Saturday, February 26, 2011

MaKaNaN KeSuKaaN Si HaNiM...

assalamualaikum...

sebenarnya banyak benda kat kepala aku nih nak tulis tu blog nih..memacam benda nak di share dengan korang..tapi mood menulis belum datang + kepala duk serabut fikir banyak sangat keja sekarang ni..tapi aku still nak update blog nih..
so untuk entry ringan sket kali ni aku sajer nak share dengan korang beberapa western foods yang aku suke...sajer nak update blog cuci mata + telan air liur..hehehe...


jom layan gambar2 foods ni semua.. :-)

1)paling suke nih!!mix lamb chop...kita orang selalu makan steak ni kat steak house kat kg baru
2)sizzling beef steak...tempat yg sama..kg baru....

3)sizzling chicken ..sama dengan 2 yang atas....kg baru.





4)ok!chup!!!!memang kuar tajuk jap...ni mee goreng mamak + tea tarik kat Shah Alam Convention Center(SACC)...perghhh terbaek!!!.mahal sket tapi berbaloi2 ok...penuh udang,ayam,sotong...nyum..nyum..



5)set tuna croisant + pastry+ ice cafe latte.... @delifrance


6)nando's..kalo kebulur sangat aku amik skali ngn nasik..kalo tak aku ganti dengan fruits ;-p




7) kenny roger's set...nyum..nyummmm



8)fish & chips,chocolate cake + ice cafe latte (kalo kebulur tahap sehari tak makan) @secret recipe




9) seafoods spaghetti +ice caffe latte + mushroom soup set @delifrance... (sedap tapi
lepas mkn termenung jap..muak!haha)


10) mushroom soup + garlic bread @pizza hut


11) pizza hut super supreme.. (blh makan 5-6 org banyak nih)

13)set terbaru daripada pizza hut..pe nama tah..tapi ada bbq chicken,chips + kebab rase nyer benda tu..sedap! satu plate ni blh makan tuk 5 orang.. (banyak sebenarnya nih..tapi dah makan separuh baru teringat nak amik gambar..haha)

so amacam??muntah hijau tak tengok gambar foods bebanyak nih?sampai 13 keping...haha


ok insyaAllah nanti aku update lagi gambar2 foods yang aku suka..malay foods,japanese etc....hehehe..



























Tuesday, February 8, 2011

AnTaRa 9 MiMpi Rasulullah s.a.w....

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........'

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



**SABDA RASULULLAH SAW: 'SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT' ****

Friday, February 4, 2011

Allah SelaMatkanlaH Pejuang Mu di MeSiR...

Assalamualaikum & hello kengkawannn :-)

Kali ni aku nk share sikit pasal apa yang tengah berlaku sekarang kat Mesir.sejak kecil kita dah baca dalam Al-quran dan buku2 pasal nabi musa,nabi harun menentang kekejaman firaun.Mesir juga femes dengan pyramid dan universiti Al-azhar.sampai sekarang kalo sesiapa nak pegi umrah ada juga di sertakan skali pakej melawat mesir (cairo)

Rakyat mesir kebanyakankan nyer beragama kristian.tak ramai islam berbanding arab saudi,jordan segala.tapi negara2 Islam tak suka dengan mesir ni sebab presiden nya penyokong kuat US dan jugak israel.Mesir jugaklah yg jadi dalang halang misi bantuan kemanusian ke palestin.Mesir tutup sempadan Rafah-Palestin.









Kadar kemiskinan kat Mesir ni terlalu tinggi.80% daripada rakyat muda adalah penganggur.kadar kemiskinan,jenayah pun tinggi.keadaan kat sana sama macam Malaysia 20 tahun dulu.kalau bukan sebab piramid dan sungai Nil memang tak de siapa yang nak melawat Mesir.sebab kat sana memang tak ada apa menarik utk kita nak lawat.


Sebab faktor ekonomi dan kemiskinan jugak lah rakyat mesir bangkit nak Hosni Mubarak yang dah 30 tahun berkuasa to step down.Tapi macam biasa..dia tak kan step down sebab israel ada kat belakang.punyalah member kamcing sampai israel boleh provide senjata to government mesir tuk lawan semua penunjuk perasaan.


Mubarak berkeras hanya akan step down bln september ni.tempoh yang memang dia habis perkhidmatan.rakyat memang tak sangguplah kan nak tunggu lama2 gitu.Sebenarnya gelombang kebangkitan mesir hasil drp kebangkitan islam daripada negara2 sebelah.jordan,tunisia,turki segala.

memang Allah dah janjikan di akhir zaman Islam akan kembali gemilang macam zaman rasulullah dan khalifah2 dulu.musuh2 islam terutama israel tengah duk ketar lutut sekarang tengok kebangkitan Islam di seluruh dunia.Kat eropah ngn benua amerika pun penganut Islam makin bertambah.

Kita memang tak mampu untuk sama berjuang angkat senjata mcm semua mujahadin.tapi kita boleh buat dua benda..berdoa dan bersedekah untuk perjuangan Islam.pahalanya sama atau lebih besar dengan kita sama di medan perang.semoga Allah bagi kemenangan untuk semua pejuang Islam di Malalaysia dan seluruh dunia.Aminnn..






To Hosni Mubarak dan segala pemimpin yang zalim..PLEASE STEP DOWN!janganlah terus menzalimi rakyat dan terus hidup makan sumpah.jangan biarkan hidup pemimpin2 yang zalim ni jadi macam ni...





(Firaun yang kejam dan mendustakan Allah..akhirnya mati di telan laut merah.nauzubillah..)