Sunday, February 23, 2014

Menu sarapan ahad..

Assalamualaikum..

Haii semuaaa..dah sarapan? Makan apa pagi ni?Aku hari ni masak nasi lemak untuk family.mula-mula tu nak masak nasi lemak biasa jer..tapi subuh tadi adik aku si syafiqah (yang balik bercuti dari UPM ) , wtsap aku "along..nak nasi lemak dengan ayam goreng"

Aku pun masa turun nak masak tadi buka freezer then nampak beberapa ketul ayam yang memang dah siap dipotong.tapi beku lagi.ok lah..sempat kot nak cairkan sementara masak sambal tumis,nasi lemak & rebus telur..nahhhh ok ngam-ngam aku siap masak semua tu,ayam pun dah tak beku..mak tolong gaulkan dengan garam kunyit lepas tu aku goreng letak bawang sikit..

Ok..siap masak,hidang dan makannnn time ... :-)

Wednesday, February 19, 2014

Bekal..bento..tapau..

Assalamualaikum..

Aku suka dengan topik astro awani hari ni pasal tapau makanan dari rumah untuk ke pejabat..

Semenjak aku kahwin & mr.jeff dan start kerja ni,memang hari-hari aku bekalkan dia makan tengahari.sebab dia jenis kerja yang datang ofis hanya untuk punch card ,lepas tu dia dan kawan-kawan akan keluar buat kerja di tempat-tempat clients merata ceruk lembah klang ni.jadi dia makan tak tentu masa dan tempat.aku kesian kat dia macam tu makan tak tentu hala.so aku ambil keputusan untuk sediakan bekal untuk dia.kebetulan masa sebelum kahwin pun masa kerja kat johor,hari-hari dia bawa bekal ke tempat kerja.subuh dah bangun masak sendiri.semata-mata sebab nak jimat kumpul duit untuk belanja kahwin..huhu..

Jadi rutin harian aku setiap hari bermula lepas solat subuh dalam 6.45am (sebab mr.jeff keluar pergi kerja 7.30am ).aku akan masakkan sekali sarapan untuk family.nasi goreng ke,mee goreng ke..apa-apa jer la yang terlintas masa tu.sambil-sambil sediakan sarapan tu,sediakan juga lauk untuk bekalan mr.jeff.Alhamdulillah mr.jeff ni jenis simple sangat makanan dia.cukuplah satu lauk.so aku selalu masak ayam goreng kunyit atau eggs fuuyoong atau pun ayam goreng tepung dengan bawang.aku suka masak lauk-lauk kering macam ni sebab tahan lama dalam bekas.tak basi dan kebetulan pulak,memang itu mr.jeff suka..

Kalau dia kerja hari sabtu pun aku bekalkan.sebab walaupun separuh hari,tapi jadual dia tak menentu.kadang-kadang sampai petang juga.aku sebagai isteri happy bila dapat sediakan bekalan makanan untuk suami.sebab kita tau dia makan air tangan kita (walaupun simple) dan dapat berjimat juga (maklumlah sekarang semua benda mahalll).

Aku pernah tanya mr.jeff .."abg tak malu ke bawa bekal?sebab orang-orang melayu ni(bukan semua) kadang-kadang dia padang lekeh kat orang-orang bawak bekal ni.cakap kedekutlah,pokailah,takut binilah "..then dia jawab "apa nak dimalukan.lagi malu bila tak makan sebab tak ada duit dan bukan tugas kita nak puaskan hati diorang..".. hurmm..betul tu..

Kembara di padang pasir...

Assalamualaikum..

Hari ni pagi-pagi lagi kat facebook dah sibuk pasal seorang budak syria umur 4 tahun yang UN jumpa di padang pasir.budak lelaki ni terpisah daripada keluarga dia semasa mereka semua berhijrah dari syria ke jordan.comel jer dia dengan lengkap berjaket dan angkut beg plastik besar (mungkin pakaian dia ) kehulu hilir merentasi padang pasir tu sorang diri..

