Wednesday, December 31, 2014

Tuesday, October 28, 2014

Qhadijah at KLCC...

Assalamualikum..

Ni kejadian bulan lepas tak silap ...sajer bawa qhadijah ke KLCC ...siap naik putra lagi...nasib baik dia cool jer...

Ps : gambar qhadijah memang sengaja tak di publish kan secara jelas...ayah nyer tak bagi dedahkan wajah anak kat social media..sebab takut terkena niat buruk manusia lain...Hurmm Betul juga tu :-)

Monday, August 4, 2014

Aku,Deeja & Czer..

assalamualaikum..
selamat hari raya & maaf zahir batin semua!Alhamdulillah hari ni nurqhadijah zahra dah 2 bulan.pagi tadi dah ke Klinik KK AU2 keramat dengan mr.jeff (memang sejak preggy deeja itulah kliniknya ).

Kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku bersalinkan qhadijah secara czer (sebab dia breech) di hospital ampang .Gambar2 sepanjang kat hospital tak dapat nak upload sebab tab kena reformat.habis hilang semua (nangis kecewa)

3 June 2014
aku akan operate qhadijah esoknya 4/6 (genap 39 weeks),tapi macam biasalah kena masuk ward sehari awal sebab macam2 yang pakar nak periksa.kena ada kat sana 8am. so pagi tu dengan gigihnya pukul 7am aku dah mengangkut beg keluar rumah untuk ke hospital.pergi ke bilik abah,mak untuk salam semua.mak macam biasalah emosi sedih & risaunya.siap tanya lagi kenapa pergi awal sangat,tak boleh lewatkan ke apa..haha suka hati jer !

Awal giler aku & mr.jeff sampai..7.15am.so kami pergi breakfast dulu kat cafe hospital.makan puas2 sebelum berpantang.muahaha.dah habis makan tu,kami ke PAC (kalau tak silap namanya.alaaa tempat register bersalin tu).sampai kauntersitu,aku bagi buku pink & surat refer dari pakar.lepas tunggu dalam 15 minit,doctor panggil aku masuk untuk scan bagi confirmkan sama ada baby masih breech atau tidak.bila dia scan memang baby masih breech,baru boleh register ward..selesai kat PAC tu,kami ke kaunter untuk daftar ward pulak.aku kena ke ward 4B.

sampai je kat ward 4B dalam 9am,aku terus ke kaunter nurse & doctor dalam tu.kebetulan pakar yang operate aku tu ada sana juga.doctor lelaki india.lepas nurse dah periksa darah apa semua,dia bagi baju pink hospital.aku dapat katil tepi sekali.so aku nampak orang lalu lalang.masa nak salam mr.jeff tu,sedihlah pulak sebab kena tinggal..huhu

kat cubical aku tu ada 6 orang.semua pun akan operate sama macam aku esok.macam2 kes.bukan setakat breech.lebih kurang 20minit lepas tu,nurse datang bawak mesin check jantung baby.lilit2 kat perut tu.lama juga dalam 20minit dia bagi dengar.siap check BP aku semua.dalam 10.30am,sekumpulan doctor2 pakar datang ke katil2 kami yang akan di czer esok ni.macam2 yang diorang check & tanya untuk pastikan keadaan kami.selesai jer doctor2 semua tu check,datang pula seorang doctor india perempuan ni,inject tangan kami untuk senang nak masukkan drip nanti.haihhh pendek kata busy betul kami pagi tu...haha..dah selesai semua tu,barulah kami boleh berehat & makan lunch.haaa time ni mr.jeff datang.lega sikit rasa hati ni.dia memang gigih datang bila ada peluang je,muncullah dia kat situ..nasib tak kena halau dgn guard..kuikui..

aku solat kat tepi katil je tiap kali.kebetulan memang solat duduk kat kerusi.tutup langsir terus solat.,.Alhamdulillah sepanjang preggy qhadijah aku dapat khatam 30 juzuk.so masa dalam ward tu,selain solat,aku banyakkan baca yassin& zikir je.ok..dipendekkan cerita,malam tu kami dah start kena puasa at 12am.aku pun makan ubat batuk,selsema,kurma,madu bagai (ohh lupa citer.2,3 har sebelum tu aku kena batuk,selsema teruk.tapi nasib baik pagi tu dah ok sikit & doctor bius proceed juga nak operate aku.dia bagi aku ubat batuk&selsema).tiba@ dalam 2am,nurse kejutkan kami setiap sorang sebab nak buat CTG check BP lagi.(itu kali ke 4 kot dalam hari tu).aku tetiba rasa berdebar pulak.lagi time tu nurse macam lambat dapat detect bunyi jantung qhadijah.tapi aku pujuk hati yang dahla qhadijah breech,jam 2am pulak tu.mestilah dia tengah lena dalam perut tu.

