Thursday, May 27, 2010

AKu PeRgi MemBaWa DiRi Yg HiNA...

hello kengkawannnn....

*copy gambar daripada fb kawan yang dah pergi lebih awal :) *


insyaAllah mulai malam esok (malam ni) iaitu tepat jam 12++am ni aku dan keluarga dah berada di mekah.ke satu tempat yang kita semua orang islam akan sangat2 nak pergi.Alhamdulillah rezeki aku dan adik2 sampai awal dan dalam umur yang masih muda.(abah & mak dah pernah pergi sebelum ni untuk haji & umrah).Alhamdulillah..


aku rasa aku penah citer kat post aku yang sebelum2 ni yang aku sangat2 nak pergi ke mekah.aneh nyer dalam masa 2,3 tahun kebelakangan ni aku selalu sangat mimpi aku berada di mekah.samaada tengah beribadat kat sana atau dalam penerbangan ke sana.terlalu kerap mimpi sampai aku tertanya2 apa maksud mimpi aku tu?aku harap2 pemergiaan aku kat sana akan dapat menjawab segala mimpi aku beberapa tahun ni..

-

-



tapi memang betul orang cakap.dugaan kita untuk jadi tetamu Allah ni sangat2 kuat.(sekurang2 nyer bagi diri aku).dugaaan bebanan kerja yang makin dekat makin bertimbun.clients sana sini call,job berlambak2 masuk sepanjang tarikh aku kat sana.berpuluh2 ribu nilai jobs tu semua. (tapi semua aku terpaksa tolak sebab memang aku dah berniat nak tolak semua job sepanjang tempoh umrah ni).keadaan kesihatan aku yang semakin buruk kebelakangan ni.semenjak accident 2 bulan lepas terus aku selalu sakit & period pun jadi tak betul (T_T).sampai ke saat ni aku masih demam selsema & baru jer balik meeting dengan client.
-
-
kerja bertimbun2 menunggu balik jer daripada umrah insyaAllah.tu yang aku kena call semua clients to inform aku umrah.sebab takut dorang cari aku nanti.meeting pun semua kena setel sebelum pergi ni.gaji2 staff lagi..eeee segala nyer la kena setel.stress!! (T_T)

-

-



aku berdoa ibadat aku nanti akan di terima dan di permudahkan.semoga kembali nyer nanti aku boleh berubah menjadi muslimah yang taat.aku tak berjanji untuk satu perubahan yang drastik.biarlah sikit2 dan berterusan.yang paling penting perubahan daripada segi amal ibadatku.
-
-

doakan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang.ampun dan maaf atas segala terlanjur kata dan laku..maaf aku tak inform awal2 pasal ni.sebab sangat sibuk dan memang antara tujuan ku untuk tak menghebahkan awal2.takut tak jadi..:)
-
-
ampun dan maaf sekali lagi..assalamualaikum..





Tuesday, May 25, 2010

ArgHhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!

ArghhhhhhhHhhhh..!!
time dah nak makin dekat,makin suntuk ni lah segala nak jadi..
sakit + keja makin banyak+meeting berlambak segala..
apa pun tak ready lagi ni..baju,barang2 lain+hafal segala benda..
bukan tu jer..nak tulis post kat blog ni pun tak sempat..
arggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! (sabar hanim!dugaaannnnnnnnnnnnnnn)
-
-
-
p/s:tu belum kira cuak lagi imigresen lepas ke tak ni?????menambahkan lagi jeritan...
arghhhhhhhhhhhhhhhHHHHHHHHHHHHHHHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
-
-

Tuesday, May 18, 2010

SeDiH PuLak BaCa..

hellooo kengkawan..

sedih pulak baca article ni..copy from blog ustaz ni..
http://www.saifulislam.com/

jom baca.......

-

-

Saat wajah emak tersembam ke ribaan saya dalam tangisan, saya tahu dunia tidak akan lagi seperti semalam.

