Wednesday, February 19, 2014

Kembara di padang pasir...

Assalamualaikum..

Hari ni pagi-pagi lagi kat facebook dah sibuk pasal seorang budak syria umur 4 tahun yang UN jumpa di padang pasir.budak lelaki ni terpisah daripada keluarga dia semasa mereka semua berhijrah dari syria ke jordan.comel jer dia dengan lengkap berjaket dan angkut beg plastik besar (mungkin pakaian dia ) kehulu hilir merentasi padang pasir tu sorang diri..

Masa breakfast pagi tadi,sempat borak dengan mr.jeff pasal budak ni.macam-macam yang kita boleh belajar dan fikir daripada kisah budak ni.bak kata mr.jeff,bayangkan macam mana dia redah sorang diri padang pasir yang kita semua tau tempat yang banyak jin,binatang buas,cuaca tak menentu dan macam-macam lagi.kuasa Allah yang melindungi budak ni.

Aku pun cakap kat mr.jeff,cuba kalau diorang semua borak-borak dengan budak tu dan suruh dia cerita pengalaman dia kat padang pasir tu,pasti akan ada 1001 keajaiban dia akan cerita..(ingat,budak tak akan menipu)..

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada kisah budak ni ialah,bagaimana kebergantungan kita hanya pada Allah..kat tengah padang pasir tu,siapa yang mampu tolong kalau bukan Allah..sama macam kisah siti hajar dan anaknya ismail..hanya mereka berdua di tengah padang pasir..yang akhirnya terjadilah air zamzam,safa dan marwah..

No comments: