selamat hari buah pinggang sedunia!!
Hari ni genap 3 minggu arwah paklong pergi menemui pencipta nya kerana kegagalan buah pinggang.
8 tahun paklong dialisis di HUKM..3 kali seminggu..penyebab kepada kegagalan buah pinggang paklong sebab penyakit gout yang paklong ada.kerana terlalu byk makan ubat gout buah pinggang paklong rosak..
Tapi bagi semua orang termasuk doktor2 pelik sebab walaupun dua2 buah pinggang dah 8 tahun rosak paklong tak kena 3 penyakit berangkai utama..kencing manis,jantung,darah tinggi..
8 tahun adalah tempoh yang sangat panjang &bonus ALLAH bagi untuk pesakit buah pinggang kronik macam paklong..Allhamdulillah 8 tahun ni paklong kekal cergas,aktif sehingga akhir..
Teringat kata2 paklong.."dah ramai kawan dialisis paklong meninggal..lepas sorang-sorang.."
Sekarang paklong dah tak perlu tanggung sakit dialisis,mkn ubat yang sangat banyak sebab paklong dah pergi dengan senyum menemui penciptanya..
-Al-fatihah..-
(Sori kalo post ni huru hara susunan coz tulis guna hp..nak gak post pasal paklong walau tengah busy.huhu)
2 comments:
Al-Fatihah utk pak long yang menjadi penglipur lara kite semue.Kenangan dan kasih sayangnya takkan kite lupakan selagi hayat dikandung badan. Doa tulus ikhlas dari seorang yang bernama anak ini akan tetap kutitipkan setiap kali hembusan nafas ini masih ada...
Salam takziah... alfatihah...semuoga roh Paklong ditempat dikalangan orang-orang yang beriman. Yang hidup pasti akan menemui penciptaNYA.
Post a Comment