Tuesday, July 13, 2010

Ku SeRu...


hello kengkawan...


hari ni aku nak citer sikit pasal seruan.kita selalu dengar org guna istilah belum dapat seru,tak sampai seru dan seru2 yang lain.selalu nyer org guna seru ni untuk kawin,haji & umrah.


dulu aku pun macam APA-KES-SERU2- NIH??tapi masa umrah baru2 ni aku betul2 memahami dan setuju dengan SERU!sebab nyerr??


sepanjang di mekah & madinah,kita semua akan di panggil sebagai tetamu Allah& rasulullah.memang mutawif sana itula gelaran 24jam panggil jemaah2 umrah ni.2 minggu aku kat sana baru aku sedar memang kehadiran kita kat sana adalah sebagai tetamu Allah & rasulullah.bermaksud kita di pelawa oleh Allah untuk melawat & menjadi tetamu rumah Nya & rasulullah.alaaa senang citer mcm ni..macam mana kita teringin pun nak pergi ke rumah seseorang tapi kalau tuan rumah nyer tak nak ajak kita,memang jgn haraplah kan kita dpt pergi.haaaa~~mcm tu lah konsep nyer umrah & haji nih.


setiap daripada kita dah memang tertulis sejak azali bila masa kita akan kesana.senang citer bila nama kita termasuk dalam "guest book" untuk jadi tetamu Allah.kalau yang dah kesana banyak2 kali tu..untungla nama dia masuk dalam guest book Allah banyak2 kali untuk "di ajak" ke sana sebagai tetamu.


kat sana aku sedar yang macam mana kita kaya pun tapi kalau Allah masih belum nak ajak kita jadi tetamu DIA..memang belum masa nyer lagi.kalau dah memang masanyer..time kita tak ada duit pun tiba2 kita dah boleh kesana.itu semua kuasa Allah nak permudahkan kita jadi tetamu NYA.bila dah jadi tetamu Allah & rasulullah tu..harusla kita kena buat baik & ikut semua arahan NYA kat sana kan.solat,ibadat..etc.kalau kita tak buat elok2 sure tuan rumah tak nak ajak kita datang lagi kan??(seriously..aku rasa sungguh kurang amalan ku kat sana.takut Allah tak nak ajak aku ke sana dah :-(...)



aku bersyukur dalam usia yang masih muda ni aku & adik2 dah dapat kesana.ini yang di namakan rezeki tiap seorang.Allah dah aturkan cukup cantik!benda ni kita guna pakai dalam istilah "JODOH" jugak yerrr..!ok..mcm ni..dalam kalangan kawan2 aku..aku adalah antara yang berapa kerat yang still single & cun :-p..

yang lain semua dah kawin & beranak pinak.tapi!!!di kalangan kawan2 jugaklah aku yang mula2 sekali dapat jejak kan kaki kesana & menjadi tetamu Allah & rasulullah.Alhamdulillah!!(kawan2 tak habis2 jeles dengan aku...kihkihkih)..tapi betul!macam tulah dlm kes jodoh.dah sampai seru,masanyer..tiba2 kenal sebulan dua..alih2 kawin..tak yah serabut kepala nak bercinta bagai nak rak.."hai buat apa?dah makan?sihat?bila nak datang jumpa i??"haaaaaaa~~~~kannnnn?????hahaha


haaa~~kan aku dah cakap..Allah susun semua benda sangat cantik.kita tak penah pun tau & terfikir macam ni.sampailah bila kita dah lalui nyer.kan Allah dah ckp.."barangkali benda yang kamu suka tu tak baik untuk kamu tetapi yang kamu benci tu yang terbaik untuk kamu.sesungguhnya Allah maha mengetahui"


tapi aku nak pesan kat kawan2..pakej umrah lebih kurang dalam RM5000-RM7000..murah sikit daripada kalau kita nak ke UK,USA semua.jadi..apa kata kat kawan2 yang tengah duk kumpul duit bercuti ke oversea tu..gunakan duit tu untuk ke umrah dulu.dah ke umrah nanti kumpulah semula duit ke mana2 yang korang nak pergi.percayalah!!pelaburan untuk Allah tu tak sia2.balik dari umrah rezeki akan lagi murah,urusan di permudahkan & tenang.


jom kita sama2 doa supaya rezeki murah & kita di jemput menjadi tetamu Allah & rasulullah lagi..tapi percayalah jugak yang dugaan tuk pergi umrah ni sangat kuat.start dari kumpul duit,keja,kesihatan..haihhhh semua bendalah..ada jerrr..sebab tu bila dah sampai jer sana..korang semua akan menangis teresak2 dengan sendirinyer..sebab tak percaya dah dekat sana & kaabah tu depan mata.. berbaloi-baloi..:-)





Thursday, July 8, 2010

SaYa SuKE PeTua Nih!!!

hello kengkawannnnn!!