ok...insyaallah nanti aku sambung bahagian kedua.pasal sepanjang hari yang di czer on 4/6/14 tu..tangan dah lenguh menaip sambil buai anak..hehe.. tataaaaaaaaaaaaa

Sunday, June 29, 2014

Ulang tahun..

Assalamualaikum.. 8

Syukur Alhamdulillah..

today is our 1st ann..kejap jer masa berlalu.terima kasih ya Allah untuk hari2 yang cukup membahagiakan kami.tambahan dengan kehadiran nurqhadijah zahra pada 4/6/14 baru ni.moga Allah kekalkan kebahagiaan kami dunia akhirat.sehingga ke syurga..aminn

Thursday, June 26, 2014

Baby saya :-)

Assalamualaikum semuaaaa...

Alhamdulillah... hari ni masuk hari ke 24 aku berpantang selepas melahirkan baby girl pada 4/6/14 .bersamaan hari rabu jam 11.05 pagi kat Hospital Ampang .Aku bersalinkan baby girl ni secara caesarean sebab baby songsang(breech)

Aku tau baby breech sejak scan masa 27 weeks.mula-mula tu terkejut gak,tapi lepas beberapa jam aku dah cool.macam-macam petua orang bagi untuk betulkan kedudukan baby.berurutlah itu ini.tapi aku tak buat.sebab dari mula mengandung ,setiap kali doa aku akan minta "Ya Allah,kau permudahkan aku bersalin.jalan terbaik supaya aku & anak mudah dan tak sakit".

Sejak mula mengandung juga,aku selalu risau kalau aku ter"overdue" atau baby lemas itu ini (kalau aku bersalin normal)..selain tu aku sejak belajar kat uitm dulu sampai sekarang ada sakit belakang (sebab lasak sangat dulu ). Jadi Allah tau,dengan sakit belakang aku tu,yang kalau aku bersalin normal (meneran & kepala baby dalam kedudukan normal kepala di bawah ),maybe sejak kandungan masuk 7 bulan aku dah tak boleh berjalan.kesimpulannya,dengan sakit belakang aku tu ditambah dengan aku asyik risau overdue itu ini..nah Allah hadiahkan aku bersalin secara czer dan baby breech.. Allahuakhbar!sesungguhnya Allah sentiasa tau yang terbaik untuk hambanya.

Dengan keadaan baby breech tu,Alhamdulillah sehingga masa nak bersalin,aku masih lagi boleh jalan laju,aktif,hari2 masak untuk family dan macam-macam lagi.sampai mana-mana aku pergi mesti ada orang tegur " larat lagi awak buat macam-macam yer dengan perut besar gitu"..huhu

Ok..insyaallah nanti bila free aku tulis pengalaman bersalin secara czer ya..boleh kongsi dengan bakal-bakal ibu yang mungkin seram bila fikir kena czer..apa-apa pun,percayalah..czer ni tak sedasyat & sesakit kita fikirkan.semuanya bergantung pada psychology kita..

ok.. jom kita tengok gambar Nurqhadijah Zahra bt Mohd Jeffri  :-)

Monday, June 2, 2014

Hehehe...

Assalamualaikum.

Hello semuaaa..
Semperna hari  ni,rasanya eloklah aku buat pengakuan yang ALHAMDULILLAH AKU DAH PREGNANT 39 WEEKS!tengah menghitung hari.so far Alhamdulillah aku dan baby sihat.Insyaallah esok lusa bersalinlah aku.

Aku dapat tau mengandung masa dah 6 weeks.berapa hari sebelum dapat tau tu aku tak sedap badan & asyik bad mood.sehari sebelum dapat tahu yang aku pregnant,aku dan mr.jeff ke tesco ampang.singgah jap kat watson.sibuk dia suruh beli pregnancy test.tapi aku tak sebab baru seminggu lewat period (tak nak mengharap sebenarnya).tapi dia berkeras gak nak beli.aku ckp ok lah,amik yang murah brand watson tu jer RM10.

Malam tu kami ada event lat Russian Center .memang sangat penat.balik pun tengah malam.esok tu lepas solat subuh aku tido semula.dalam jam 8am macam tu terjaga sebab sakit sangat2 badan.Nak makan panadol.tapi terfikir "macam mana kalau aku pregnant?bahaya ni makan ubat".mr.jeff tido lagi.aku senyap2 pergi toilet,kencing dan buat urine test.pastu on shower nak mandi.sambil2 tu sebelah mata curi2 tengok test kit tu... tiba2 tergamam tengok 2 lines !menggelupur kejutkan mr.jeff.hahahha..

Aku tunjuk kat mak tapi mak buat selamba.naik bilik nangis citer kat mr.jeff mak buat tak tau..terus ajak dia gi klinik utk scan..hahaha drama sungguh.lepas dah balik klinik tunjuk kat mak confirm baru mak happy.

Sepanjang mengandung ni ,masa trimester pertama, aku tak alami langsung morning sickness macam orang lain.selera makan pun normal.siap rajin masak lagi untuk family sampai sekarang.Alhamdulillah aku masih boleh memasak macam biasa.kalau tak kesian kat family and mr.jeff nak makan.huhu

Cuma masa trimester pertama,aku tak boleh langsung naik kereta.kalau naik kereta jer aku jadi pening,loya,serabut kepala.sampai jer satu2 tempat tu  mesti aku laju-laju cari toilet untuk muntah.walaupun setakat pergi tempat dekat macam ampang point ni :-/

Mengandung ni juga buat aku jadi gayat bila mr.jeff drive laju atau cilok sana sini.aku jadi macam seriau.tak silap aku,sepanjang mengandung ni,aku drive ada dalam 5 kali sahaja.itu pun ke kedai dekat umah.bukan stakat mr.jeff.abah & mak aku pun tak bagi aku drive.antaranya sebab-sebab kat atas tu lah.pelikkan?padahal masa sebelum kahwin dulu,aku drive kereta mesti laju & suka merayap sana sini.
Hurmm betul orang kata.masa mengandung ni,selalunya apa yang kita suka jadi tak suka..dan apa yang kita tak suka,jadi suka..

Ok lah..nanti aku sambung citer lagi yer.. ngantuk dah... tata...

Friday, April 11, 2014

Birthday my Yayang..

Happy birthday my lovely hubby!my love,my imam,my best friend,my shoulder to cry,my gossip friend,my gaduh friend.semualah!thanks for being the best hubby,a daddy to our baby,good son in law to abah emak,abang long to my sisters.selamat panjang umur,murah rezeki yang halal,happy & sentiasa dalam rahmat Allah dunia akhirat..

SAYANG & BABY LOVES U SOOOO MUCH!

Friday, March 28, 2014

Cara Mudah baca surah Al -kahfi ..

Assalamualaikum..

Hari ni hari jumaat.jom kita sama-sama baca surah al-kahfi..memandangkan sekarang ni zaman jenayah sangat teruk dan fitnah dajjal dan kuncunya makin melampau,jadi ini antara benteng pertahanan (selain daripada doa untuk elak fitnah akhir zaman)yang Allah ajar kita.Insyaallah bila kita amalkan surah ni,Allah jaga kita dan kita dapat bezakan antara yang benar dan fitnah.

Ok..aku nak bagi tips macam mana nak habiskan baca surah ni dalam masa satu hari.surah al-kahfi ni tak panjang mana.lebih kurang dalam macam surah yassin jer dalam 110 ayat .tapi aku mengakulah,dugaan untuk baca surah kahfi ni kuat sikit berbanding surah lain.kita akan rasa macam susah nyerr nak sebut ayat2 dalam surah ni dan rasa bosan lama sangat nak habiskan 110 ayat tu.sebab apa?surah ni adalah untuk kita benteng dari syaitan & dajjal.jadi syaitan akan hasut kita dengan perasaan -perasaan macam tu..

Cara mudah nak habiskan satu surah tu,aku buat macam ni..ada lebih kurang 110ayat kan?jadi kita bahagikan dua.contohnya lepas subuh baca dalam 60 ayat,lepas zohor sambung lagi baki 50 ayat..(atau bila-bila waktu korang semua free).terus terang aku cakap,mula-mula memang susah.tapi Insyaallah lepas 3,4 minggu dah ok dah perasaan tu.lama-lama nanti satu surah tu boleh habis dalam masa setengah jam jer..Insyaallah,kalau kita usaha,Allah tolong..

