Seumpama naskah yang terbuka..sesungguhnya tiada rahsia..bacalah kenali lah dengan bijaksana SIAPA KU YANG SEBENAR.. :-)
Friday, December 31, 2010
i'm gonna missed 2010 :'(
Sebelum 2010 tinggal kan kita..jom aku citer kenapa sayang sangat 2010 nih..!
AKU LAHIR PADA 29/10/82
1)Bila di gabungkan 29 & 10..jadi lah tahun 2009 dan 2010..so aku sayang dua2 tahun nih.
2)Aku lahir tahun 82..dan tahun ni aku umur 28..(Muda lagi yerr)
3)Byk benda best jadi tahun ni..bznes makin bagus dan paling best dpt gi umrah!Alhamdulillah..
InsyaAllah esk dah 2011..walaupun dah tak dek kena mengena dengan tarikh bday aku dah..tapi harap 2011 makin menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kami sekeluarga..insyaAllah..aminn..:-)
Nanti bila free aku share azam 2011 yerr..tataaaaaa
Sunday, November 28, 2010
TeRseLaMaT!!!!!!
Pagi tadi tengah duk busy2 keja tiba2 aku terbaca FB classmate degree aku dulu.kak JLO (bukan nama sebenar.kihkih)..aku panggil dia akak sebab dia tua 4 tahun dr aku.kak JLO still lagi single n hot sampai sekarang..
Ok status kak JLO berbunyi.."Dpt sms walimatulurus daripada ex-bf.dia ajak pegi kenduri 2nd wife dia.isteri pertama dah izinkan.perghhh nasib aku tak jadi kawin dengan dia"
Aku tergelak baca status dia.sebab aku teringat dulu time study kak JLO ni duk sedih sgt mamat tu tinggal kan dia.kawin ngn orang lain..sedih giler la akak JLO tu.memang bertahun tak le lupakan mamat tu..mamat tu memang gatal pun sebab dah kawin tu dia still gak nak try balik kak JLO tu.dan terbukti pun dia nak kawin lagi 1.kalau kak JLO tu jadi kawin dengan dia dulu sure kak JLO tengah duk makan hati sekarang sebab nak bermadu .. :-p
Apa yg jadi kat kak JLO tu buat aku teringat yang kan Allah tu tau apa yang terbaik untuk kita.apa yang kita tak suka tu yang terbaik kat Allah..sebab tu kita kena Sentiasa bersangka baik dengan Allah :-)
Bye!jumpa lagi dengan citer hot yang lain pula..kihkih..Assalamualaikum :-)
Friday, November 19, 2010
Labaikallahummalabaik...
Friday, October 29, 2010
Allah selamatkan kamu...
Ok..jap nak g dinner dengan family kat restoran intai-intai.ampang.nanti saya akan sambung citer yang seterus nya..insyaAllah.. :)
Tataaaaa
Thursday, September 2, 2010
BeZa PR & MaRkETinG..
subuh2 aku dah berblog hari ni..sebab nyer tadi bukak fb..lepas tu terbaca status si engku azmin (min ni kawan time study PR dulu & sekarang jadi producer kat media prima)..dia cakap media prima sekarang tengah cari PR exec..kebetulan aku memang graduan bach(hons) mass communication & media studies(public relations)..tiba2 hati aku terdetik nak explain pasal beza antara public relations officer & marketing officer..ramai orang yang masih confuse..(aku dulu pun dah part 2 baru betul2 paham beza antara dua nyer)hahaha :-p
sebelum tu...PRO yerrr bukan GRO...GRO tu PELACUR!!!jangan silap!! (*_*)
beza utama antara PRO & MO ialah...PRO buat keja untuk menaikkan nama company atau individu TETAPI mendapatkan financial profit bukanlah matlamat utama...manakala MO buat keja untuk mendapatkan financial profit untuk company atau invidu...
Public relations officer (PRO) :
orang paling kanan kepada CEO/individu.selalu nyer kalau kita tengok kat mana2 syarikat besar kat dunia ni..corporate com department/jabatan perhubungan awam/corporate affair (sama jer semua ni..tapi lain company lain gelaran nyer) mesti level dia dekat dengan level CEO kan?sebab nyer :
1)kalau ada apa2 kes berkaitan company CEO akan refer terus kepada PRO..si PRO ni pulak akan siasat segala punca masalah sampai ke akar umbi lepas tu dia akan report kepada CEO apa nak kena buat etc..kita amik contoh kes tanah runtuh di bukit antarabangsa. PRO bagi MPAJ ni akan panggil semua head of department meeting.PRO ni akan dapatkan jawapan daripada engineer semua yang involve,penguatkuasa etc..untuk tau punca & cara nak atasi kes tu.bila dah setel semua..PRO akan report kepada CEO MPAJ.lepas dah dapat report tu barulah CEO & PRO ni akan buat sidang akhbar explain segala..PRO kena ada kat sebelah CEO tiap kali ada press conference...sebab dia tukang jawab. PRO ialah pintu depan kpd sesebuah organisasi /individu.sebab tu kalau kita tengok bila ada org complain jer pasal apa2 masalah dalam surat khabar bahagian" aduan pembaca" esok tu mesti ada jawapan sekian sekian daripada "pegawai perhubungan awam syarikat bla..bla.."paling famous PRO hospital kerajaan sebab banyak sgt kes..hahaha
2)tugas PRO untuk org politik pun sama.cuma kekadang PRO di panggil "setiausaha