“Rizal, abah kamu dah tak ada!” tangisan emak pecah dalam kata-kata itu.

Malam itu abah pergi selama-lamanya. Pergi meninggalkan kami dalam kejutan dan kebingungan. Emak jauh daripada bersedia untuk menjadi ibu tunggal kepada lima anak lelakinya yang menjadi yatim tanpa diduga. Rumah kami menjadi kapal. Hanyut di lautan tanpa tepi ketika nakhoda hilang secara tiba-tiba.

Malam itu juga saya memapah semangat turun ke dapur untuk berwudhu’. Wajah saya basah dengan air mata. Hati bagai mahu meledakkan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi agama mengajar saya memaut harapan kepada yang Maha Esa. Saya membentang sejadah dan solat saya tenggelam dalam tangisan.
Emak membesarkan kami sendirian.

Selama ini, emak menguruskan makan minum kami. Abah menjaga urusan-urusan kehidupan yang lain. Betapa abah bersungguh menjaga persekolahan dan makan minum kami, hingga abah tidak pernah membeli baju sehinggalah emak sendiri yang membeli kerana tidak betah melihat suaminya lusuh berpakaian yang sama setiap masa. Tetapi ketika abah tiada, emaklah ibu emaklah bapa. Kami lima beradik diberinya makan dan minum, dijaga biar pun ada kalanya dengan leteran dan kemarahan, agar kami menjadi manusia.

Emak kahwinkan kami, menyambut menantu yang tidak berbapa mertua. Kenduri kahwin sentiasa pincang terasa, tetapi emak bertahan dan terus menempuh hari demi hari sendirian. Biar pun emak bukanlah seorang yang ekspresif dalam meluahkan isi hatinya, emak mencari kekuatan dalam Tahajjudnya. Amalan yang tidak pernah emak tinggalkan semenjak saya mahu mengingat semalam.

Saya berhutang budi kepada abang-abang saya.

11 tahun di perantauan, tidak banyak yang dapat saya lakukan pada melunaskan tugas sebagai seorang anak selain doa yang tidak pernah berhenti pada setiap hari hidup bernadi. Tetapi abang-abang sayalah yang meneman, menjaga dan melindungi emak dengan sepenuh upaya. Malah selepas kembali ke negara halaman, saya masih bertarung mencari peluang untuk berbakti kepada emak, dan segalanya masih terlalu jauh daripada kesempurnaan.

Setiap hari adalah hari ibu buat saya.

Duhai isteri dan anak-anakku, kasihilah seorang wanita tua yang semakin tua itu. Sesungguhnya diriku tiada di sisi kalian tanpanya.

Duhai setiap insan yang mengenaliku, pada semua kebaikan dalam persahabatan kita, doakanlah untuknya kerana dialah asbab diriku menjadi temanmu.

Segalanya bermula daripada seorang…. IBU.

Thursday, May 6, 2010

heheheheh... ;-p

hellooooooooooooooooo..:)

hari tu jalan2..then terjumpa benda2 nih..kebetulan memang 2 way cake,eye liner & eye brow pencil dah ala-ala nak tamat riwayat nyerr..

sebelum ni guna lancome bagai..then tiba2 main2 try brand ni kat counter dia dan tiba2 rasa macam..tinggg!!!eh macam best jer..jomm try yukkkk!!

akhir nyer aku pun beli lah...ini..ini..dan itu..

brand yang aku beli ialah.....jeng..jengg...jenggggg....

-




-



-

*SIMPLYSITI by siti nurhaliza* hehehe... ;-p




*percaya tak??percaya laaaahhh (sile nyanyi intonasi lagu percayalah).. ;-p*
-
-
aku dah guna seminggu..so far ok lah!product from korea kann..
-
tapi aku memang suka 2 way cake& eye liner dia.aku beli 2 jenis eyeliner dia terus.liquid & pencil.dia sangat2 membantu untuk mata yg sepek-macam-aku dan sangat memerlukan khidmat eyeliner untuk nampakkan yang mata -itu-wujud.. ;-p
-
harga product ni boleh tahan gak mahal nyer.tapi still dalam kategori harga mampu.. :)
-
-
ehhh aku dah jadi jurucakap utk simplysiti lak..agak2 dato siti nak amik tak aku jadi PRO dia.."sila lah dato'!!pasti product anda meletop!!"..hahahaha (verangan hidup!!)
-
-
*p/s:aku tak lah peminat fanatik siti..tapi...yg penting product ni ada tanda halal drp jakim :-) *



Sunday, May 2, 2010

Aku & HaTi Kuu...

hello kengkawan...... :)







aku perasan yang dalam 1,2 tahun ni aku jadi macam keras hati sikit.keras hati dalam konteks susah nak berbaik semula dengan orang yang cari pasal dengan aku.memang aku maafkan semua yang dia orang buat dekat aku..tapi lepas tu aku akan dingin sedingin-dingin nyer. .(macam lagu rindu serindu-rindu nyer pulak)


keadaan dan pengalaman hidup yang mengajar aku jadi seorang yang keras hati.5 tahun sebelum ni aku pernah merasa hidup sangat2 susah.buat degree(hari2 siang kerja petang-malam pegi kelas.sampai rumah hari2 kul 12mlm) ,bsnes time tu baru sangat2 start,letih+stress+duit tak ada (tahap kais pagi mkn pagi),break off,di tikam belakang,di pandang hina orang sekeliling..itu belum lagi kes aku dengan lelaki2 yang aku cuba close beberapa tahun ni..senang citer sangat2 azab hidup kita orang 1 family 5 tahun sebelum ni.adik2 lagi semua tengah study.aku anak sulung kena tolong abah mak harung semua tu.kena jadi tulang belakang dia orang semua..dah tak nak tengok abah,mak nangis,sedih time susah dulu..ENOUGH!!

kebetulan pulak aku memang jenis suka pendam.memang tak bercerita dengan dia orang.sikit2 jer aku citer.bila dah stress sangat2 aku akan jadi pendiam,suka memerap kat bilik.bila masalah tu dah selesai baru aku akan citer/dah critical sangat/dia orang tau daripada mulut orang lain.benda ni semua membentuk aku jadi seorang yang berdikari & kuat & agak keras hati.

aku susah nak berbaik dengan orang yang tikam belakang.memang sangat2 susah!so selalu nyer kalau orang yang memang aku tak boleh langsung nak berbaik sebab kes yang ni lah.dan lagi satu kau kacau+buat parets aku sedih.satu ayat jer yang kalau boleh aku nak bagi kat orang tu..KAU BOLEH PERGI M*****S!

kalau hal2 yang lain tu aku masih boleh lagi nak maafkan.lagi satu aku memang jenis kalau berbaik ngn orang tu memang baik sangat2.berkorban apa saja.sampai tahap orang akan kata.."kenapa kau baik sgt kat dia?dia amik kesempatan tau."..haaa itu time bila aku berbaik.tapi bila dah bagi 3,4 kali peluang kau buat lagi..habislah kannn..??

tapi aku tak keras hati dekat semua orang.hanya mereka2 yang mempunyai ciri2 di atas.kalau dekat orang susah + memerlukan aku boleh menangis secara automatik nyer.hati aku akan cair kalau tengok orang2 susah.. :(


aku tak nak dan tak suka jadi keras hati macam ni.tapi pengalaman lalu buat aku rasa aku perlu jadi macam ni.untuk melindungi parents,adik2 & bisnes aku jugak..aku dah tak nak kami di pijak2 macam sebelum ni.cukup2 lah tuu..

ucapan aku untuk mereka2 yang aku dah boikot ialah..


~~maaf sebab aku terpaksa buat macam ni..tapi kena ingat kau-kau-kau yang buat aku terpaksa jadi macam ni..~~