Masa breakfast pagi tadi,sempat borak dengan mr.jeff pasal budak ni.macam-macam yang kita boleh belajar dan fikir daripada kisah budak ni.bak kata mr.jeff,bayangkan macam mana dia redah sorang diri padang pasir yang kita semua tau tempat yang banyak jin,binatang buas,cuaca tak menentu dan macam-macam lagi.kuasa Allah yang melindungi budak ni.

Aku pun cakap kat mr.jeff,cuba kalau diorang semua borak-borak dengan budak tu dan suruh dia cerita pengalaman dia kat padang pasir tu,pasti akan ada 1001 keajaiban dia akan cerita..(ingat,budak tak akan menipu)..

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada kisah budak ni ialah,bagaimana kebergantungan kita hanya pada Allah..kat tengah padang pasir tu,siapa yang mampu tolong kalau bukan Allah..sama macam kisah siti hajar dan anaknya ismail..hanya mereka berdua di tengah padang pasir..yang akhirnya terjadilah air zamzam,safa dan marwah..

Monday, February 10, 2014

Buat Layan tak layan jer..

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku ke kedai buku popular di salah satu shopping mall area ampang.aku masuk kedai buku tu awal 15 minit dari mr.jeff yang ke tandas.

Sedang aku asyik pilih-pilih pen untuk nak beli,tetiba datang seorang apek tua ni (hampir 70 tahun kot umur dia) kat seorang sales girl melayu yang tengah susun apa entah kat lantai tu..

Uncle : hello, mana saya boleh dapat itu MANICURE set ya?(dia tanya sangat bersopan nadanya)

Sales girl : ohh itu PENSEL TEKAN ya?you pergi itu kaunter(sambil cakap acuh tak acuh tunjuk ke kaunter jual pen & pensel tekan mahal)

Aku perhati jer dari tempat aku berdiri.uncle tu pun terkebil-kebillah berdiri kat kaunter tu sambil tenung pen & pensel tu.sales girl tadi yang ada kat sebelah buat bodoh jer.aku rasa kesian dan terus ke uncle tu..

Aku : excuse me uncle,maksud you manicure set such as ketip kuku semua tu right?

Uncle: yes..yes..where can i get it? (Sambil tersenyum)

Aku pun cakaplah kedai kat ground floor ada jual & terangkan betul-betul lokasi kedai tu.dia pun cakap terima kasih banyak-banyak dan berlalu pergi.sales girl tadi??masih lagi duduk sebelah tu dan buat tak tau dengan muka ketatnya..

Aku tak geram pasal sales girl tu tak paham apa tu manicure set.tapi aku geram dengan sikap acuh tak acuh dia & muka ketat melayan uncle tu.apalah salahnya dia berdiri kejap ikut uncle tu ke kaunter dan tanya betul ke tidak apa dia tunjuk tadi.mesti uncle tu akan terangkan kat dia apa maksud manicure set dalam melayu.ini bila dia buat macam tu,nampak macam pepatah "bodoh sombong"...

ishhhh aku cukup pantang bila orang  berkasar dengan warga emas..

Thursday, February 6, 2014

Si Anak yang rindukan arwah ibu bapa...

Kubur arwah ayah&mama mr.jeff di papar sabah.

sehari sebelum balik KL,kami pergi berdua ziarah kubur.orang lain balik kampung ada ibu bapa mertua sambut.aku?pusara mereka yang sambut.sedih?jangan cakaplah macam mana sedihnya.

mr.jeff cakap kat pusara arwah "bapak,mama..aku balik ni.aku bawa isteri & bakal anak.esok aku sudah mau pulang ke KL.aku tinggal sana sekarang sama mertua ku.walaupun aku jarang sudah pulang sini,tapi aku tak pernah lupa bapa sama mama..moga bapa mama tenang di sana.aku rindu"..

air mata aku laju mengalir sebalik cermin mata hitam besar yang aku pakai..Al-fatihah