akhbar".sebab PRO ni memang banyak kena deal dengan media pun.nak jaga nama baik org politik tu semua.PRO kepada politician ni jugak yang menentukan jatuh bangun politician tu.presiden USA ke,PM ke,menteri2,adun2 segala (termsuk artis jugak).nama agak jahat bagi PRO ialah "spin doctor"..sebab keja nyer mencipta & meng"spin" kan issues tu sampai gempak..haha..kalo PRO ni tak pandai handle problems,jawabkan segala issues,bgi idea kat bos dia..alamat nyerrr...KALAH PILIHANRAYA!!kalau jahat PRO dia..jahatlah jadi bos nyer. contoh mcm Dato Najib dia upah APCO (PR consultant from israel) untuk pulihkan image dia kat mata malaysia & dunia.itu yang giigih duk kacau bubur lambuk sana sini bulan ramadhan ni..nak jaga image punya pasal..hahaha. (seriously..kalo korang semua orang PR mcm aku memang nak tegelak tengok perangai sesetengah orang/organisasi yang kekadang pahaper keja semata2 nak nama)...tu yang kekadang keluar perkataan..."perghhh!!!!PR dia hancor siot!!teruk giler!! " (*_*)
3)antara contoh tugas2 PRO ni nak menaikan nama individu/organisasi ialah dia sponsor programme sana sini,buat JOM HEBOH mcm media prima,celcom & maxis buat concert,beras faiza sponsor bersamamu,TM sponsor LE tour d langkawi...dan lain2..tujuan buat ni semua untuk mendapatkan nama baik syarikat.cth nyer macam beras faiza sponsor bersamamu..so penonton semua pun akan "oooo baikk bos faiza nih..bagus2!"..kalau politician derma atau redah kampung2.."bagussss dato najib ni..sanggup kacau bubur lambuk tengah2 panas dengan orang kampung mcm kita ni yekkkkk" (kata makcik2 senah)..hahaha
4)beza dengan MO..PRO tak semestinyer orang yang banyak cakap tapi harus BIJAK BERCAKAP BILA PERLU..silap cakap..hancur!!mana2 pun dia pegi PRO ni bawak nama individu/organisasi yang dia keja.
ok..tu sikit sebanyak pasal tugas2 PRO..
Marketing Officer (MO) :
1)kesimpulan yang senang..marketing kena buat benda yang dapatkan balik financial profit kepada individu/organisasi.contoh..jual products,properties segala..tak dapatkan duit untuk company..siap lah!!sile resign sekarang..kihkihkih...
2)MO tak perlu sangat jaga nama baik iindividu/organisasi..yang penting sales jalannnn...sebarang masalah dorang lepas kat PRO & bos2 jawabkan..mereka lepas tangan sajoh!!ada sales bermaksud ada gaji & masyukk bagi MO..
-------------------------------------------------
okeh!!tu sajer kot nak explain sikit2 pasal beza antara PRO & MO...harap2 dapat buat korang semua paham ek..kalau agak2 menguap baca ni..siler tido yerrr..yerrr saya tau bosannnnn...(*_O)
PERHATIAN!!kalo ada saper2 nak guna article ni untuk PR assignment..sile bayar royalty (perasan sungguh!bajet hebat)...kuikuikui... :-P
Thursday, August 26, 2010
SegaLa Nyerr CasH...
ok..hurmmm tiba2 aku nak citer sesuatu la..begini kisah nyer...
semenjak balik umrah ni..mcm pelik sket..semua benda yang baik or jahat aku buat akan di bayar secara "cash" oleh Allah...contoh nyer..
1)kalo aku doa mintak petunjuk dlm masa 1,2 hari lepas tu sure akan dapat jawapan nyer..(sebelum ni agak lambat sket)
2)kalo aku buat baik sekejap jer akan dapat balasan yang baik jugak.
3)kalo buat jahat...SEKEJAP JUGAK AKAN DAPAT BALASAN NYER JUGAK! rasaainnnnnnn!!!
4)dugaan makin kuat..tapi magic nyer macam..hari ni masalah bertubi2 sampai tahap nak pitam..esok tu tiba2 jer Allah permudahkan urusan tiba2 selesai semua masalah tu...
oleh sebab tu..(lagi sebab yang no 3 tu...) buat aku sgt2 berhati2 sekarang nih..katakan kalo aku terbuat jahat..benda simple jer contoh aku tercakap sesuatu yang jahat or bukan2...dlm hati aku time sure terdetik..mesti aku kena sesuatu pas ni...sah!confirm!!tak berapa lama betul lepas tu mesti ada sesuatu jadi kat aku..contoh nyer tiba2 hati tak tenang..haaaa..tu baru sikit....tapi kalo dpt cash yang baik2 tu mmg yippieeeeeee lah kan..Alhamdulillah..haha
aku tau ni semua hikmah di sebalik kejadian..Allah nak ubah aku jadi orang yang lebih berguna & berhati2..kekadang aku dah rasa macam ada kat mekah,madinah pun ada..semua nyer cash...hehe...itu yang kekadang aku lebih banyak berdiam diri daripada banyak cakap sebab yang KENA CASH nyer aku balik... (uwaaaaaaaaaaaa tangesan sayu yang tak berapa nak sayu)
Tuesday, August 17, 2010
RaMaDhaN Ini....
ok saya sangat lembap!mintak maaf sangat2..hari ni dah 7 ramadhan...tapi baru nak wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!
di kesempatan ini aku nak mintak ampun dah maaf kalau ada tersalah kata,tekasar,terngumpat,termarah dan segala "ter" sepanjang aku menulis blog ni.semoga ramadhan kali ni menjanjikan seribu keinsafan dan keimanan untuk kita.
beberapa hari ni hujan lebat,ribut sana sini.dekat melaka & PJ dah ada yang terbalik sana sini di sebabkan ribut.kat pakistan dengan banjir besar dan tempat2 lain lagi bencana sana sini.itu semua peringatan Allah untuk kita semua.itu baru sedikit untuk kita renung & insafi.