Ok lah..itu saja tips yang tak seberapa dari aku yang sama-sama belajar mendalami ilmu Allah gak ni..selamat mencubal..tataaaaa

Tuesday, March 4, 2014

Nasihat yang berguna..

Assalamualaikum...

Nasihat yang cukup menyentuh hati... bekalan untuk kita didunia yang makin mecabar ni...

Sunday, February 23, 2014

Menu sarapan ahad..

Assalamualaikum..

Haii semuaaa..dah sarapan? Makan apa pagi ni?Aku hari ni masak nasi lemak untuk family.mula-mula tu nak masak nasi lemak biasa jer..tapi subuh tadi adik aku si syafiqah (yang balik bercuti dari UPM ) , wtsap aku "along..nak nasi lemak dengan ayam goreng"

Aku pun masa turun nak masak tadi buka freezer then nampak beberapa ketul ayam yang memang dah siap dipotong.tapi beku lagi.ok lah..sempat kot nak cairkan sementara masak sambal tumis,nasi lemak & rebus telur..nahhhh ok ngam-ngam aku siap masak semua tu,ayam pun dah tak beku..mak tolong gaulkan dengan garam kunyit lepas tu aku goreng letak bawang sikit..

Ok..siap masak,hidang dan makannnn time ... :-)

Wednesday, February 19, 2014

Bekal..bento..tapau..

Assalamualaikum..

Aku suka dengan topik astro awani hari ni pasal tapau makanan dari rumah untuk ke pejabat..

Semenjak aku kahwin & mr.jeff dan start kerja ni,memang hari-hari aku bekalkan dia makan tengahari.sebab dia jenis kerja yang datang ofis hanya untuk punch card ,lepas tu dia dan kawan-kawan akan keluar buat kerja di tempat-tempat clients merata ceruk lembah klang ni.jadi dia makan tak tentu masa dan tempat.aku kesian kat dia macam tu makan tak tentu hala.so aku ambil keputusan untuk sediakan bekal untuk dia.kebetulan masa sebelum kahwin pun masa kerja kat johor,hari-hari dia bawa bekal ke tempat kerja.subuh dah bangun masak sendiri.semata-mata sebab nak jimat kumpul duit untuk belanja kahwin..huhu..

Jadi rutin harian aku setiap hari bermula lepas solat subuh dalam 6.45am (sebab mr.jeff keluar pergi kerja 7.30am ).aku akan masakkan sekali sarapan untuk family.nasi goreng ke,mee goreng ke..apa-apa jer la yang terlintas masa tu.sambil-sambil sediakan sarapan tu,sediakan juga lauk untuk bekalan mr.jeff.Alhamdulillah mr.jeff ni jenis simple sangat makanan dia.cukuplah satu lauk.so aku selalu masak ayam goreng kunyit atau eggs fuuyoong atau pun ayam goreng tepung dengan bawang.aku suka masak lauk-lauk kering macam ni sebab tahan lama dalam bekas.tak basi dan kebetulan pulak,memang itu mr.jeff suka..

Kalau dia kerja hari sabtu pun aku bekalkan.sebab walaupun separuh hari,tapi jadual dia tak menentu.kadang-kadang sampai petang juga.aku sebagai isteri happy bila dapat sediakan bekalan makanan untuk suami.sebab kita tau dia makan air tangan kita (walaupun simple) dan dapat berjimat juga (maklumlah sekarang semua benda mahalll).

Aku pernah tanya mr.jeff .."abg tak malu ke bawa bekal?sebab orang-orang melayu ni(bukan semua) kadang-kadang dia padang lekeh kat orang-orang bawak bekal ni.cakap kedekutlah,pokailah,takut binilah "..then dia jawab "apa nak dimalukan.lagi malu bila tak makan sebab tak ada duit dan bukan tugas kita nak puaskan hati diorang..".. hurmm..betul tu..

Kembara di padang pasir...

Assalamualaikum..

Hari ni pagi-pagi lagi kat facebook dah sibuk pasal seorang budak syria umur 4 tahun yang UN jumpa di padang pasir.budak lelaki ni terpisah daripada keluarga dia semasa mereka semua berhijrah dari syria ke jordan.comel jer dia dengan lengkap berjaket dan angkut beg plastik besar (mungkin pakaian dia ) kehulu hilir merentasi padang pasir tu sorang diri..

