis berdoa utk mendapat sesuap nasi?

Semasa sedang sihat tak menghargai kesihatan,
Tau tak berapa ramai org sakit yg berdoa supaya di sembuhkan?

Masa tgh muda sibuk bersuka ria,menongkat dunia,lalai dlm suruhan ALLAH,
Tau tak berapa ramai orang tua berdoa keinsafan,menyesal kerana mengsia-sia kan zaman mudanya?

Masa hidup lalai,takbur,terpengaruh dgn dunia,terpesong,lupa akan ada nya syurga & neraka,
Tau tak berapa ramai org mati yg merayu2 supaya dihidupkan kembali walaupun sejam semata2 utk beribadat& menebus dosa2.
Tapi semua tu dah terlambat kerana terlalu banyak peuang yg kita sia2 kan.

Kerana kita manusia...

Thursday, March 11, 2010

SuRatAN & KeBetULan

selamat hari buah pinggang sedunia!!

Hari ni genap 3 minggu arwah paklong pergi menemui pencipta nya kerana kegagalan buah pinggang.

8 tahun paklong dialisis di HUKM..3 kali seminggu..penyebab kepada kegagalan buah pinggang paklong sebab penyakit gout yang paklong ada.kerana terlalu byk makan ubat gout buah pinggang paklong rosak..

Tapi bagi semua orang termasuk doktor2 pelik sebab walaupun dua2 buah pinggang dah 8 tahun rosak paklong tak kena 3 penyakit berangkai utama..kencing manis,jantung,darah tinggi..

8 tahun adalah tempoh yang sangat panjang &bonus ALLAH bagi untuk pesakit buah pinggang kronik macam paklong..Allhamdulillah 8 tahun ni paklong kekal cergas,aktif sehingga akhir..

Teringat kata2 paklong.."dah ramai kawan dialisis paklong meninggal..lepas sorang-sorang.."

Sekarang paklong dah tak perlu tanggung sakit dialisis,mkn ubat yang sangat banyak sebab paklong dah pergi dengan senyum menemui penciptanya..

-Al-fatihah..-

(Sori kalo post ni huru hara susunan coz tulis guna hp..nak gak post pasal paklong walau tengah busy.huhu)

Sunday, March 7, 2010

TaK SeMua PeRLu Di BuaNG..



suatu masa dulu sebelum wujud nyer handphone semua orang pakai public phone apabila berada di luar rumah.tapi semenjak wujud nyer handphone kewujudan public phone terus di abaikan.Rasa nyer sekarang susah nak jumpa public phone.kalau ada pun kebanyakan nyer rosak.




memang betul handphone memudahkan kita.bila rasa nak sms atau call terus capai handphone.tapi kita kadang2 lupa yang kita berurusan dengan "gadget".bagi yang menggunakan prepaid bagaimana kalau kredit habis ataupun tamat tempoh?bagi yang menggunakan bil pula mungkin tidak berhadapan dengan masalah ni tapi kehilangan handphone atau bateri habis?




bateri memang sangat2 senang habis bila terlalu banyak in-out call,sms dalam satu hari dan itu belum termasuk lagi internet sana sini untuk reply email dan tak di lupakan surfing internet sewaktu meeting yang membosankan..(*_*)

aku bebel pasal ni sebab itu yang berlaku khamis baru ni.aku ada seminar untuk TM vendors di Menara TM..menara TM atau nama lain nyer menara rebung merupakan ibu pejabat bagi TM seluruh malaysia.staff dalam menara ni semua memang sangat2 bergaya & sangat ramai mat saleh.sebab di menara ni lah berkumpul segala org corporate,marketing etc.. dan kawalan untuk masuk dalam bangunan ni sangat2 ketat.




kebetulan sepanjang seminar tu aku punya call,email & sms banyak masuk..(termasuk surf internet untuk menghilangkan ngantok yang amatttt).bila tiba masa rehat handphone aku habis bateri.aku pun tanya kat security di mana ada public phone sebab aku perlu buat beberapa panggilan penting masa tu.jawapan security tu memang sentap.TIDAK ADA PUBLIC PHONE KAT DALAM BANGUNAN TU!!




jadi boleh tak korang semua bayang kan??kalau Menara TM(telekom malaysia) pun tak ada public phone..apa lagi kita boleh harap wujud nyer public phone yang berguna kat luar sana... (T_T)