lately aku tengok nyawa kita semua macam telur hujung tanduk.setiap hari ada kematian daripada orang yang kita kenal dan rapat.lagi2 nyawa orang baik2..sesungguhnya orang2 yang baik memang Allah sayang & cepat di jemput untuk menghadap NYA.sebab antara tanda2 kiamat ialah makin berkurang nya orang2 yang baik & beriman di atas muka bumi ini.yang tinggal hanya mereka yang jahil.nauzubillah semoga kita temasuk dalam golongan yang mendapat syurga Allah..
marilah kita manfaatkan ramadhan yang hanya 30 hari dalam setahun ni.itu pun berapa hari jer yang tinggal untuk kita yang perempuan ni.tolak period segala.marilah kita perbanyakkan membaca al-quran,sedekah,qiamulai dan ibadat2 lain (peringatan untuk diri sendiri juga)
hari ni kita bersedih dengan kematian orang yang kita sayang.esok lusa orang akan bersedih dengan kematian kita pula.yang dah pergi tu dah tamat perjuangan dia kat dunia ni..kita yang hidup ni..APA BEKALAN KITA?? (*_*)
assalamualaikum & salam ramadhan....
Tuesday, July 13, 2010
Ku SeRu...
Thursday, July 8, 2010
SaYa SuKE PeTua Nih!!!
HARI NI GENAP SEBULAN AKU BALIK DARI UMRAH!NAK GI SANA BALIK!!uwaaaaaaaaaa (T_T)
ok sambung citer yer hanim..
malam tadi sembang panjang dengan aizuddin..tiba2 terkeluar 3 petua "bagaimanakah cara2 untuk mengorat secara slow & steady"
cara ni memang-rasa-macam-nak-lempang laju2.tapi bila di bayangkan akan menjadi satu benda yang nanges2 aku gelak...
PETUA 1)
kalau org yg anda nak ngorat tu jenis tak suka lepak lama kat kedai makan untuk borak2.caranya anda perlu lah pergi ke mana2 restoran thai atau melayu yang tahap anda mintak nasi goreng biasa & air kosong.yang 2 menu ni pun dekat sejam kita order baru dia nak siap. (Ingat!!bukan nasi goreng pataya yg sah2 memang susah giler nak masak tu yer!!)..jadi anda manfaatkan lah sebaik2 nyer masa menunggu makanan tersebut untuk bersembang dengan si dia.walaupun hakikat nyer perut memasing dah lapar nak mampos & rasa nak terajang jer kerusi meja kat restoran tu.ohhh sila cool yer jangan marah2.ingat!!anda masih baru2 keluar dating dengan si dia.
perhatian!!!! JANGAN gunakan kaedah ini di kedai mamak .kerana??mamak anda mintaklah menu apa pun..2,3minit dah siap.dapat pulak si dia yang makan memang laju giler..habis makan,minum terus blah..alamak nyer??ternganga lah anda untuk bersembang lama dengan si dia.
PETUA 2 )
sekiranya si dia memang jenis yang tak suka lepak lama2 untuk bersembang dan lebih suka untuk berjalan2 tawaf klcc,midvalley..etc.. tak ker susah kita nak sembang sambil jalan2.dapat pulak kalau si dia tu jenis macam aku yang kejap2 tiba2 jer hilang masuk kedai tah mana2 tuk shopping then penyudah nyer pasangan anda brcakap sorang2.haha...TAPI tak per.anda tak perlu risau.caranya mudah sahaja.
anda pergi sahaja ke bahagian pejabat security dan cakap.."bang!blh tak pinjam walkie-talkie kejap?kejap jer kita orang nak guna.dlm 2 jam.pakai tuk merayau dalam2 ni jer!tak hilang punyer!!tolonglah bang!!"
haaaa!!sebaik sahaja dapat walkie-talkie tersebut..apa lagi?bersembang +shopping+berkenalan lah anda sepuasnyer sambil ber"walkie-talkie" ..hahaha
PETUA 3)
bukan senang kan kita nak ngorat orang yang kita nak giler2.kita kena buat2 cool & slow (walaupun dalam hati rasa nak maki2 jer)..kita kena masuk perlahan2 dalam hidup dia.strategi kena baik & guna cara halus.menangi hati nyer dulu.
untuk permulaan mengorat..anda hanya perlu anggap macam ni.."bawak kancil 650cc(tahap basic manual giler punya kancil)+guna gear 1 +naik bukit curam..(yang anda rasa org berjalan kaki kat luar kereta anda lebih laju & dulu sampai ke atas bukit berbanding anda yang masih terhegeh dalam kereta tersebut)..so??dapat bayangkan tak macam mana lembap +lengai nyer proses itu?tapi tak per..setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran nyer..hahaha
akhir kata...selamat mencuba yer petua2 nih..memang petua2 ni tahap makan hati & memerlukan kesabaran yang tinggi..ingat!!!bukan senang untuk senang!!kahkahkahkah..
p/s:saper2 yang berjaya ikut petua ni sile inform aku yerr!!nak tabik hormat sket sebab anda HEBAT!HEBAT!HEBAT!! (o_0)
Monday, July 5, 2010
ADeihhhh~~
p/s:sebenarnya dah 3 minggu aku tak bukak blog sendiri..muahahahaha
Thursday, June 17, 2010
Wahhh!!!HaNiM KeMbaLi....;-p
*tiket pergi..balik naik sampan*
Thursday, May 27, 2010
AKu PeRgi MemBaWa DiRi Yg HiNA...
*copy gambar daripada fb kawan yang dah pergi lebih awal :) *
insyaAllah mulai malam esok (malam ni) iaitu tepat jam 12++am ni aku dan keluarga dah berada di mekah.ke satu tempat yang kita semua orang islam akan sangat2 nak pergi.Alhamdulillah rezeki aku dan adik2 sampai awal dan dalam umur yang masih muda.(abah & mak dah pernah pergi sebelum ni untuk haji & umrah).Alhamdulillah..
aku rasa aku penah citer kat post aku yang sebelum2 ni yang aku sangat2 nak pergi ke mekah.aneh nyer dalam masa 2,3 tahun kebelakangan ni aku selalu sangat mimpi aku berada di mekah.samaada tengah beribadat kat sana atau dalam penerbangan ke sana.terlalu kerap mimpi sampai aku tertanya2 apa maksud mimpi aku tu?aku harap2 pemergiaan aku kat sana akan dapat menjawab segala mimpi aku beberapa tahun ni..
-
-
-
-
Tuesday, May 25, 2010
ArgHhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!
Tuesday, May 18, 2010
SeDiH PuLak BaCa..
sedih pulak baca article ni..copy from blog ustaz ni..
http://www.saifulislam.com/
jom baca.......
-
-
Saat wajah emak tersembam ke ribaan saya dalam tangisan, saya tahu dunia tidak akan lagi seperti semalam.
“Rizal, abah kamu dah tak ada!” tangisan emak pecah dalam kata-kata itu.
Malam itu abah pergi selama-lamanya. Pergi meninggalkan kami dalam kejutan dan kebingungan. Emak jauh daripada bersedia untuk menjadi ibu tunggal kepada lima anak lelakinya yang menjadi yatim tanpa diduga. Rumah kami menjadi kapal. Hanyut di lautan tanpa tepi ketika nakhoda hilang secara tiba-tiba.
Malam itu juga saya memapah semangat turun ke dapur untuk berwudhu’. Wajah saya basah dengan air mata. Hati bagai mahu meledakkan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi agama mengajar saya memaut harapan kepada yang Maha Esa. Saya membentang sejadah dan solat saya tenggelam dalam tangisan.
Emak membesarkan kami sendirian.
Selama ini, emak menguruskan makan minum kami. Abah menjaga urusan-urusan kehidupan yang lain. Betapa abah bersungguh menjaga persekolahan dan makan minum kami, hingga abah tidak pernah membeli baju sehinggalah emak sendiri yang membeli kerana tidak betah melihat suaminya lusuh berpakaian yang sama setiap masa. Tetapi ketika abah tiada, emaklah ibu emaklah bapa. Kami lima beradik diberinya makan dan minum, dijaga biar pun ada kalanya dengan leteran dan kemarahan, agar kami menjadi manusia.
Emak kahwinkan kami, menyambut menantu yang tidak berbapa mertua. Kenduri kahwin sentiasa pincang terasa, tetapi emak bertahan dan terus menempuh hari demi hari sendirian. Biar pun emak bukanlah seorang yang ekspresif dalam meluahkan isi hatinya, emak mencari kekuatan dalam Tahajjudnya. Amalan yang tidak pernah emak tinggalkan semenjak saya mahu mengingat semalam.
Saya berhutang budi kepada abang-abang saya.
11 tahun di perantauan, tidak banyak yang dapat saya lakukan pada melunaskan tugas sebagai seorang anak selain doa yang tidak pernah berhenti pada setiap hari hidup bernadi. Tetapi abang-abang sayalah yang meneman, menjaga dan melindungi emak dengan sepenuh upaya. Malah selepas kembali ke negara halaman, saya masih bertarung mencari peluang untuk berbakti kepada emak, dan segalanya masih terlalu jauh daripada kesempurnaan.
Setiap hari adalah hari ibu buat saya.
Duhai isteri dan anak-anakku, kasihilah seorang wanita tua yang semakin tua itu. Sesungguhnya diriku tiada di sisi kalian tanpanya.
Duhai setiap insan yang mengenaliku, pada semua kebaikan dalam persahabatan kita, doakanlah untuknya kerana dialah asbab diriku menjadi temanmu.
Segalanya bermula daripada seorang…. IBU.
Thursday, May 6, 2010
heheheheh... ;-p
hari tu jalan2..then terjumpa benda2 nih..kebetulan memang 2 way cake,eye liner & eye brow pencil dah ala-ala nak tamat riwayat nyerr..
sebelum ni guna lancome bagai..then tiba2 main2 try brand ni kat counter dia dan tiba2 rasa macam..tinggg!!!eh macam best jer..jomm try yukkkk!!
akhir nyer aku pun beli lah...ini..ini..dan itu..
brand yang aku beli ialah.....jeng..jengg...jenggggg....
-
-
-
*SIMPLYSITI by siti nurhaliza* hehehe... ;-p
Sunday, May 2, 2010
Aku & HaTi Kuu...
aku perasan yang dalam 1,2 tahun ni aku jadi macam keras hati sikit.keras hati dalam konteks susah nak berbaik semula dengan orang yang cari pasal dengan aku.memang aku maafkan semua yang dia orang buat dekat aku..tapi lepas tu aku akan dingin sedingin-dingin nyer. .(macam lagu rindu serindu-rindu nyer pulak)
keadaan dan pengalaman hidup yang mengajar aku jadi seorang yang keras hati.5 tahun sebelum ni aku pernah merasa hidup sangat2 susah.buat degree(hari2 siang kerja petang-malam pegi kelas.sampai rumah hari2 kul 12mlm) ,bsnes time tu baru sangat2 start,letih+stress+duit tak ada (tahap kais pagi mkn pagi),break off,di tikam belakang,di pandang hina orang sekeliling..itu belum lagi kes aku dengan lelaki2 yang aku cuba close beberapa tahun ni..senang citer sangat2 azab hidup kita orang 1 family 5 tahun sebelum ni.adik2 lagi semua tengah study.aku anak sulung kena tolong abah mak harung semua tu.kena jadi tulang belakang dia orang semua..dah tak nak tengok abah,mak nangis,sedih time susah dulu..ENOUGH!!
kebetulan pulak aku memang jenis suka pendam.memang tak bercerita dengan dia orang.sikit2 jer aku citer.bila dah stress sangat2 aku akan jadi pendiam,suka memerap kat bilik.bila masalah tu dah selesai baru aku akan citer/dah critical sangat/dia orang tau daripada mulut orang lain.benda ni semua membentuk aku jadi seorang yang berdikari & kuat & agak keras hati.
aku susah nak berbaik dengan orang yang tikam belakang.memang sangat2 susah!so selalu nyer kalau orang yang memang aku tak boleh langsung nak berbaik sebab kes yang ni lah.dan lagi satu kau kacau+buat parets aku sedih.satu ayat jer yang kalau boleh aku nak bagi kat orang tu..KAU BOLEH PERGI M*****S!
kalau hal2 yang lain tu aku masih boleh lagi nak maafkan.lagi satu aku memang jenis kalau berbaik ngn orang tu memang baik sangat2.berkorban apa saja.sampai tahap orang akan kata.."kenapa kau baik sgt kat dia?dia amik kesempatan tau."..haaa itu time bila aku berbaik.tapi bila dah bagi 3,4 kali peluang kau buat lagi..habislah kannn..??
tapi aku tak keras hati dekat semua orang.hanya mereka2 yang mempunyai ciri2 di atas.kalau dekat orang susah + memerlukan aku boleh menangis secara automatik nyer.hati aku akan cair kalau tengok orang2 susah.. :(
aku tak nak dan tak suka jadi keras hati macam ni.tapi pengalaman lalu buat aku rasa aku perlu jadi macam ni.untuk melindungi parents,adik2 & bisnes aku jugak..aku dah tak nak kami di pijak2 macam sebelum ni.cukup2 lah tuu..
ucapan aku untuk mereka2 yang aku dah boikot ialah..
~~maaf sebab aku terpaksa buat macam ni..tapi kena ingat kau-kau-kau yang buat aku terpaksa jadi macam ni..~~
Monday, April 26, 2010
RaJiN AdiK Ni...
petang balik kerja sabtu baru ni rasa haus giler.so singgah kejap dekat gerai area rumah untuk beli air.tiba2 nampak budak ni tolong ayah dia tolak barang2 berniaga untuk di simpan dekat stor belakang kedai ni.
ayah dia jual goreng pisang,keledek semua.macam tak pernah nampak adik ni sebelum ni or aku memang tak perasan selama ni.tapi sangat kagum dengan dia.rajin tolong ayah berniaga time cuti.tak macam sesetengah budak yang main jer dan tau2 nak mintak duit..
bagi aku budak2 memang perlu di ajar untuk hidup susah.mengenal dunia sebenar macam mana.susah dan payah nyer mencari sesuap nasi.biar dia lebih menghargai apa yang dia ada.macam kalau kita tengok chinese dari kecik dah bawak anak2 dia orang ke tempat kerja/berniaga.tujuan untuk biar anak tu tau susah senang dan nak dedahkan dia orang dekat dunia yang sebenar.lepas tu kalo anak2 tu memang ada minat nak sambung bisnes parents dia orang senang terus belajar selok belok bsnes tu dari kecik.dan terpulang nak sambung belajar tinggi2 atau kalau dah malas belajar amik alih jer bsnes tu.itu yang kita tengok chinese tak belajar tinggi pun mereka tak hidup melarat.(sori kalau bahasa agar kasar).
tapi itu kelemahan orang melayu yang aku tengok.tak nak buat keja yang "kotor" macam ni.konon tak glamer,tak pakai tie,tak duduk dalam aircond,tak blh pakai kemeja..etc!yang parents pulak "ohh tak nak bawak anak tolong berniaga sebab kesian dia orang..tempat tu kotor,biarlah dia orang kecik lagi,main"..itu yang silap!chinese anak dia orang boleh jer bawak buku time berniaga.masa main kita main.dan aku tak cakap bawaklah-anak-tu-hari2..tapi sesekali tu perlu.supaya dia orang boleh belajar dunia.
*aku cukup letih dah tengok orang kita yang masih tak nak bukak mata dan tengok dunia.tolonglah bangun dan berdikari..!!rezeki Allah tu datang dengan macam2 cara.kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh? usaha +doa + tawakal..itu jer kunci nyer..(T_T) *
*time ni adik ni dah punggah habis barang2 ayah dia.tak sempat pulak nak amik gambar time barang2 tengah penuh tu.. :) *
Monday, April 19, 2010
AyaH & IBu..
hari ni hari ulang tahun perkahwinan abah& mak yang ke 29thn..ALHAMDULILLAH!!
tahun 2002 dulu abah& mak raikan ulang tahun dorang kat ampang puteri hospital sebab aku warded time tu..food poisoning tak silap..hari ni aku raikan lagi sekali dengan doc cakap badan aku ada masalah effect daripada accident 3 minggu lepas..kesimpulan nyer dah 2 kali aku buat dorang celebrate dalam hati yang gundah gulana..coobaannnnnnn =)
2 minggu lepas lagi abah dah bagi hadiah cincin berlian yang baru kat mak..sayanggggg betul dia kat wife dia kannnnn?? =))
abah& mak ialah macam kembar siam.mana ada abah itu ada mak.memang tak boleh dipisahkan.mana2 pergi nak berdua.makan,shopping,jalan2 semua nak abah ada..abah pun sama nak mak ada.kalau tak mula lah salah seorang buat muka tak dek mood or macam ayam sakit..haha
dua-dua anak bongsu..MEMANG SESUAIIIIIIII...!!!
Di sebabkan dua-dua anak bongsu aku kadang2 dah jadi macam kakak sulung dorang lak..mana dengan aku yang kadang2 tiba muncul mood-kuku-besi..memang habisla!semua kena ikut cakap aku.. ;-p
abah dengan mak selalu cakap dorang nak sehidup semati sebab memang tak boleh hilang langsung each other..semenjak berbsnes ni aku dah jadi pengikut sejati mak ngn abah.pegi keja,beli barang,lepak2 sure 3 orang..(bila adik2 pegi keja & kelas)..disebabkan abah ngn mak ni suka berjalan2..bila time cuti tu nak rehat sikit pun kena paksa teman dorang jalan2 (T_T)
aku sayang giler kat abah ngn mak..apa yang dorang nak impikan aku usaha tuk tunaikan.ni dorang duk mengidam nak tukar kereta baru..kalau boleh secepat mungkin aku akan tunaikan.aku nak happy kan dorang sementara dorang ada lagi depan mata.tak nak nanti bila dorang dah tak dek baru aku nak menyesal-mcm-orang -giler sebab tak dapat nak tunaikan impian dorang masa hidup.. Allah tu kan adil!!kalau kita bahagiakan parents..insyaAllah putera raja sedia menanti.. =)
(tu yang sakit2 sampai dah nak rosak dalam badan ni pun aku kerja gak..)
abah seorang yang sangat baik.sejak kecik kita orang tak penah kena pukul dengan abah.(kena bantai dengan mak selalu lah.kena baling dengan penyapu pun pernah..haha)..abah sangat rajin tolong mak buat keja rumah.sampai lah sekarang.sup sayur campur yang abah buat sangat sedap!!entah macam mana abah buat pun tak tau.chinese style!i likeeeee... !!PERINGATAN:abah aku bukan lelaki lembut yerr!!!
mak pulak??standard macam mak2 korang semua lah kan perangai nyer..pandai masak,penyayang,garang time kecik2 dulu..etc..haha
ok lah tu jer nak citer sikit2 pasal abah dan mak..masa perutusan birthday dorang hari tu aku dah post banyak citer pasal masing2 kan?
semoga abah& mak panjang umur,kekal sampai syurga..aminnnnnn.... :)
happy 29th ann abah & mak ku saaaaayanggggg!!!!!
Saturday, April 17, 2010
MaK SiaPa Niii???
ni nak citer sikit ni..pagi baru2 ni on the way nak pergi kerja aku tersempak dengan satu kejadian ni.sampai jer dekat traffic light simpang empat dekat depan maju junction & tune hotel aku pun berhentilah.tengah2 duk menganga sementara tunggu lampu tu tukar hijau tiba2 melintas seorang makcik ni depan kereta aku.dia nak melintas ke seberang jalan.
makcik ni dah bongkok dan jalan pun slow2 jer dia melangkah.sakit lutut + dengan struktur badan yang macam tu kuat manalah kan dia nak melangkah laju.aku dah macam cuak.biar betul makcik ni nak melintas kat jalan yang super busy dan terkenal dengan accident dia tu??dah la tak dek orang pun pimpin dia.dahlah tu dari mana dia datang sorang2 kat tengah bandar tu??apa tujuan dan apa yang dia cari?mana anak2 dia?kenapa biarkan mak jalan sorang2 macam tu??siyes aku sangat2 marah dan sedih kalau orang buat orang2 tua macam ni!!!!
aku dengan seram nyer tengok makcik tu melintas sambil tiba2 dapat idea tuk amik photos dia..
Tuesday, April 6, 2010
JgN Di HiNa MeReKa...
sabtu baru i adalah hari yang paling giler untuk aku.ada 2 majlis perkahwinan aku kena kerjakan dan dikerjakan...satu kat keramat,satu lagi di ampang.
ok bukan tu aku nak citer kali ni.tapi pasal satu kisah ni..
petang sabtu tu lebih kurang jam 5 lebih aku & staff singgah isi minyak di stesen shell jln ampang. [sebelah gleneagles hospital].kebetulan time tu stesen tu memang giler lengang.aku jer terkontang kanting sorang2 isi kat situ.sementara tengah tunggu minyak tu di isi aku berdiri jer tepi pam tu.
tiba2 datang seorang lelaki india tua.umur dalam 60-70thn.rendah,kurus,kusut masai,pakai baju lusuh,jalan terketar,pakai helmet.aku mula2 agak cuak gak.ingat dia orang giler ke apa.tiba2 dia cakap kat aku dengan suara terketar2 dan sambil tunjuk tapak tangan dia..
"adik,saya itu motor pancit.saya ini saja wang ada.mau tukar itu tayar.boleh ada tolong kah?" kata pakcik tu dalam suara yang terketar2,lemah & sgt perlahan.aku tengok kat tangan dia ada beberapa keping duit syiling.aku pandang ke arah tempat dia tunjuk motor dia tu.dia parking motor tepi pam angin.aku tengok motor hitam dia sangat tua,buruk & memang tahap dah tak boleh bawak.aku kesian sangat tengok dia.terus aku suruh staff aku amik duit aku & bagi dekat pakcik tu.[aku kira2 duit tu insyaAllah cukup untuk dia tukar tayar & makan]
pakcik tu macam terharu giler aku bagi dia duit & tak habis2 ckp terima kasih.terus dia terketar pergi ke motor dia & tolak.kebetulan aku pun habis isi minyak dan nak start gerak.sebelum aku pergi tiba2 aku dapat idea.cepat2 aku amik handphone & amik gambar dia.dari dalam kereta aku tengok dia perlahan2 tolak motor tu keseberang jalan yang super sibuk tu.
bila tengok tu aku tak rasa pakcik tu menipu.sebab kalo dia menipu sure lepas dapat duit dia duduk kat situ tunggu aku pergi & terus hidupkan motor dia.tapi ni tak..perlahan2 curi2 tengok memang dia tak tipu.sangat jauh dia tolak motor dia sampai dia hilang dari mata aku.
terus aku terfikir..siapa org tu?dia duduk mana?tak ada anak ker?macam mana dia nak makan?kalau dia kena langgar macam mana?hari dah gelap nak hujan..mana dia nak berteduh??
siyes..aku memang tak boleh tengok babak2 mcm ni.lagi2 kalau berlaku dekat orang tua.sedih sangat bila tengok umur2 macam tu tapi hidup susah,terbiar..& aku selalu terfikir..