HARI NI GENAP SEBULAN AKU BALIK DARI UMRAH!NAK GI SANA BALIK!!uwaaaaaaaaaa (T_T)

ok sambung citer yer hanim..


malam tadi sembang panjang dengan aizuddin..tiba2 terkeluar 3 petua "bagaimanakah cara2 untuk mengorat secara slow & steady"

cara ni memang-rasa-macam-nak-lempang laju2.tapi bila di bayangkan akan menjadi satu benda yang nanges2 aku gelak...

PETUA 1)

kalau org yg anda nak ngorat tu jenis tak suka lepak lama kat kedai makan untuk borak2.caranya anda perlu lah pergi ke mana2 restoran thai atau melayu yang tahap anda mintak nasi goreng biasa & air kosong.yang 2 menu ni pun dekat sejam kita order baru dia nak siap. (Ingat!!bukan nasi goreng pataya yg sah2 memang susah giler nak masak tu yer!!)..jadi anda manfaatkan lah sebaik2 nyer masa menunggu makanan tersebut untuk bersembang dengan si dia.walaupun hakikat nyer perut memasing dah lapar nak mampos & rasa nak terajang jer kerusi meja kat restoran tu.ohhh sila cool yer jangan marah2.ingat!!anda masih baru2 keluar dating dengan si dia.

perhatian!!!! JANGAN gunakan kaedah ini di kedai mamak .kerana??mamak anda mintaklah menu apa pun..2,3minit dah siap.dapat pulak si dia yang makan memang laju giler..habis makan,minum terus blah..alamak nyer??ternganga lah anda untuk bersembang lama dengan si dia.


PETUA 2 )

sekiranya si dia memang jenis yang tak suka lepak lama2 untuk bersembang dan lebih suka untuk berjalan2 tawaf klcc,midvalley..etc.. tak ker susah kita nak sembang sambil jalan2.dapat pulak kalau si dia tu jenis macam aku yang kejap2 tiba2 jer hilang masuk kedai tah mana2 tuk shopping then penyudah nyer pasangan anda brcakap sorang2.haha...TAPI tak per.anda tak perlu risau.caranya mudah sahaja.

anda pergi sahaja ke bahagian pejabat security dan cakap.."bang!blh tak pinjam walkie-talkie kejap?kejap jer kita orang nak guna.dlm 2 jam.pakai tuk merayau dalam2 ni jer!tak hilang punyer!!tolonglah bang!!"

haaaa!!sebaik sahaja dapat walkie-talkie tersebut..apa lagi?bersembang +shopping+berkenalan lah anda sepuasnyer sambil ber"walkie-talkie" ..hahaha


PETUA 3)

bukan senang kan kita nak ngorat orang yang kita nak giler2.kita kena buat2 cool & slow (walaupun dalam hati rasa nak maki2 jer)..kita kena masuk perlahan2 dalam hidup dia.strategi kena baik & guna cara halus.menangi hati nyer dulu.

untuk permulaan mengorat..anda hanya perlu anggap macam ni.."bawak kancil 650cc(tahap basic manual giler punya kancil)+guna gear 1 +naik bukit curam..(yang anda rasa org berjalan kaki kat luar kereta anda lebih laju & dulu sampai ke atas bukit berbanding anda yang masih terhegeh dalam kereta tersebut)..so??dapat bayangkan tak macam mana lembap +lengai nyer proses itu?tapi tak per..setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran nyer..hahaha


akhir kata...selamat mencuba yer petua2 nih..memang petua2 ni tahap makan hati & memerlukan kesabaran yang tinggi..ingat!!!bukan senang untuk senang!!kahkahkahkah..

p/s:saper2 yang berjaya ikut petua ni sile inform aku yerr!!nak tabik hormat sket sebab anda HEBAT!HEBAT!HEBAT!! (o_0)

Monday, July 5, 2010

ADeihhhh~~

sile update blog anda yerr hanim!!
dah bersawang dah!!





p/s:sebenarnya dah 3 minggu aku tak bukak blog sendiri..muahahahaha