Monday, June 2, 2014

Hehehe...

Assalamualaikum.

Hello semuaaa..
Semperna hari  ni,rasanya eloklah aku buat pengakuan yang ALHAMDULILLAH AKU DAH PREGNANT 39 WEEKS!tengah menghitung hari.so far Alhamdulillah aku dan baby sihat.Insyaallah esok lusa bersalinlah aku.

Aku dapat tau mengandung masa dah 6 weeks.berapa hari sebelum dapat tau tu aku tak sedap badan & asyik bad mood.sehari sebelum dapat tahu yang aku pregnant,aku dan mr.jeff ke tesco ampang.singgah jap kat watson.sibuk dia suruh beli pregnancy test.tapi aku tak sebab baru seminggu lewat period (tak nak mengharap sebenarnya).tapi dia berkeras gak nak beli.aku ckp ok lah,amik yang murah brand watson tu jer RM10.

Malam tu kami ada event lat Russian Center .memang sangat penat.balik pun tengah malam.esok tu lepas solat subuh aku tido semula.dalam jam 8am macam tu terjaga sebab sakit sangat2 badan.Nak makan panadol.tapi terfikir "macam mana kalau aku pregnant?bahaya ni makan ubat".mr.jeff tido lagi.aku senyap2 pergi toilet,kencing dan buat urine test.pastu on shower nak mandi.sambil2 tu sebelah mata curi2 tengok test kit tu... tiba2 tergamam tengok 2 lines !menggelupur kejutkan mr.jeff.hahahha..

Aku tunjuk kat mak tapi mak buat selamba.naik bilik nangis citer kat mr.jeff mak buat tak tau..terus ajak dia gi klinik utk scan..hahaha drama sungguh.lepas dah balik klinik tunjuk kat mak confirm baru mak happy.

Sepanjang mengandung ni ,masa trimester pertama, aku tak alami langsung morning sickness macam orang lain.selera makan pun normal.siap rajin masak lagi untuk family sampai sekarang.Alhamdulillah aku masih boleh memasak macam biasa.kalau tak kesian kat family and mr.jeff nak makan.huhu

Cuma masa trimester pertama,aku tak boleh langsung naik kereta.kalau naik kereta jer aku jadi pening,loya,serabut kepala.sampai jer satu2 tempat tu  mesti aku laju-laju cari toilet untuk muntah.walaupun setakat pergi tempat dekat macam ampang point ni :-/

Mengandung ni juga buat aku jadi gayat bila mr.jeff drive laju atau cilok sana sini.aku jadi macam seriau.tak silap aku,sepanjang mengandung ni,aku drive ada dalam 5 kali sahaja.itu pun ke kedai dekat umah.bukan stakat mr.jeff.abah & mak aku pun tak bagi aku drive.antaranya sebab-sebab kat atas tu lah.pelikkan?padahal masa sebelum kahwin dulu,aku drive kereta mesti laju & suka merayap sana sini.
Hurmm betul orang kata.masa mengandung ni,selalunya apa yang kita suka jadi tak suka..dan apa yang kita tak suka,jadi suka..

Ok lah..nanti aku sambung citer lagi yer.. ngantuk dah... tata...

No comments: