Sunday, June 29, 2014

Ulang tahun..

Assalamualaikum.. 8

Syukur Alhamdulillah..

today is our 1st ann..kejap jer masa berlalu.terima kasih ya Allah untuk hari2 yang cukup membahagiakan kami.tambahan dengan kehadiran nurqhadijah zahra pada 4/6/14 baru ni.moga Allah kekalkan kebahagiaan kami dunia akhirat.sehingga ke syurga..aminn

Thursday, June 26, 2014

Baby saya :-)

Assalamualaikum semuaaaa...

Alhamdulillah... hari ni masuk hari ke 24 aku berpantang selepas melahirkan baby girl pada 4/6/14 .bersamaan hari rabu jam 11.05 pagi kat Hospital Ampang .Aku bersalinkan baby girl ni secara caesarean sebab baby songsang(breech)

Aku tau baby breech sejak scan masa 27 weeks.mula-mula tu terkejut gak,tapi lepas beberapa jam aku dah cool.macam-macam petua orang bagi untuk betulkan kedudukan baby.berurutlah itu ini.tapi aku tak buat.sebab dari mula mengandung ,setiap kali doa aku akan minta "Ya Allah,kau permudahkan aku bersalin.jalan terbaik supaya aku & anak mudah dan tak sakit".

Sejak mula mengandung juga,aku selalu risau kalau aku ter"overdue" atau baby lemas itu ini (kalau aku bersalin normal)..selain tu aku sejak belajar kat uitm dulu sampai sekarang ada sakit belakang (sebab lasak sangat dulu ). Jadi Allah tau,dengan sakit belakang aku tu,yang kalau aku bersalin normal (meneran & kepala baby dalam kedudukan normal kepala di bawah ),maybe sejak kandungan masuk 7 bulan aku dah tak boleh berjalan.kesimpulannya,dengan sakit belakang aku tu ditambah dengan aku asyik risau overdue itu ini..nah Allah hadiahkan aku bersalin secara czer dan baby breech.. Allahuakhbar!sesungguhnya Allah sentiasa tau yang terbaik untuk hambanya.

Dengan keadaan baby breech tu,Alhamdulillah sehingga masa nak bersalin,aku masih lagi boleh jalan laju,aktif,hari2 masak untuk family dan macam-macam lagi.sampai mana-mana aku pergi mesti ada orang tegur " larat lagi awak buat macam-macam yer dengan perut besar gitu"..huhu

Ok..insyaallah nanti bila free aku tulis pengalaman bersalin secara czer ya..boleh kongsi dengan bakal-bakal ibu yang mungkin seram bila fikir kena czer..apa-apa pun,percayalah..czer ni tak sedasyat & sesakit kita fikirkan.semuanya bergantung pada psychology kita..

ok.. jom kita tengok gambar Nurqhadijah Zahra bt Mohd Jeffri  :-)

Monday, June 2, 2014

Hehehe...

Assalamualaikum.

Hello semuaaa..
Semperna hari  ni,rasanya eloklah aku buat pengakuan yang ALHAMDULILLAH AKU DAH PREGNANT 39 WEEKS!tengah menghitung hari.so far Alhamdulillah aku dan baby sihat.Insyaallah esok lusa bersalinlah aku.

Aku dapat tau mengandung masa dah 6 weeks.berapa hari sebelum dapat tau tu aku tak sedap badan & asyik bad mood.sehari sebelum dapat tahu yang aku pregnant,aku dan mr.jeff ke tesco ampang.singgah jap kat watson.sibuk dia suruh beli pregnancy test.tapi aku tak sebab baru seminggu lewat period (tak nak mengharap sebenarnya).tapi dia berkeras gak nak beli.aku ckp ok lah,amik yang murah brand watson tu jer RM10.

Malam tu kami ada event lat Russian Center .memang sangat penat.balik pun tengah malam.esok tu lepas solat subuh aku tido semula.dalam jam 8am macam tu terjaga sebab sakit sangat2 badan.Nak makan panadol.tapi terfikir "macam mana kalau aku pregnant?bahaya ni makan ubat".mr.jeff tido lagi.aku senyap2 pergi toilet,kencing dan buat urine test.pastu on shower nak mandi.sambil2 tu sebelah mata curi2 tengok test kit tu... tiba2 tergamam tengok 2 lines !menggelupur kejutkan mr.jeff.hahahha..

Aku tunjuk kat mak tapi mak buat selamba.naik bilik nangis citer kat mr.jeff mak buat tak tau..terus ajak dia gi klinik utk scan..hahaha drama sungguh.lepas dah balik klinik tunjuk kat mak confirm baru mak happy.

Sepanjang mengandung ni ,masa trimester pertama, aku tak alami langsung morning sickness macam orang lain.selera makan pun normal.siap rajin masak lagi untuk family sampai sekarang.Alhamdulillah aku masih boleh memasak macam biasa.kalau tak kesian kat family and mr.jeff nak makan.huhu

Cuma masa trimester pertama,aku tak boleh langsung naik kereta.kalau naik kereta jer aku jadi pening,loya,serabut kepala.sampai jer satu2 tempat tu  mesti aku laju-laju cari toilet untuk muntah.walaupun setakat pergi tempat dekat macam ampang point ni :-/

Mengandung ni juga buat aku jadi gayat bila mr.jeff drive laju atau cilok sana sini.aku jadi macam seriau.tak silap aku,sepanjang mengandung ni,aku drive ada dalam 5 kali sahaja.itu pun ke kedai dekat umah.bukan stakat mr.jeff.abah & mak aku pun tak bagi aku drive.antaranya sebab-sebab kat atas tu lah.pelikkan?padahal masa sebelum kahwin dulu,aku drive kereta mesti laju & suka merayap sana sini.
Hurmm betul orang kata.masa mengandung ni,selalunya apa yang kita suka jadi tak suka..dan apa yang kita tak suka,jadi suka..

Ok lah..nanti aku sambung citer lagi yer.. ngantuk dah... tata...