Tuesday, April 6, 2010

JgN Di HiNa MeReKa...

hellooooooo :)

sabtu baru i adalah hari yang paling giler untuk aku.ada 2 majlis perkahwinan aku kena kerjakan dan dikerjakan...satu kat keramat,satu lagi di ampang.
ok bukan tu aku nak citer kali ni.tapi pasal satu kisah ni..

petang sabtu tu lebih kurang jam 5 lebih aku & staff singgah isi minyak di stesen shell jln ampang. [sebelah gleneagles hospital].kebetulan time tu stesen tu memang giler lengang.aku jer terkontang kanting sorang2 isi kat situ.sementara tengah tunggu minyak tu di isi aku berdiri jer tepi pam tu.

tiba2 datang seorang lelaki india tua.umur dalam 60-70thn.rendah,kurus,kusut masai,pakai baju lusuh,jalan terketar,pakai helmet.aku mula2 agak cuak gak.ingat dia orang giler ke apa.tiba2 dia cakap kat aku dengan suara terketar2 dan sambil tunjuk tapak tangan dia..

"adik,saya itu motor pancit.saya ini saja wang ada.mau tukar itu tayar.boleh ada tolong kah?" kata pakcik tu dalam suara yang terketar2,lemah & sgt perlahan.aku tengok kat tangan dia ada beberapa keping duit syiling.aku pandang ke arah tempat dia tunjuk motor dia tu.dia parking motor tepi pam angin.aku tengok motor hitam dia sangat tua,buruk & memang tahap dah tak boleh bawak.aku kesian sangat tengok dia.terus aku suruh staff aku amik duit aku & bagi dekat pakcik tu.[aku kira2 duit tu insyaAllah cukup untuk dia tukar tayar & makan]

pakcik tu macam terharu giler aku bagi dia duit & tak habis2 ckp terima kasih.terus dia terketar pergi ke motor dia & tolak.kebetulan aku pun habis isi minyak dan nak start gerak.sebelum aku pergi tiba2 aku dapat idea.cepat2 aku amik handphone & amik gambar dia.dari dalam kereta aku tengok dia perlahan2 tolak motor tu keseberang jalan yang super sibuk tu.

bila tengok tu aku tak rasa pakcik tu menipu.sebab kalo dia menipu sure lepas dapat duit dia duduk kat situ tunggu aku pergi & terus hidupkan motor dia.tapi ni tak..perlahan2 curi2 tengok memang dia tak tipu.sangat jauh dia tolak motor dia sampai dia hilang dari mata aku.

terus aku terfikir..siapa org tu?dia duduk mana?tak ada anak ker?macam mana dia nak makan?kalau dia kena langgar macam mana?hari dah gelap nak hujan..mana dia nak berteduh??

siyes..aku memang tak boleh tengok babak2 mcm ni.lagi2 kalau berlaku dekat orang tua.sedih sangat bila tengok umur2 macam tu tapi hidup susah,terbiar..& aku selalu terfikir..

"kepada orang2 kaya yang sombong,riak & menongkat langit kat luar tu..apa perasaan korang semua bila tengok orang2 miskin & menderita??cukup2 lah tu menongkat dunia..!! "









semoga pakcik tu tak akan terus hidup susah.... :(



3 comments:

mugiwara said...

terbaik!

terharu~

insaf...

Anonymous said...

ye..berbuat baiklah tanpa mengire bangsa...semoga niat yg ikhlas akan dibalas olehNYA..

AdiHana said...

pakcik tu tipu or tak, itu xpenting. yang penting niat kau tu babe. tu yg akan dikira~