"kepada orang2 kaya yang sombong,riak & menongkat langit kat luar tu..apa perasaan korang semua bila tengok orang2 miskin & menderita??cukup2 lah tu menongkat dunia..!! "
Wednesday, March 31, 2010
(^_^)
Friday, March 19, 2010
KeRana KiTa MaNuSia..
Bila dah ada pasangan yg baik mereka tak hargai,
Tau tak yg berapa ramai yg menangis berdoa utk nak dpt pasangan yg baik?
Dah ada anak dibuang/di dera/tak dihargai,
Tau tak berapa ramai pasangan yg menangis berdoa untuk nak dpt anak?
Ada harta yg banyak tapi tak hargai,bazir,angkuh,
Tau tak brapa ramai si miskin yg menangis berdoa utk mendapat sesuap nasi?
Semasa sedang sihat tak menghargai kesihatan,
Tau tak berapa ramai org sakit yg berdoa supaya di sembuhkan?
Masa tgh muda sibuk bersuka ria,menongkat dunia,lalai dlm suruhan ALLAH,
Tau tak berapa ramai orang tua berdoa keinsafan,menyesal kerana mengsia-sia kan zaman mudanya?
Masa hidup lalai,takbur,terpengaruh dgn dunia,terpesong,lupa akan ada nya syurga & neraka,
Tau tak berapa ramai org mati yg merayu2 supaya dihidupkan kembali walaupun sejam semata2 utk beribadat& menebus dosa2.
Tapi semua tu dah terlambat kerana terlalu banyak peuang yg kita sia2 kan.
Kerana kita manusia...
Thursday, March 11, 2010
SuRatAN & KeBetULan
Hari ni genap 3 minggu arwah paklong pergi menemui pencipta nya kerana kegagalan buah pinggang.
8 tahun paklong dialisis di HUKM..3 kali seminggu..penyebab kepada kegagalan buah pinggang paklong sebab penyakit gout yang paklong ada.kerana terlalu byk makan ubat gout buah pinggang paklong rosak..
Tapi bagi semua orang termasuk doktor2 pelik sebab walaupun dua2 buah pinggang dah 8 tahun rosak paklong tak kena 3 penyakit berangkai utama..kencing manis,jantung,darah tinggi..
8 tahun adalah tempoh yang sangat panjang &bonus ALLAH bagi untuk pesakit buah pinggang kronik macam paklong..Allhamdulillah 8 tahun ni paklong kekal cergas,aktif sehingga akhir..
Teringat kata2 paklong.."dah ramai kawan dialisis paklong meninggal..lepas sorang-sorang.."
Sekarang paklong dah tak perlu tanggung sakit dialisis,mkn ubat yang sangat banyak sebab paklong dah pergi dengan senyum menemui penciptanya..
-Al-fatihah..-
(Sori kalo post ni huru hara susunan coz tulis guna hp..nak gak post pasal paklong walau tengah busy.huhu)
Sunday, March 7, 2010
TaK SeMua PeRLu Di BuaNG..
suatu masa dulu sebelum wujud nyer handphone semua orang pakai public phone apabila berada di luar rumah.tapi semenjak wujud nyer handphone kewujudan public phone terus di abaikan.Rasa nyer sekarang susah nak jumpa public phone.kalau ada pun kebanyakan nyer rosak.
memang betul handphone memudahkan kita.bila rasa nak sms atau call terus capai handphone.tapi kita kadang2 lupa yang kita berurusan dengan "gadget".bagi yang menggunakan prepaid bagaimana kalau kredit habis ataupun tamat tempoh?bagi yang menggunakan bil pula mungkin tidak berhadapan dengan masalah ni tapi kehilangan handphone atau bateri habis?
bateri memang sangat2 senang habis bila terlalu banyak in-out call,sms dalam satu hari dan itu belum termasuk lagi internet sana sini untuk reply email dan tak di lupakan surfing internet sewaktu meeting yang membosankan..(*_*)
aku bebel pasal ni sebab itu yang berlaku khamis baru ni.aku ada seminar untuk TM vendors di Menara TM..menara TM atau nama lain nyer menara rebung merupakan ibu pejabat bagi TM seluruh malaysia.staff dalam menara ni semua memang sangat2 bergaya & sangat ramai mat saleh.sebab di menara ni lah berkumpul segala org corporate,marketing etc.. dan kawalan untuk masuk dalam bangunan ni sangat2 ketat.
kebetulan sepanjang seminar tu aku punya call,email & sms banyak masuk..(termasuk surf internet untuk menghilangkan ngantok yang amatttt).bila tiba masa rehat handphone aku habis bateri.aku pun tanya kat security di mana ada public phone sebab aku perlu buat beberapa panggilan penting masa tu.jawapan security tu memang sentap.TIDAK ADA PUBLIC PHONE KAT DALAM BANGUNAN TU!!
jadi boleh tak korang semua bayang kan??kalau Menara TM(telekom malaysia) pun tak ada public phone..apa lagi kita boleh harap wujud nyer public phone yang berguna kat luar sana... (T_T)
Tuesday, February 23, 2010
AlaaaaHaiiiiiii....
di waktu2 aku tengah malas fikir,
tak kuasa & banyak lagi benda nak di fikir & di sempurnakan..
bukan seorang..tapi sampai dua orang..
selagi aku senyap, tak layan sms,call etc..
kenapa manusia tak pernah hargai waktu ada depan mata?
tapi bila dah senyap,tak dek baru nak meroyan.
Maaf..
Sekali Hanim pergi..dia akan terus pergi..
tidak ada istilah patah balik..