Masa breakfast pagi tadi,sempat borak dengan mr.jeff pasal budak ni.macam-macam yang kita boleh belajar dan fikir daripada kisah budak ni.bak kata mr.jeff,bayangkan macam mana dia redah sorang diri padang pasir yang kita semua tau tempat yang banyak jin,binatang buas,cuaca tak menentu dan macam-macam lagi.kuasa Allah yang melindungi budak ni.

Aku pun cakap kat mr.jeff,cuba kalau diorang semua borak-borak dengan budak tu dan suruh dia cerita pengalaman dia kat padang pasir tu,pasti akan ada 1001 keajaiban dia akan cerita..(ingat,budak tak akan menipu)..

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada kisah budak ni ialah,bagaimana kebergantungan kita hanya pada Allah..kat tengah padang pasir tu,siapa yang mampu tolong kalau bukan Allah..sama macam kisah siti hajar dan anaknya ismail..hanya mereka berdua di tengah padang pasir..yang akhirnya terjadilah air zamzam,safa dan marwah..

Monday, February 10, 2014

Buat Layan tak layan jer..

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku ke kedai buku popular di salah satu shopping mall area ampang.aku masuk kedai buku tu awal 15 minit dari mr.jeff yang ke tandas.

Sedang aku asyik pilih-pilih pen untuk nak beli,tetiba datang seorang apek tua ni (hampir 70 tahun kot umur dia) kat seorang sales girl melayu yang tengah susun apa entah kat lantai tu..

Uncle : hello, mana saya boleh dapat itu MANICURE set ya?(dia tanya sangat bersopan nadanya)

Sales girl : ohh itu PENSEL TEKAN ya?you pergi itu kaunter(sambil cakap acuh tak acuh tunjuk ke kaunter jual pen & pensel tekan mahal)

Aku perhati jer dari tempat aku berdiri.uncle tu pun terkebil-kebillah berdiri kat kaunter tu sambil tenung pen & pensel tu.sales girl tadi yang ada kat sebelah buat bodoh jer.aku rasa kesian dan terus ke uncle tu..

Aku : excuse me uncle,maksud you manicure set such as ketip kuku semua tu right?

Uncle: yes..yes..where can i get it? (Sambil tersenyum)

Aku pun cakaplah kedai kat ground floor ada jual & terangkan betul-betul lokasi kedai tu.dia pun cakap terima kasih banyak-banyak dan berlalu pergi.sales girl tadi??masih lagi duduk sebelah tu dan buat tak tau dengan muka ketatnya..

Aku tak geram pasal sales girl tu tak paham apa tu manicure set.tapi aku geram dengan sikap acuh tak acuh dia & muka ketat melayan uncle tu.apalah salahnya dia berdiri kejap ikut uncle tu ke kaunter dan tanya betul ke tidak apa dia tunjuk tadi.mesti uncle tu akan terangkan kat dia apa maksud manicure set dalam melayu.ini bila dia buat macam tu,nampak macam pepatah "bodoh sombong"...

ishhhh aku cukup pantang bila orang  berkasar dengan warga emas..

Thursday, February 6, 2014

Si Anak yang rindukan arwah ibu bapa...

Kubur arwah ayah&mama mr.jeff di papar sabah.

sehari sebelum balik KL,kami pergi berdua ziarah kubur.orang lain balik kampung ada ibu bapa mertua sambut.aku?pusara mereka yang sambut.sedih?jangan cakaplah macam mana sedihnya.

mr.jeff cakap kat pusara arwah "bapak,mama..aku balik ni.aku bawa isteri & bakal anak.esok aku sudah mau pulang ke KL.aku tinggal sana sekarang sama mertua ku.walaupun aku jarang sudah pulang sini,tapi aku tak pernah lupa bapa sama mama..moga bapa mama tenang di sana.aku rindu"..

air mata aku laju mengalir sebalik cermin mata hitam besar yang aku pakai..Al-fatihah

Tuesday, January 28, 2014

Moga Allah kurniakan syurga..

Assalamualaikum..

Hari ni aku terbaca di sinar harian online kisah Dr.aafia ni.sebenarnya kisah beliau hangat diperkatakan beberapa tahun lepas tapi hari ni sinar buka kembali cerita beliau supaya masyarakat dunia tak lupa doakan untuk beliau sekeluarga.

