Wednesday, March 23, 2011

AlaM & PeRinGaTan DariPada ALLAH..

assalamualaikum

kali ni aku nak share pasal kejadian alam yang berlaku dalam masa terdekat nih..tsunami kat jepun dan "supermoon" (bulan mengambang penuh) sabtu lepas.yang ni berlaku kat seluruh dunia.including malaysia.tapi malaysia tak sebesar negara lain nampak bulan tu.


kejadian gempa bumi,tsunami,bulan mengambang penuh (dan makin besar) ni semua adalah salah satu daripada tanda2 akhir zaman.Allah dah hantar iklan2 kiamat tu untuk kita semua sedar dan bersedia.bila masanya??itu semua RAHSIA ALLAH...kita cuma perlu bersedia.masa yang sama teruskan juga kehidupan macam biasa kat dunia ni.kan Allah dah pesan..carilah rezeki macam kamu akan hidup 100 tahun dan beribadat seperti kamu akan mati esok..


ok..jom kita tengok gambar2 daripada internet pasal tsunami tu & "supermoon" :-)


1)tsunami di jepun

<












2)"supermoon" di serata dunia







































apa2 pun sebelum kita takut kiamat besar..kita perlu lebih takut dan bersedia untuk satu lagi kiamat yang boleh datang bila2 masa dan saat...KIAMAT KECIL...
















Monday, March 14, 2011

La TaHzan...(Jangan Bersedih)

assalamualaikum..
kali ni jom kita share doa2 nih..selamat beramal.. :-)


Ketika hati risau, sedih, banyak masalah, bacalah sebanyak-banyak nya di setiap waktu:



يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu
[“Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan.” (HR. Tirmidzi) ]



Jangan susah, jangan bibir sulit berzikir, baik ketika senang ataupun susah, karena Allah senang mendengar semua doa.



Bila Rezeki Terasa Sulit

Bila Anda merasa rezeki terasa sulit, ataupun ada fitnah dari orang lain, ada yang hendak berbuat zolim banyaklah membaca:



حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Hasbunalloh wa ni’mal wakiil
[“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.” (QS, Ali-Imran: 173) ]





Ketika Hati Cemas, Gundah, Takut...

Ambilah air wudhu, kemudian sholat sunnah Syukril wudhu, kemudian bacalah Surat Yasin, Surat Al-Waqi'ah dan Surat Ar-Rohman. Kalau Anda mau lebih nikmat lagi, bangunlah waktu subuh dan tahajudlah. Dan perbanyak Istighfar karena waktu itu membuat hati tenang, nikmat dan bahagia.



"Dan pada waktu sahur mereka ber Istighfar (minta ampunan)." (QS. Adz-Dyariyat: 18)





Semoga bermanfaat

mekaseh to: Kang Ackmanz (akhlak muslim)

Friday, March 11, 2011

BaLaSan UnTuK Yg DerHaka kaT ALLAH swt..

assalamualaikum...

hari ni hari jumaat so kita belajar sikit pasal sejarah yang ada kaitan dengan Islam..
hari ni kita belajar pasal mustapha kamal ataturk..bapa pembangunan turki (dan dia jugak yang menghancurkan Islam di turki.)...jom kita baca dan amik iktibar

btw aku amik citer ni daripada blog sorang pakcik nih.kat bawah sekali aku ada kredit kan nama blog dia...



*mustapha kamal ataturk*
*bendera turki*






Bapa Moden Turki yang mati didalam sehina - hinanya diatas dosa – dosa yang dilakukannya.


Di negara ini anak – anak muda yang kaki bola pula mereka hanya kenal pemain – pemain bolasepak Turki di Liga Jerman dan liga – liga Eropah atau yang pernah muncul dalam Piala Dunia...mungkin mereka tak tahu sejarah tokoh ini.
Izinkan teman cedok daripada blog kakak teman iaitu anakmuaallaf.blogspot.com untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah....Maaf Kak Leha..teman sembah derhaka cedok yer.


Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jamdisebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi namaEtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!


kredit & mekaseh to :http://dengantenang.blogspot.com

Wednesday, March 9, 2011

MaRi KiTa VeRaNGaN....

assalamualaikum..

bila letih dan stress aku suke verangan....aku suke verangan kalaulah :


------AKU ANAK JUTAWAN..
-------


perghhhhhhhhhhh giler bestkan kalo kita anak jutawan?tak yah keja teruk2 sampai sengkang mata,sakit badan,stress segala.nak apa jer boleh mintak kat parents.nak shopping,nak vacation...sebut jer...nak luar ke dalam negara..nak hotel 5 bintang??
then katakan kalo weekend ni boring tak buat apa2 pastu cuti panjang lak...boleh jer bukak website MAS tuk booking flight ke oversea...uwaaaaaaaaaaaa best nyerrrrrr!
ini tidak..nak bercuti ke oversea tu kena kerja separuh nyawa,ikat perut,tak boleh shopping,berjimba segala..barulah dapat pegi oversea..tu pun brapa tahun sekali dapat pegi...menitik air mata nak bayar tambang segala.sampai sana ikat perut..makan megi,roti dan cokelat jer sebab nak jimat belanja makan...hahaha..sedeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy kannnn??

lagi satu benda best jadi anak jutawan ni kan..korang perasan tak?anak2 orang kaya ni most of them study kat oversea.tapi bila dah graduate sure dorang semua balik keja kat malaysia..back for good lah..jarang sangat aku dengar anak2 orang kaya ni keja kat oversea.contohnya macam cousins aku..lepas grad semua balik for good.ok lah dorang semua balik sini sebab memang sah2 ada kerja.either kerja kat company bapak dorang or dapat keja big2 company pastu gaji terus best giler..kata bapak orang kayakan???harussss kabel kuatttt!! :-p

kebanyakannya yang aku perhatikan ramai yang berhijrah kerja kat oversea orang2 yang biasa macam kita-kita ni..(eh salah.. macam aku!korang tak per rr anak jutawan!tsk..tsk..)study kat oversea dan terus kerja kat sana.sebab currency sana tinggi then bila dah convert to RM dapatlah lebih.bila dah lebih tu bolehlah hulur lebih sket kat family kan?lagi 1 orang2 biasa macam kita nih(salah..ok macam aku lagi!) kan susah giler nak gi oversea..bila dah balik tu tak tau bila lagi boleh pegi sana...masalah ongkos nya pak!ongkos!pfttttt...
tu yang alang2 dah kat sana kita pergunakan visa sepenuhnya sampai expire! LOL!!


hurmmm aku since dulu verangan nak sambung master kat oversea.lagi2 kat USA.sebab akukan degree in mass communications & media studies(major in Public Relations).so kita semua tau yang media ni center nyer memang kat US sana tu kan?even teks book kita orang pun semua dari sana.kat malaysia ni keja PR macam aku memang payah nak naik sebab orang sini still tak berapa tahu kepentingan PR..baru2 1,2 tahun ni jer nak naik.kalau kat US jadi PR ni boleh kaya ok!kat sana tiap2 company wajib ada PR..even politician,artis dorang kena ada PR..gaji PR sana sangat2 mahal..uwaaaaaa!! (nanges)

hurmmm tapi apa boleh buat.takdir dah menentukan aku kat sini.buat family bisnes.tak kan aku nak tinggal macam tu jer lepas apa yang aku dah usahakn bertahun2?no..no..no!!unless kalo aku dapat kawin dengan orang kaya yang boleh tolong support kan bsnes aku sepanjang aku study or keja sana..aku just pantau dari jauh..buat teleconference ke,sebulan sekali balik sini tengok bisnes..bla..bla..bla..hahahaha!(verangan lah ko hanimmmmmmmmmmmmmmmm)



ok!sudah kau verangan tu hanim!kau ingat kau cinderella nak verangan ada prince datang meminang gitu???sudah!!sekarang sile sambung balik buat keja & stress balik... (>_<)

Friday, March 4, 2011

TiDo CaRa RaSulullah s.a.w

assalamualaikum...

semperna hari jumaat nih...jom kita share info yang aku dapat daripada blog cina islam..

Hadith:

DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

**********************************************************************

p/s :haaa..jom kita amalkan cara tido macam Rasulullah s.a.w...jangan tido gaya mcm gambar bawahni....

-






-



-



*buruk ok terkangkang gitu!!*