Hanya waktu yang akan menentukan sama ada dia akan datang balik atau tidak..
terserah kepada takdir & gerak hati..
~~~ Alaaaaahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~~~
Wednesday, February 17, 2010
Doakan..
Since ahad aku dan keluarga berkampung di hospital ampang..
Paklong ada kat ICU..
Sungguh sedih tengok paklong terlantar koma macam tu.wayar sana sini..
Doakan paklong sembuh mcm dulu..
Ok lah nanti kita sambung citer pasal paklong yer.. Tulis blog guna hp ni tak best nk citer panjang2..leceh giler..
Salam...:-)
Friday, February 5, 2010
tiada lagi adik sesudah dia..
dia dah berumur 19 tahun [rasa baru jer amik baby kat sepital & pakaikan baby pampers ;-p ]
nama dia Nursyafiqah bt Hj Amarudin [dia seorang tak dek hanim sebab mak sajer tak nak letak hanim..nak kelainan sket]
dia sekarang sedang menuntut di Unisel Shah Alam dalam bidang INDUSTRIAL BIOTECHNOLOGY [study pandai2 yer baby..nanti boleh study & keja kat USA mcm kak Nadia Alsagof..jadi biotech saintis kat big company sana :-) ]
bukan makan nasi-goreng-USA-yerrr ;-p
since lahir sampailah ke saat ni semua orang panggil dia baby,
mungkin sebab tu muka dia baby face (T_T),
baby ialah anak kesayangan abah & muka pun iras2 abah,
abah tak boleh hilang baby & baby pun tak boleh hilang abah,
dia seorang yang kuat merajuk,fussy giler & suke memaksa
[sindrom anak last!!]
di sebabkan family aku semua lahir awal tahun..abah (9/1),mak (21/1),adik (27/1) ,baby (5/2)..dah aku yang paling last (29/10)....gler best yer!! (^_^)
ok lah!! memandangkan kita orang adik beradik semua ada blog..baby pun tak terkecuali..sila lah melawat blog dia..
http://baby-sya.blogspot.com
~~happy besday babyyyyy!!! baby dah tua!!dah tak blh nak manja2 sangat!!~~~
*gambar kita orang time raya baru nih..kat umah nenek (yang pakai spek tu baby)..semua bunga..tak dek kumbang .stakat ni yerrrr..stakat nih..hahaha..;-p
Thursday, February 4, 2010
SilA BaCa NiH..
hanim telah kembali kepada rutin nyer yang gler busy-busy gler.. (*_*)
tapi kat dalam fb aku terjumpa benda nih..jom kita baca sama2 dan berfikir..
tentang apa yang "semakin dekat" untuk dunia ni ke akhir nyer..
(siyes makin membuat aku takut & insaf)
nah..sila klik kat link nih...
Thursday, January 28, 2010
SoRi LaMBaT PoST...
*nasrina hanim @adik @ anya di zoo negara bersama parrot[teserlah ke"cuak"kan nyer disitu]*
Monday, January 25, 2010
Aku PeNaH RaSa Yg SaMa..
kebelakangan ni dalam paper sibuk citer pasal kes fahrin ahmad break off dgn scha al-yahya.
tapi yang jadi mengharu-biru kan bila si linda onn duk masuk campur.
sebelum ni diam membisu..alih-alih bila fahrin-scha break off dia pulak masuk campur,jadi batu api..bla..bla.
tapi dia silap main api.dia lupa yg fahrin tu sendiri ialah seorang lawyer (uitm graduate)..padahal si linda tu cuma ada spm,scha tu kolej apa tah..silap laa kann..kalau nak cari pasal dgn orang ada ilmu nih.aku tak berniat langsung nak merendahkan mereka..tapi dari situ kita boleh nilai mentality perempuan2 tu..duk buka pekung sana sini..haihh..
so si fahrin ahmad yg memang dah hilang sabar ni pun hari ni dia buat PC dengan lawyer dia nak saman si linda tu sebab mengaibkan dia...hamik ko sebijik!si fahrin pun siap nangis2 kat PC tu sebab dia sgt2 sedih.. [siapa2 yg jadi fan dia kt fb dpt tgk rakaman PC tu :-)..]
apa yang penah berlaku kat fahrin ni mengingatkan aku kat sesuatu..kenapa kalau dah break off masing2 perlu jadi musuh?buruk,aibkan sana sini?aku penah rasa mcm mana Ex-bf aku memburukan & menjaja aib aku dekat family aku sendiri..[tanpa pengetahuan aku]..macam fahrin aku pun menangis..menangis bukan sebab sedih hilang dia..tapi menangis sebab rasa harga diri ni dipermain,dipijak..padahal aku SEPATAH APA PUN TAK PENAH BURUK KAN DIA KAT SESIAPA SELAMA 4 THN..SEMUA AKU PENDAM SENDIRI..sebab tak nak memburukkan & nak menjaga aib dia..tapi ini balasan yg aku dapat..tapi tak aper..Allah tu adil..SATU HARI DIA AKAN RASA LAGI TERUK DRP APA YG AKU RASA..
sebab tu dgn mana2 lelaki sampai ke saat ni..bila aku dah break off aku terus senyap habis.tak ada sebarang sms,call..etc..sebab aku tak nak semua ni jadi lagi.kalau dia nk kutuk aku atleast aku dah tak tau sebab aku tak amik tau langsung apa2 atau siapa2 yg ada kaitan dgn dia..
kepada fahrin ahmad..pesan aku hanya satu jer..ikhlas ni..sila lah ikut..>>>
~~pilih-lah-aku-jadi-teman-mu..kerana aku adalah orang yg engkau cari selama nih..aku pun ada bisnes mcm linda onn & umah dia sebelah jer dengan umah aku ni haaa..jadi>>>PILIH LAA AKU!! [matilaahh tiba2 promote diri~~boleh???]..hahaha