Beliau merupakan seorang doctor didalam bidang neurologi.mempunyai 3 orang anak dan bercerai ketika mengandungkan anak yang ketiga.seorang yang berketurunan pakistan tetapi mendapat pendidikan di luar negara.

Kisah tagis beliau dan anak2 bermula selepas secara tiba2 dan tidak masuk akal beliau dituduh sebagai seorang pengganas untuk menghancurkan amerika.pihak kerajaan pakistan & US bekerjasama menahan beliau dan anak2 dan ditempatkan di penjara di US.pelbagai penyeksaan dikenakan keatas mereka anak beranak.bagaimanapun 2 orang anak beliau dibebaskan secara berasingan (nasib anak bongsu masih misteri hingga kini).malangnya dr.aafia ni masih lagi dalam tahanan.pelbagai bentuk seksaan dikenakan ke atas beliau.mental,fizikal & sexual.Beliau kini dilaporkan telah hilang ingatan didalam tahanan disebabkan oleh tekanan yang dihadapi.

Untuk catatan kita semua,beliau merupakan seorang doctor neurologi &juga hafizah Al-quran.Allahurabii..jom sama2 kita doa semoga Allah letakkan beliau dikalangan syuhada & dibebaskan dari tahanan oleh para kafir laknattullah..

Ps: article details pasal beliau boleh didapati dalam sinar harian hari ni :-)

Monday, January 27, 2014

Aku masih di sini...

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum semuaaa..

Apa khabar?gilerrr lama aku tak update blog ni.last update 29/10/12..itu pun setakat perutusan birthday.kihkih..ok lah..meh aku update apa jadi yang penting2 sepanjang 2013 yerr..

1) 29/6/13 (AKU DAH KAHWIN !!)
Buat kenduri akad nikah simple sahaja tapi meriah dengan kehadiran orang2 yang rapat.seminggu sebelum ramadhan.suami ku mr.jeff.orang sabah keturunan brunei sebelah arwah bapanya dan kadazan sebelah arwah ibunya (yerr mr.jeff anak yatim piatu.aku tiada ibu bapa mertua uolss..sob..sob)..ok lah itu jer serba ringkas tentang encik somi ku dulu.nanti2 citer lagi ..bila aku baca last post aku 29/10/12,ada tertulis impian aku secara tersirat untuk kahwin tahun 2013.tak sangka,hujung bulan 12 tu Allah temukan aku dengan mr.jeff dan june 2013 kami kahwin..(bertunang 10/3/13).kuasa Allah..kun fayakun jer DIA buat..

2) 3/5/13
Lagi dua hari orang sibuk nak pilihanraya,adik aku si nashanim.blogspot dapat baby girl.tengku nur aisyah yang comel macam nak gigit2..cucu pertama untuk abah mak aku.excited sungguh mereka.kiranya kenduri nikah aku hari tu merangkap kenduri kenal2kan aisyah lah kat semua orang.

Hurmm itu jer kot highlight yang penting untuk 2013 hari tu.so far selain macam2 ujian bisnes Allah bagi kat kami sepanjang 2013,tapi DIA juga bagi 1001 kebahagian untuk kami sekeluarga.

Aku start nak aktif semula kat blog ni lepas dapat green light dari mr.jeff.tapi antara syarat2 yang dia kenakan 1)gunakan blog ni untuk sampaikan ilmu,isu semasa dan dakwah islam.. 2)untuk bisnes mencari duit sampingan dan ada beberapa syarat lagi..

Aku tak sempat lagi nak kemas kini layout blog ni.letak semula viewers numbers,jam dan lain2..nak minta tolong si nashanim.blogspot.com tolong ajarkan..almaklumlah dah lama tinggalkan blog ni.dah lupa dah..

Ok lah..nanti kita sambung borak2..ni aku letak beberapa keping gambar untuk pengubat rindu korang semua..  :-p

P/s : aku taip guna tab..so masih tak berapa pandai nak edit picture capture..jadi korang faham2 sendirilah yer maksud tiap gambar tu..huhu

Assalamualikum.. :-)

Thursday, January 23, 2014

Testing..hellooooooooo

Testing 1234567810....

RINDU SAYA TAKKKKKKK??
jika rindu katakan rindu...jika tidak pun paksakan diri cakap rindu..